Bulan Ramadan merupakan bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Dalam bulan ini, manusia diuji untuk mendidik kembali nafsu yang sering bermaharajalela dalam diri manusia. Antara kewajipan terbesar yang diperintahkan Allah S.W.T dalam bulan Ramadan adalah berpuasa.

Berpuasa adalah cara untuk mendidik dan menundukkan nafsu yang degil. Namun, bila badan tak biasa terima perubahan drastik, puasa hari pertama kebiasaannya akan menjadi hari yang sukar buat sesetengah individu, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Apakah cara diet pemakanan yang salah membuatkan kita lemah dan jadi tidak keruan sebaik tiba waktu tengahari? Ini tips munasabah agar korang mempersiap diri untuk sentiasa bertenaga walaupun harus menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sementara menunggu waktu berbuka.

1. Jangan Ambil Makanan Masin Ketika Bersahur

Minggu Depan Dah Puasa! Ini 7 Tips Perut Rasa Kenyang & Cergas Sepanjang Hari

Orang Melayu memang tak boleh lari daripada hidangan lauk sampingan seperti ikan masin, telur masin serta cicahan budu dan cencalok sebagai pembuka selera saat menikmati nasi. Lebih-lebih lagi ketika nasi itu dimakan panas! Mmm, rasanya memang sedap kan?

Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut.

Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.

2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur

Minggu Depan Dah Puasa! Ini 7 Tips Perut Rasa Kenyang & Cergas Sepanjang Hari

IKLAN

Nikmatilah makanan serta sayuran yang rangup seperti lobak merah dan kobis ketika bersahur. Dengan menikmati makanan yang ‘keras’ sebegitu, mulut anda akan mengambil masa yang lama untuk mengunyah sebelum menelan.

Apabila mengunyah itu mengambil masa yang lama, sudah tentu perut anda akan berasa kenyang pada waktu yang tepat. Bahkan kekenyangan itu akan kekal lebih panjang dan dalam masa yang sama makanan itu tadi mudah dihadam oleh usus.

Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!

3. Makan Kekacang

Minggu Depan Dah Puasa! Ini 7 Tips Perut Rasa Kenyang & Cergas Sepanjang Hari

Selain mengambil masa untuk dikunyah, kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.

IKLAN

4. Minum Segelas Air Sebelum Makan

Minggu Depan Dah Puasa! Ini 7 Tips Perut Rasa Kenyang & Cergas Sepanjang Hari

Kata orang, tak elok berselang makan dengan air. Ini kerana, belum sempat makanan anda habis, perut sudah pun membuncit kekenyangan. Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.

Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.

5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur

Minggu Depan Dah Puasa! Ini 7 Tips Perut Rasa Kenyang & Cergas Sepanjang Hari

IKLAN

Sukar rasanya untuk meminum lapan (8) gelas air putih setiap hari sepanjang bulan Ramadhan kan? Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Walau apa pun yang anda nikmati, jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak.

Adalah lebih baik jika anda mencampur aduk pemakanan buah yang pelbagai warna sebagai contoh… anggur yang dimakan bersama strawberi dan epal hijau. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.

6. Buat Diri Jadi Sibuk

Minggu Depan Dah Puasa! Ini 7 Tips Perut Rasa Kenyang & Cergas Sepanjang Hari

Berkhayal adalah salah satu cara mudah untuk anda melupakan perut yang sedang lapar. Seperti di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?

7. Makan Bijian Penuh

Minggu Depan Dah Puasa! Ini 7 Tips Perut Rasa Kenyang & Cergas Sepanjang Hari

Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari.

Selamat berpuasa semua!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI