Tayar kereta tersangkut atau tersekat dalam lumpur sering kali terjadi, terutama ketika anda memandu di jalan dan kawasan yang berlumpur selepas hujan.
Bagi yang tidak berpengalaman, keadaan ini boleh mencetuskan panik. Namun, jangan risau! Terdapat beberapa teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini tanpa memerlukan bantuan yang besar. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil!
kereta tersangkut dalam lumpur.
Jika kereta tersangkut dalam lumpur
Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.
Lumpur
Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.
Ads
Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.
Cara Betul Reverse Ketika Tayar Kereta Tersangkut Dalam Lumpur
Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.
Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.
Dalam tempoh beberapa hari ini nama Tesla kembali tular di negara kita. Ini mungkin berkait rapat dengan pertemuan dan perbincangan secara virtual oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Pertemuan secara virtual itu dilihat menunjukkan perkembangan positif dari segi kerjasama dua hala di antara negara kita dan jenama gergasi dari Amerika Syarikat tersebut.
Lebih menarik lagi, PM Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa Tesla bakal membuka ibu pejabatnya di Selangor pada tahun ini.
Petemuan selama 25 minit itu juga dilihat telah membuka lembaran baharu buat industri automotif di Malaysia. Tesla yang merupakan pembikin kereta elektrik terkemuka dilihat seiring dengan hasrat kerajaan mengukuhkan dan menggalakkan penggunaannya.
Malah dilaporkan usaha untuk membina stesen Tesla Superchargers sedang giat dijalankan dengan 10 lokasi diumumkan di seluruh negara. Selain itu, Tesla turut mengumumkan harga rasmi Model Y untuk pasaran Malaysia pada iaitu RM199,000.
Buat anda yang berkira-kira untuk membeli kereta elektrik Tesla berikut MASKULIN senaraikan 10 perkara penting yang perlu anda tahu! Sebelum beli baca artikel ini dulu ya.
Infrastruktur Pengecasan
Pastikan anda mempunyai akses kepada stesen pengecasan bateri Tesla atau Tesla Supercharges berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Ini kerana melakukan pengecasan di rumah memerlukan pemasangan soket atau stesen pengisian dinding, jadi perlu pertimbangkan kemudahan ini sebelum membeli.
Harga dan Anggaran
Pastikan semak dahulu harga model Tesla yang anda ingin beli Sebagi contohnya lakukan perbandingan harga di pengedar kereta terpakai dan juga laman sesawang rasminya.
Pilihlah dengan berdasarkan kesesuaia penggunaan harian anda. Ingat bahawa harga kereta dan anggaran pemilikan boleh berbeza berdasarkan model dan ciri yang dipilih.
Prestasi dan Jarak Pemanduan
Anda perlu fahami prestasi dan jarak pemanduan kereta Tesla ingin anda beli. Beberapa model menawarkan pemanduan yang lebih jauh dengan satu cas bateri, sementara model lain mungkin menawarkan prestasi yang lebih tinggi.
Ciri-ciri Keselamatan
Tesla dikenali dengan teknologi keselamatan yang canggih ini terutamanya ‘Autopilot’. Pastikan anda telah faham dengan jelas bagaimana ciri-ciri ini berfungsi dan melakukan tindakan yang sesuai semasa memandu.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
Sebagai kereta elektrik, Tesla memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang cukup khusus. Jadi sangat penting anda betul-betul faham akan keperluan penjagaan bateri dan komponen elektrik lain untuk memastikan prestasi optimum kereta.
Ciri dan Pilihan Tambahan
Pastikan anda memahami pelbagai ciri dan pilihan tambahan yang tersedia untuk model Tesla yang anda pertimbangkan. Beberapa ciri mungkin diperlukan untuk keperluan harian anda.
Insurans dan Faedah Cukai
Lakukan sedikit ‘homework’ tentang insurans untuk kereta Tesla dan ketahui potensi faedah cukai atau insentif yang boleh anda dapatkan sebagai pemilik kereta elektrik.
Jaringan Servis
Pastikan terdapat pusat servis Tesla yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Ini penting untuk urusan penyelenggaraan dan pembaikan.
Ruang Simpan Kereta
Pastikan anda mempunyai ruang yang sesuai untuk meletakkan kereta Tesla anda terutamanya di kediaman.
