Jika dilihat kepada pelakon lelaki yang kini cukup meningkat naik pastinya ramai yang akan terarah kepada Merqeen yang juga merupakan produk dari Pencarian Hero Remaja.

Dari satu drama bersiri kepada drama bersiri yang lain menonjolkan Merqeen sebagai hero utama menjadikannya sebagai artis paling hangat di pasaran pada masa kini.

Selain menjadi rebutan produser, deretan jenama dari dalam dan luar negara juga ingin melamarnya sebagai duta mereka.

Merqeen Bangga Dilantik Jadi Sebahagian ‘Keluarga’ Jenama Mewah Tiffany & Co.

Malah baru-baru ini juga Merqeen telah terbang ke New York untuk pelancara eksklusif butik jenama mewah, Tiffany & Co. pada Mei lalu.

IKLAN

Dan terkini, Merqeen telah dilantik secara rasmi oleh jenama tersebut sebagai wajah ‘Friends of the House’ Tiffany & Co.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai artis Malaysia pertama dilamar oleh jenama tersebut. Dalam satu perkongsiannya bersama majalah Remaja baru-baru ini, Merqeen berkata, “Tentunya, saya berasa sangat gembira mejadi sebahagian daripada keluarga besar ‘Tiffany & Co.’

“Sejujurnya, saya telah merahsiakan perkara ini lama sebenarnya. Dan semestinya saya bangga, bertuah dan gembira untuk terima peluang ini,” tambahnya lagi.

IKLAN
Merqeen Bangga Dilantik Jadi Sebahagian ‘Keluarga’ Jenama Mewah Tiffany & Co.
Meerqeen bersama-sama Pengarah Jualan Tiffany & Co. Malaysia, Cesarine Lim

“Memori merantau bersama-sama Tiffany & Co. ke kota New York bagi mewakili Malaysia di sana adalah memori terbaik yang saya perolehi setakat ini bersama jenama tersebut,” katanya yang turut diiringi oleh Pengarah Jualan Tiffany & Co. Malaysia, Cesarine Lim.

Merqeen Bangga Dilantik Jadi Sebahagian ‘Keluarga’ Jenama Mewah Tiffany & Co.

Kunjungannnya ke New York menyaksikan dia berpeluang untuk bertemu dengan nama-nama besar pelbagai industri seperti para pelakon Hollywood, pemain bola sepak profesional dan juga pemain NBA.

IKLAN

“Bukan setakat berjumpa, Meerqeen dapat bercakap dengan mereka yang dihormati ramai dalam industri seni. It was definitely an honour,” jelasnya.

Tahniah Merqeen!

Jangan lupa untuk subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Menjaga stamina diri kadangkala cukup mencabar. Namun dengan rutin senaman full kardio anda mampu meningkatkan stamina dir agar kekuatan semakin baik dari semasa ke semasa! Selamat pengantin baru @Alif Muhaimin #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness #fyp #fypmalaysia #workout #fitness ♬ Workout Trap (60 Sec)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI