Mata merupakan pancaindera yang penting dalam hidup kita. Cuba kita berfikir sejenak betapa kerapnya kita menggunakan mata dalam kehidupan seharian. Melalui deria penglihatanlah kita mampu menikmati keindahan alam sekitar, membaca buku yang bagus dan menatap wajah mereka yang tersayang dalam hidup kita. Penjagaan mata bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan. Menjaga mata adalah perkara yang paling penting demi mengekalkan kualiti hidup kita. Penglihatan semakin merosot dengan meningkatnya usia. Masalah penglihatan mata sering dialami satu daripada nisbah enam golongan dewasa berumur 45 tahun dan ke atas. Menurut sebuah kajian yang telah dilakukan oleh American Academy of Ophthalmology (AAO) telah mendapati bahawa lebih daripad 43 juta penduduk Amerika cenderung untuk alami penyakit mata atas faktor peningkatan umur menjelang tahun 2020.
Punca utama buta dan penglihatan rabun sering dikaitkan dengan penyakit usia seperti degenerasi makula, katarak, retinopati diabetis dan glaukoma. Maka melindungi serta menjaga penglihatan anda adalah penting sepanjang umur anda meningkat. Beberapa tips penjagaan mata yang boleh dikongsi oleh pihak Nbnews, adalah:
Mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pengamalan diet seimbang bukan sahaja baik untuk mata, malah kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Seperti yang kita tahu lobak merah merupakan makanan sinonim untuk penjagaan mata, hal ini kerana ia kaya dengan vitamin A dan B yang membantu menajamkan penglihatan. Umumnya memakan buah-buahan serta sayur –sayuran terutama sayur yang berwarna hijau gelap seperti bayam dan kangkung membantu menjaga mata kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan risiko katarak. Selain itu, kajian mendapati makanan yang kaya dengan dua jenis asid lemak Omega 3 (EPA dan DHA) yang boleh didapati dalam ikan seperti salmon, tuna putih, ikan kembung,sardin dan lain-lain membantu dalam menjaga kesihatan mata.
Mengekalkan berat badan yang sihat dan seimbang.
Obesiti atau berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko diabetes dan lain-lain penyakit kronik yang kemudiannya menjurus ke arah kehilangan daya penglihatan, penyakit diabetes mata, glaucoma. Maka memastikan berat badan yang normal dan seimbang adala penting untuk mengelakkan risiko menghadapi penyakit mata.
Ads
Memakai pelindung / kaca mata.
Pakai pelindung mata seperti goggles, eye guards, cermin mata dan kanta lengkap walaupun semasa menjalankan aktiviti di rumah. Pelindung mata mampu memberi perlindungan kepada mata dalam masa yang sama memperbaik daya penglihatan. Kaca mata perlindungan UV juga memainkan peranan dalam melindungi matadari pancaran matahari yang terik. Carilah kaca mata yang menghalang 99 hingga 100% radiasi UV-A dan UV-B. Selain itu, gunakanlah kanta lengkap yang diperbuat daripada polycarbonate di mana ia 10 kali ganda lebih tahan daripada kanta plastik yang biasa.
Berhenti merokok dan jangan sesekali mula merokok.
Banyak kajian yang telah dijlankan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Jika ia merosakkan kesihatan secara menyeluruh apata lagi kepada mata. Merokok mempunyai banyak bahan kimia yang merbahaya seperti nikotin, arsenik, karbon monoksida, metanol, amonia dan babyak lagi demikian akan mendedahkan penggunanya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung. Malah dari segi mata ia mengundang kepada kerosakan saraf optik, katarak dan penuaan makula di mana penyakit-penyakit tersebut akan menyebabkan buta.
Rehatkan Mata Secukupnya
Sebagai pelajar kita memang kerap menatap komputer untuk menyiapkan tugasan, projek dan tesis. Suatu kajian menyatakan bahawa sekiranya kita meluangkan banyak masa menatap komputer dan hanya memfokus kepada satu benda akan menyebabkan mata kurang berkedip, malah kita akan lupa untuk berkedip. Hal ini sememangnya menyebabkan mata mudah penat serta ia merupakan rutin yang tidak baik untuk kesihatan mata . Cuba peraturan 20-20-20: Setiap 20 minit, melihat jauh kira-kira 20 kaki di hadapan anda selama 20 saat. Ini boleh membantu mengurangkan keletihan mata
Ads
Cuci Tangan Dan Kanta Lengkap Anda Sebaiknya.
Kepada pengguna kanta lengkap, adalah wajar bagi anda mencuci kanta engkap anda sebaiknya. Dalam masa yang sama memastikan tangan anda cuci untuk memakai kanta lengkap tersebut. Hal ini adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman. Sediakan bekas untuk kanta lengkap tersebut dan sentiasa cuci dengan air ubat yang disediakan untuk kanta lengkap bagi menyahkuman yang ada di kanta lengkap sepanjang hari anda memakainya.
Peka Terhadap Tanda-Tanda Perubahan Dalam Penglihatan Anda.
Jika anda mula perasan perubahan dalam penglihatan anda, anda patut mendapatkan khidmat doktor mata dengan segera. Beberapa tanda-tanda masalah penglihatan yang dikatakan adalah, apabila anda mendapat penglihatan berganda, penglihatan kabur dan kesulitan melihat dalam keadaan cahaya yang rendah. Tanda-tanda dan gejala masalah mata tersebut adalah serius. Petanda lain yang memerlukan rawatan segera termasuk mata merah, mata kerap berkelip apabila terkena cahaya, dan sakit mata dan bengkak.
Ads
sumber: ukm.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.
Tapi dalam proses berdiet kamu perlu bijak mempelbagaikan idea dan resepi untuk memasak telur ni. Barulah tak bosan dan proses berdiet tidak berhenti separuh jalan.
1. Telur Rebus Dalam Bekas Mufin
‘Poached eggs’ ataupun telur yang direbus tanpa kulitnya mungkin susah untuk dimasak. Cuba gunakan ketuhar pula. Masukkan 1 sudu besar air pada setiap lubang mufin, pecahkan sebiji telur pada setiap lubang, tambahkan apa-apa perasa dan bakar selama 12 minit pada suhu 180°C.
2. Memasak Telur Dadar Dalam Plastik
Tuangkan campuran telur bersama perisa ke dalam beg plastik berzip, keluarkan angin dari plastik dan zip plastiknya. Rebus beg tersebut dalam air selama 13 minit.
3. Tambahkan Cuka
Sekiranya anda masih mahu masak ‘poached egg’ ataupun telur rebus tanpa kulit, cuba tambahkan cuka pada air sebelum merebus. Asid yang terdapat dalam cuka membuatkan putih telur lebih sukar untuk berpecah.
4. Tips Telur Goreng Yang Terbaik
Ini bukan telur mata yang biasa-biasa sahaja. Cubalah sendiri. Pecahkan telur ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan menggunakan minyak kanola. Goreng selama 2 minit. Tepi-tepinya akan menjadi rangup, putihnya lembut dan kuningnya cair.
5. Telur Goreng ‘Berkrim’
Untuk membuat telur goreng ‘scrambelled’ ataupun jenis yang hancur, cubalah cara ini. Gunakan telur yang sejuk dan gorengnya dengan menggunakan mentega. Jangan berhenti mengacau telur tersebut dan angkat periuk dari api setiap 20 saat.
6. ‘Poach’ Dalam Plastik
Kali ini, cuba buat ‘poached egg’, telur rebus tanpa kulit, dalam plastik pembalut. Pastikan plastiknya disembur minyak sebelum telur dimasukkan kedalamnya. Rebusnya seperti biasa sahaja.
7. ‘Merebus’ Dalam Bekas Mufin
Masukkan telur dalam bekas mufin dan bakar pada suhu 160°C selama 30 minit.
8. Pizza Telur
Sekiranya anda bakal melayan tetamu yang ramai, masak telur dengan cara ini. Tuang campuran beberapa biji telur ke dalam dulang besar, taburkan perisa atau tambahan lain, masak dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 230°C. Setelah masak, potong telur tersebut sebelum dihidang.
9. Telur Rebus Yang Paling Sempurna
Setelah sahaja keluarkan telur rebus dari air panas, masukkan terus ke dalam air sejuk berais.
10. Resipi Avokado Telur
Resipi ini mudah sahaja. Potong avocado pada belah tengah. Masukkan telur ke dalam lubang bijinya dan tambahkan perisa. Masak dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 200°C.
11. Cara Memasak ‘Sous Vide’
Inilah cara ‘sous vide’. Ianya akan membuatkan telur dimasak seperti kastard. Caranya, masukkan campuran telur dan perasanya ke dalam botol kaca. Tutupkannya dengan penutup besinya. Masukkan bekas-bekas kaca tersebut ke dalam bekas besi yang dipenuhi air. Seterusnya, masakkan dalam ketuhar selama 45 minit pada suhu 75°C.
12. Telur Goreng Dalam Ketuhar Gelombang Mikro
Panaskan campuran telur dan perisanya dalam ketuhar tersebut selama 45 saat. Keluarkan dan kacaukan campuran tersebut. Masukkan semula ke dalam ketuhar dan panaskan lagi selama 45 saat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Faisal Halim antara menerima pingat Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Klang semalam.
Pemain sayap Selangor FC yang juga tonggak kebangsaan ini antara 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah itu.
Penyanyi Altimet bersama Faisal Halim.
Selepas majlis itu, Faisal menzahirkan ucapan terima kasih di atas kurniaan anugerah itu dan berazam untuk bekerja lebih keras dan memberi yang terbaik buat pasukan diwakilinya.
“Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini.
“Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini. Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku,” kata Faisal di laman sosial miliknya.
Terdahulu pada 5 Mei 2024, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Faisal Halim menerima sokongan penuh daripada kelab bola sepak Selangor FC dan penaungnya, Sultan Selangor selepas menjadi mangsa simbahan asid.
Kecederaan yang dialami oleh tonggak pasukan Selangor FC dan Harimau Malaya itu menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.
Faisal kemudian tampil buat kali pertama pada 13 Jun di hadapan umum dalam sidang akhbar.
Anda tidak akan boleh menarik perhatian si dia hanya dengan mengingati untuk memberus gigi. Apa yang benar-benar penting bagi mereka adalah impresi pertama apabila mereka melihat anda.
Apa yang menarik perhatian mereka berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Di sini ada 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.
1. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
3. Bulu Leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda.
Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku Jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian Dan Pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian keluaran Dove dan Aveeno.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.