Pandu Uji
Sama seperti kereta lain jika anda mahu rasa sendiri pengalaman memandunya sebelum dibeli buatlah janji temu untuk pandu uji. Ketika inilah anda boleh sedikit sebanyak uji prestasi, keselesaan dan ciri-ciri untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.
Ingat! Sebagai pelanggan adalah penting untuk melakukan penyelidikan yang mendalam sebelum membeli kereta Tesla atau mana-mana kereta lain.
Pastikan anda memahami sepenuhnya kelebihan dan kekurangan kereta elektrik dan mempertimbangkan keperluan dan gaya hidup anda sebelum membuat keputusan pembelian.
Semoga membantu!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat kereta khususnya perkara paling ‘basic’ mereka boleh tukar penampilan kereta mereka ialah dengan menggunakan sport rim mengikut trend terkini. Menukar sport rim ini seumpama kitalah yang menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.
Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.
Ini kerana jika anda tersilap pasang atau pulih ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
KENAL PASTI ET ATAU OFF SET RIM
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda! Jangan lupa subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak kiralah apa jenis kereta yang anda pandu, boleh dikatakan semua kenderaan menghasilkan gegaran dari enjin.
Teknologi automotif terkini sudah semakin maju untuk mengurangkan kesan gegaran tersebut. Namun dalam tempoh jangka masa tertentu gegaran itu boleh menjadi semakin kuat.
Ini terutamanya pada kereta yang sudah berusia lima tahun ke aras. Masalah gegaran ini adalah simptom yang sudah biasa berlaku. Malah gegaran itu boleh dirasakan hingga ke stereng kereta ketika ia dipandu.
Gegaran yang tidak dikenal pasti boleh menyebabkan kerosakan serius pada mounting enjin.
Terlebih dahulu kita perlu tahu apaitu mounting enjin. Secara asasnya mounting enjin merupakan komponen yang ‘memegang’ enjin kereta dan juga kotak gear. Kebiasaannya terdapat dua atau tiga pada bahagian enjin dan ia juga mempunyai lapisan getah yang membawa fungsi menyerap gegaran.
Foto: Getty Image
Di antara punca utama mengapa kerosakan pada mounting enjin ini boleh rosak adalah disebabkan bahagian getahnya yang sudah keras atau kedudukan besi mounting rosak dan tercabut daripada bahagian casis enjin.
KESAN AKIBAT KEROSAKAN
Terdapat beberapa jenis kesan dan kerosakan yang boleh berlaku kepada kereta anda sekiranya mouting rosak. Antaranya ialah;
Enjin kereta boleh jatuh dan teralih dari kedudukan asal. Ini akan menyebabkan kerosakan teruk kepada komponen lain seperti sistem ekzos, driveshaft, alignment lari dan kerosakan lain lagi.
Juga boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian panel body dan casis kereta akibat gegaran berterusan dari mounting enjin yang rosak
Pergeseran akan berlaku di antara komponen yang berada berdekatan dengan enjin seperti turbocharger, manifold, bateri, radiator, kipas dan sebagaintya. Secara tal langsung boleh menyebabkan lagi banyak komponen rosak
Dalam penjagaan kereta sebelum berlakunya apa-apa kerosakan kebiasaannya kereta akan memberikan petunjuk. Begitu juga kerosakan pada bahagian engine mounting. Ia merupakan jenis kerosakan yang jarang sekali berlaku secara tiba-tiba.
Berikut merupakan tanda-tanda engine mounting kereta anda sudah rosak;
Selepas enjin kereta dihidupkan anda dapati timing engine jadi turun naik. Ia lebih buruk apabila penghawa dingin dipasang. Selain itu, kereta juga turut bergegar dengan kuat lalu menjadikan pengalaman memandu kereta jadi tidak selesa.
Rasa bergoyang atau tidak stabil semasa mengambil selekoh atau ketika memusingkan kenderaan. Engine tidak diikat dengan betul dan menyebabkan inersia lebih semasa pusing.
Bagi kereta jenis manual ia lebih mudah untuk mengetahui sama ada ia mengalami kerosakan atau tidak. Letakkan sedikit kaki kiri di bahagian pedal clutch. Jika ada gegaran kuat maka itu petanda mounting untuk gearbox ada masalah.
Ketika kereta bergerak laju di jalan lurus namun anda dapati stereng bergegar dengan kuat. Memang sah ada masalah engine mounting yang perlu diperiksa dengan segera.