Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah pemilik kenderaan memilih untuk mengisi minyak RON97 sekali-sekala, walaupun kebiasaannya mereka menggunakan RON95?
Adakah ini hanya sekadar trend atau sebenarnya terdapat manfaat untuk kesihatan enjin kereta anda?
Foto : Motoqar
Bagaimana RON97 Membantu Kesihatan Enjin?
Walaupun kereta anda boleh berfungsi dengan baik menggunakan RON95, mengisi minyak RON97 sekali-sekala sebenarnya membawa beberapa manfaat kepada enjin.
Pembakaran yang Lebih Bersih
Minyak RON97 menghasilkan pembakaran yang lebih lengkap kerana formula bahan api yang lebih baik.
Ini membantu mengurangkan pembentukan karbon dalam enjin, yang boleh menyebabkan kerosakan atau penurunan prestasi enjin jika dibiarkan terlalu lama.
Meningkatkan Kecekapan Enjin
Dengan tahap oktana yang lebih tinggi, RON97 mengurangkan risiko ketukan enjin (engine knocking).
Ini bermaksud enjin dapat beroperasi dengan lebih lancar dan efisien, terutama ketika memandu pada kelajuan tinggi atau membawa beban berat.
Ads
Foto : Roda Panas
Melindungi Komponen Dalaman Enjin
Ketukan enjin yang kerap boleh menyebabkan kerosakan pada piston dan dinding silinder.
Minyak RON97 membantu meminimumkan risiko ini, sekaligus memanjangkan jangka hayat enjin.
Peningkatan Prestasi (Walaupun Sementara)
Mengisi RON97 sekali-sekala boleh memberikan sedikit lonjakan prestasi, terutama bagi pemanduan jarak jauh atau perjalanan yang memerlukan kuasa tambahan.
Ads
Walaupun perbezaan ini mungkin tidak ketara bagi kereta biasa, ia tetap memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik.
Bilakah Waktu Sesuai untuk Mengisi RON97?
Selepas perjalanan jauh : Untuk membersihkan enjin daripada karbon yang terkumpul.
Sebelum servis enjin : Sebagai langkah tambahan untuk memastikan enjin lebih bersih.
Sebelum memandu jarak jauh atau mendaki kawasan berbukit : Untuk mendapatkan prestasi tambahan.
Walaupun RON97 lebih mahal berbanding RON95, manfaatnya kepada kesihatan enjin mungkin menjadikannya pelaburan yang berbaloi, terutama jika dilakukan sekali-sekala.
Ia tidak hanya membantu mengekalkan enjin dalam keadaan baik, tetapi juga meningkatkan pengalaman memandu anda.
Dengan pembakaran yang lebih bersih, kecekapan yang lebih baik, dan perlindungan tambahan terhadap ketukan enjin, RON97 boleh menjadi pilihan bijak untuk pemilik kenderaan yang ingin menjaga prestasi enjin mereka.
Jadi, lain kali apabila anda mengisi minyak, pertimbangkan untuk memilih RON97 mungkin enjin kereta anda akan mengucapkan terima kasih!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dapat kerja, sambung belajar di luar negara atau keluar daerah berbulan lamanya. Bagaimanakah cara tinggalkan kereta dalam tempoh lama tanpa membiarkan ia rosak begitu sahaja? Sering kali kita dengar bahawa kenderaan yang ditinggalkan dalam tempoh lama akan mengalami masalah seperti sukar menghidupkan enjin, brek kurang mencengkam dan peralatan elektronik yang tidak berfungsi. Bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku, beberapa perkara perlu anda pastikan sebelum meninggalkannya.
TUKAR MINYAK ENJIN
Tukar minyak enjin dan penapis minyak terlebih dahulu kerana dikhuatiri minyak enjin lama akan meninggalkan mendapan kotor di bahagian dalam enjin. Lebih baik sekiranya menukar minyak enjin yang berprestasi tinggi kerana ia terjamin mampu menjaga bahagian dalaman enjin.
ISI MINYAK PENUH
Kondensasi adalah perkara yang sering berlaku pada kenderaan yang ditinggalkan dalam tempoh lama. Ia boleh menyebabkan tangki minyak berkarat dan dengan mengisi minyak penuh, proses kondensasi dapat dielakkan kerana ruang tangki yang penuh menghalang daripada ia berlaku.
LEPASKAN BREK TANGAN
Brek tangan yang digunakan dalam tempoh lama akan menyebabkan pad brek tersekat pada brek cakera. Alternatif lain yang boleh digunakan adalah dengan meletakan pada gear satu bagi mengelakkan kenderaan bergerak.
TINGGIKAN KENDERAAN
Kenderaan yang dibiarkan tanpa bergerak akan menyebabkan tayar terbeban di bahagian bawah lantas menyebabkan tayar itu keras dan leper di bahagian tersebut. ‘Jack’ kenderaan tersebut agar tayar tidak bersentuhan dengan lantai.
CABUT BATERI
Bagi mengelakkan bateri kenderaan kehabisan kuasa, isi penuh air bateri dan cabutkan bateri tersebut daripada kenderaan. Simpankan di tempat yang kering dan jauhkan dari matahari. Bateri yang dibiarkan lama pada kenderaan akan menyebabkan ia kehabisan kuasa lebih cepat kerana ia tidak dicas sebagaimana ketika enjin dihidupkan.
BALUT KENDERAAN
Cuci terlebih dahulu sebelum membalut dengan pembalut kenderaan agar dapat mengelakkan kerosakan cat. Untuk prestasi yang terbaik, kilatkan (polish) terlebih dahulu agar kualiti cat kekal terjaga buat tempoh yang lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu komponen kereta yang dianggap biasa namun fungsinya sangat penting. Kalau tiada bateri memang tidak akan dapat hiduplah enjin kereta. Perkara ini MASKULIN percaya mungkin anda sendiri pernah hadapinya.
Kereta tak dapat dihidupkan akibat masalah bateri ini memang melecehkan. Untuk elak masalah ini menimpa anda perlu peka dengan penjagaan bateri. Jika anda menggunakan bateri basah, pastikan air bateri sentiasa mencukupi.
Bateri kering
Manakala bateri kering pula tidak perlu risau tentang perkara tersebut. Cuma perlu peka dengan jangka hayatnya yang telah dinyatakan oleh pengeluar.
Bateri basah
Ada beberapa petanda dan perkara yang boleh anda lakukan untuk kenal pasti petanda bateri kereta anda bakal ‘kong’ dan perlu ditukar dengan segera. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pengguna TikTok, @james_alatin yang menerangkan tentang perkara boleh anda periksa.
Ikuti beberapa petanda menunjukkan bateri kereta anda sudah hampir ‘kong’ dan perlu ditukar dengan kadar segera!
CHECK LAMPU DASHBOARD
Ini mungkin petanda paling asas. Kereta anda juga akan memberikan amaran jika bateri mula menunjukkan prestasi yang tidak sepatutnya. Bila lampu bateri di dashboard menyala, pergilah tukar bateri dengan segera ya.
POWER WINDOW SUSAH TURUN
Masa mula-mula dapat kereta dulu power window bukan main ‘smooth’ saja turun naik. Tapi biasalah lama-kelamaan ia pastinya tidak akan lancar. Namun jika power window seakan tersekat-sekat dan tidak lancar, itu mungkin petanda bahawa bateri kereta anda bermasalah. Jika ia berulang dengan kerap periksalah bateri dengan segera.
PUSH START BUTTON SUSAH NAK HIDUP
Bila mahu hidupkan kereta dengan menekan butang ‘push start’ kereta didapati cukup sukar untuk dihidupkan. Ini juga petanda bateri kereta sudah hampir ‘kong’ dan rosak.
PERIKSA INDIKATOR PADA BATERI
Kebanyakan bateri sekarang dilengkapi indikator tersendiri. Anda boleh periksa indikator pada bateri yang menunjukkan kondisi bateri terkini.
PERIKSA TARIK PASANG BATERI
Selain itu anda juga boleh periksa tarikh pemasangan bateri. Jika ia sudah melebihi dua atau tiga tahun itu sudah cukup menunjukkan bateri perlu ditukar segera. Kebiasaannya bateri akan ‘kaput’ dalam tempoh tersebut. Jadi tukarlah segera!
Pernah atau tidak anda bawa kereta tiba-tiba aircond anda tidak berfungsi dengan baik seperti tidak lagi terasa sejuk?
Tak apa, tak jadi masalah , jangan panik jika pernah terjadi, mungkin anda boleh cuba cara yang dikongsikan Farizah Mohamed ini. Bukan sahaja senang malah menjimatkan masa dengan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dan duit anda juga.
Menurutnya, punca aircond tidak sejuk selalunya dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya cooling coil bocor, compressor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.
Namun begitu, dia tidak menolak kadang-kala ia juga disebabkan benda-benda simple sahaja seperti penapis yang penuh dengan habuk. Benda ini boleh dibaiki sendiri, jadi mengapa sampai perlu hantar ke bengkel.
Cara-caranya;
1. Pastikan enjin dimatikan terlebih dahulu. Buka drawer di bawah dashboard yang terletak di bahagian penumpang depan dan tarik ia keluar.
2. Sebaik anda tarik keluar, anda akan nampak satu kotak hitam kecil di dalam ruangan tersebut, lalu buka penutup kotak itu.
3. Tarik penutup kotak berbentuk segi empat, ia berfungsi sebagai penapis yang menangkap segala kotoran dan habuk (seperti dalam gambar).
4. Ketuk dan bersihkan segala habuk yang melekat dan letak balik penapis tersebut di tempat asal. Pasang semula penutup dan drawer tersebut.
5. Kemudian on kan enjin dan test aircond, mesti dah sejuk angin dia!
Jika tidak sejuk, itu tandanya anda perlu membawanya ke bengkel berdekatan. Tambahnya, kebanyakan kenderaan tempatan kedudukan penapis memang di bahagian penumpang, tetapi dia tidak pasti jika continental car, kena tanya pada pakar.
Serious AIRCOND KERETA terus jadi SEJUK!!! Menyesal x buat dari dulu. Xyh kluarkan duit pun! X sampai 5min dah siap. Jom…
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.