
Semangat kecergasan dan gaya hidup sihat bergema di ibu negara apabila program MASKULIN Who’s Your Bro buat julung kalinya berkolaborasi dengan komuniti larian terkenal, Challo Run, sempena KL Car Free Morning yang berlangsung setiap Ahad.
Acara Fun Run 3km dan 5km, yang diadakan pagi semalam, menyaksikan penyertaan lebih 150 peserta terdiri daripada pesserta program Who’s Your Bro dan komuniti Challo Run.
Seramai lapan peserta Who’s Your Bro turut hadir iaitu Ikmal, Hakimi, Dr Shazif, Syafiq, Asyraf, Irwan, Faidzal dan Saddam.
Selain itu acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular seperti Aedy Asyraf, Imran Aqil, Safwan Nazri, Khenobu, dan Ezzrin Loy, yang bersama-sama berlari, memeriahkan suasana, dan memberikan inspirasi kepada semua peserta.

Kolaborasi Pertama Beri Impak Positif
Ini adalah kolaborasi pertama di antara MASKULIN Who’s Your Bro dan Challo Run, tetapi kehangatan sambutan membuktikan potensi besar untuk penganjuran acara sebegini pada masa akan datang.
Bagi peserta Who’s Your Bro dan ahli Challo Run, acara ini bukan sahaja tentang larian tetapi juga peluang untuk saling mendekatkan hubungan sesama komuniti.

Hakimi Nordin, salah seorang peserta yang aktif dalam kedua-dua program ini, meluahkan keterujaannya.
“Sebagai peserta Who’s Your Bro dan juga geng Challo Run yang aktif, saya berasa cukup gembira dengan sambutan yang diterima pada pagi ini. Ini juga satu inisiatif yang baik bagi sama-sama untuk mempromosikan bukan sahaja ‘Who’s Your Bro’ tetapi gaya hidup sihat,” tambah Hakimi.

Keseronokan dan Ganjaran Peserta
Peserta yang mengambil bahagian turut menerima kupon khas yang boleh ditebus untuk makanan dan minuman pagi selepas tamat larian.
MASKULIN juga memeriahkan acara dengan menyediakan goodie bag tajaan Blanco, MIS CLAIRE, dan Jantzen, serta menawarkan 10 cabutan bertuah dengan hadiah istimewa.



Wakil dari Challo Run, Ezzrin Loy, turut menyatakan harapan besar daripada kerjasama ini.
“Kolaborasi kami pada hari ini untuk meraikan gaya hidup sihat.
“Kami juga ambil peluang untuk sama-sama mempromosikan program kecergasan ‘Who’s Your Bro’. Penglibatan peserta program ini juga mampu memberikan inspirasi kepada peminat dan followers yang hadir,” jelasnya yang cukup gembira dengan kejayaan kolaborasi ini.


BACA: MASKULIN Who’s Your Bro Ep.6 – Peluh, Api dan Semangat Membara di KKB Fire Academy!
Tidak hanya terhenti di acara ini, program ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ terus mendapat perhatian ramai dan kini menuju episod ketujuh yang bakal ditayangkan pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Semoga kerjasama seperti ini menjadi batu loncatan untuk lebih banyak program mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat di masa hadapan.
Jangan lupa untuk terus memberikan sokongan kepada MASKULIN dan Who’s Your Bro, serta kekal aktif dan sihat!
Kita bersama membina komuniti kecergasan yang inspiratif dan penuh semangat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum Beli Jump Rope, Kenali Beberapa Jenis Kategorinya Untuk Variasi Senaman Berbeza

Nampaknya artikel MASKULIN tentang kebaikan senaman jump rope mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada anda pembaca setia. Benarlah telahan kami bahawa jump rope merupakan aktviti kecergasan yang menjadi trend popular masa kini.
MASKULIN tertarik dengan beberapa komen di ruangan Facebook bertanyakan jenis-jenis jump rope yang ada di pasaran. Untuk menjawab persoalan anda, MASKULIN kongsikan beberapa jenis jump rope yang boleh anda pilih bersesuaian dengan jenis senaman yang ingin dilakukan.
Pertama sekali, sebelum membeli jump rope anda perlu mengukur kemampuan sendiri. Adakah anda seorang beginner atau mungkin sudah advance dan mahu sesuatu yang lebih mencabar?
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa jenis jump rope.
BASIC

Ini merupakan jenis tali jump rope yang paling asas. Kebiasaannya ia dijual pada harga tidaklah mahal dan paling murah dalam semua kategorinya. Basic jump rope mempunyai tali yang lebih tebal berbanding speed jump rope namun ia lebih ringan berbanding weight jump rope.
Jenis basic ini juga biasanya diperbuat daripada bahan plastik PVC dan pemegangnya pula dari getah atau foam untuk membantu genggaman baik.
SPEED

Sesuai dengan namanya speed jump rope digunakan untuk aktiviti lompatan yang lebih laju. Ia merupakan jenis jump rope yang paling ringan dan digunakan bagi aktviti pantas. Kebanyakan speed jump rope diperbuat daripada cord vinyl dan dihasilkan untuk kegunaan indoor.
Ia bagi mengelakkan berlakunya kerosakan apabila bergesel dengan permukaan keras seperti jalan tar atau permukaan berbatu. Bagi anda yang ingin melakukan lompatan dengan pergerakan pantas, inilah jump rope paling sesuai.
WEIGHTED

Weighted jump rope dihasilkan untuk anda yang ingin meningkatkan kekuatan bahu dan tangan. Dengan berat tambahan yang terdapat pada jump rope, ia memberikan beban yang lebih berat lalu memerlukan lebih banyak tenaga.
Selain itu, ia juga mempunyai resistance tambahan dan cukup digemari oleh pengamal aktiviti jump rope yang berpengalaman dan ingin membina kekuatan otot. Ia mungkin lebih perlahan namun memberikan cabaran yang maksima kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya.
BEADED

Beaded jump rope juga dikenali sebagai segmented jump rope juga boleh digunakan oleh mereka di peringkat beginner. Walau bagaimanapun ia lebih sinonim digunakan untuk aktiviti lompatan yang mempunyai ritma kerana bunyi yang dihasilkan.
Talinya mempunyai nylon inner cord dan beratnya juga adalah sederhana sahaja. Ia boleh digunakan untuk aktiviti indoor dan juga oudoor.
Kesimpulannya gunakan jump rope yang sesuai dengan kemampuan fizikal atau jenis aktiviti anda. Selamat bersenam!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman Plyometrik, Rutin Kecergasan Melibatkan Pelbagai Pergerakan Otot!

Tidak dinafikan, banyak senaman direka demi kesihatan kita. Hampir semuanya bantu tingkatkan kecergasan. Ia juga bagus untuk fizikal dan mental anda. Pernahkah anda dengar plyometrik?
Senaman ini sangat menarik. Ia sejenis aktiviti aerobik yang unik. Plyometrik tingkatkan kelajuan dan ketahanan anda. Ia juga membina kekuatan badan. Senaman ini latih otot bergerak maksimum. Semuanya dalam masa yang singkat.
Plyometrik turut dikenali sebagai senaman lompatan. Ia pilihan utama mereka yang inginkan kecergasan tahap tertinggi.
Jadi, bagi anda yang sudah aktif bersenam, inilah cabaran yang harus dicuba!
Kelebihan senaman plyometrik
1. Menghasilkan pembakaran tenaga yang banyak dalam masa yang singkat. Aktiviti ini melibatkan pelbagai pergerakan dan otot, oleh itu tenaga yang banyak digunakan.
2. Melakukan senaman ini dalam pengulangan yang banyak (muscular endurance) dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar lebih banyak kalori.
3. Aktiviti seperti power push up and throw ball menghasilkan stres pada otot dan tulang, ia meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. Meningkatkan kekuatan dan membentuk otot.
Plyometric push-ups
- Mulakan dengan badan dalam kedudukan tekan tubi.
- Menggerakkan badan sehingga bola berada di kedudukan hadapan dada sambil meluruskan tangan.
- Menggerakkan badan ke arah yang berlainan dengan kedudukan permulaan.
Plyometric jackknife
- Badan di dalam keadaan tekan tubi dengan bola diletakan di bahagian kaki.
- Mengangkatkan pinggang/punggung setinggi yang anda mampu dengan tangan dan kaki dikekalkan kelurusannya.
- Kembali ke posisi tekan tubi semula dengan tangan dibengkokkan.

Squat, passing ball & push-ups
- Bermula dengan badan dalam keadaan squat sambil bola dipegang di bahagian dada.
- Meluruskan kaki sambil melontarkan bola ke hadapan.
- Dengan serta merta bergerak ke posisi tekan tubi selepas melakukan lontaran.
Single hand ball throw
- Berdiri dengan kaki dibengkokkan sedikit sambil satu tangan memegang bola.
- Melontarkan bola dengan menggunakan momentum tubuh badan.
Buat anda yang inginkan cabaran lebih hebat dalam melakukan senaman, inilah rutin yang harus anda cuba!
BACA: Wanita Lebih Mudah Jatuh Cinta Kepada Lelaki Tegas Secara Tidak Sedar
Kesimpulannya, plyometrik bukan sekadar senaman lompatan. Ia pelaburan terbaik untuk kecergasan anda secara menyeluruh.
Gabungkan ia dalam rutin anda, dan saksikan transformasi pada kekuatan serta stamina diri. Jadi, usah berlengah lagi, sahutlah cabaran ini sekarang!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kawal Pengambilan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Elak Masalah Bau Badan

Apabila kita mempunyai masalah bau badan yang kronik, rakan-rakan boleh mengenalpasti kehadiran anda. Namun kehadiran anda sebenarnya merupakan satu musibah sebenarnya kerana ia mengundang ketidakselesaan di kalangan orang ramai. Jadi, kena kawal bau badan.
Masalah ini lebih teruk jika anda berada di tempat tertutup seperti dalam kenderaan awam, lif, ruang menunggu atau kedai makan berhawa dingin. Anda membuatkan orang berasa mual dan tidak selesa.
Oleh itu, MASKULIN ingin membantu serba sedikit antara makanan yang harus anda kawal pengambilannya serta jangan ambil langsung kerana menyumbang kepada masalah bau badan.
BACA: 8 Fakta Tentang Bau Badan Lelaki Yang Boleh Buat Wanita Tak Keruan
1. Daging Merah

Daging jenis ini membuatkan badan anda cepat berbau. Ini kerana daging merah agak sukar dicerna oleh perut hingga cenderung untuk mengeluarkan bau yang tidak elok di dalam tubuh. Tambah-tambah lagi bila anda berpeluh, aroma yang keluar juga tidak enak pada pandangan orang lain.
2. Bawang putih

Makanan menjadi sedap apabila ditambah dengan bawang putih. Namun, jika terlalu banyak, ia menyumbang kepada faktor bau badan yang tidak enak. Jika sudah terlalu lama, agak sukar untuk menghilangkannya.
3. Minuman keras

Agama kita melarang pengambilan minuman keras kerana kesannya lebih banyak yang buruk daripada kebaikan. Selain mengundang pelbagai masalah, ia juga merupakan penyebab kepada masalah bau badan.
BACA: Bau Badan Lelaki Boleh Buat Perempuan Jadi ‘Turn Off’?
4. Makanan ringan

Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan ringan berupa snek memang cepat membuatkan badan anda mengelurkan bau yang tidak elok terutamanya ketika berpeluh. Bayangkan badan anda sudah mengembang, pasti jantung mengepam lebih banyak darah dan mudah keluar peluh. Jadi, kurangkan penambilan makanan seperti ini.
5. Makanan berempah

Rempah menganndugi gas sulfur yang akan menyebabkan bau badan selepas makan makanan tersebut. Antara yang menjadi penyumbang adalah serbuk kari atau rempah ratus yang lain boleh menyebabkan tubuh berbau.
6. Produk tenusu

Memang diakui banyak minum susu memang menyihatkan badan. Namun, jika ia melebihi keperluan dalam badan, ia akan menjadi penyebab kepada masalah bau badan. Untuk meneutralkan semula air susu yang telah diminum, anda boleh meminum air kosong. Ia lagi menyihatkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

