Pertembungan dunia automotif dan seni pastinya menghasilkan sesuatu yang cukup istimewa. Terbarui, MINI tampil dengan Countryman Roof Art Edition. Ia merupakan kerjasama bersama artis watan, Jared Lim atau lebih biasa dipanggil ‘Professional Crayon’.

Menerusi karyanya beliau merangkapkan keunikan Malaysia dengan tema gubahan ‘Foliage’ atau Dedaun’ dalam bahasa Melayu. Menyulan unsur kembara dengan elemen-elemen yang mewarnai budaya tempatan kita, justeru melahirkan iterasi MINI Countryman yang sungguh menawan.

MINI Countryman Roof Art Edition Tampilkan Karya Keunikan Malaysia

Menurut Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew, “MINI Malaysia senantiasa menjulang semangat diversiti yang merentasi pelbagai budaya. Menerusi jentera edisi Roof Art yang baharu ini, kami menunaikan komitmen untuk mendukung artis-artis tempatan dalam industri seni, dengan harapan agar kolaborasi seperti ini dapat melahirkan pelbagai produk yang mampu mengeratkan lagi hubungan antara kita dengan para pengguna.”

“Jared mempunyai kreativiti dalam pelbagai disiplin dan kami benar-benar hargai beliau sebagai rakan kongsi kami. BMW Group dan Jared telah berganding bahu dalam pelbagai projek, mencetus kelahiran karya-karya menarik yang terus memberi inspirasi kepada kita semua sehingga ke hari ini.

“Dengan itu, kami teruja untuk mempersembahkan MINI Countryman Roof Art Edition yang eksklusif ini kepada para pelanggan dan juga peminat setia kami, menyajikan sebuah pengalaman pemilikan MINI yang lebih peribadi buat mereka,” tambah Linnet.

IKLAN

KONSEP SENI GUBAHAN

Karya seni gubahan ‘Foliage’ pada MINI Countryman Roof Art Edition merupakan karya visual penuh intrikasinya denganbunga-bunga Malaysia sambil menonjolkan aneka elemen klasik MINI. Menerusi gubahan tersebut, juga terdapat sayap jata MINI yang menjelma melalui gelombang dan sulaman flora Malaysia.

MINI Countryman Roof Art Edition mengekalkan segala elemen yang menjadikan MINI Countryman sebuah jentera yang diminati ramai, seperti MINI ALL4 Exterior Optic, termasuk elemen-elemen dekoratif di bampar hadapan dan belakang, serta perisai casis (sump guard) dalam matte aluminium dan lampu hadapan LED automatik dengan fungsi membelok.

MINI Countryman Roof Art Edition Tampilkan Karya Keunikan Malaysia

IKLAN

Ia juga mengekalkan jalur bonetnya yang unik, begitu juga dengan rel bumbung dan ambang sisi.

Menjadi jantung jentera MINI Countryman Roof Art Edition ialah enjin MINI TwinPower Turbo 2 liter, yang menjana 192 kk serta tork bernilai 280 Nm, ia mampu membuat pecutan abad dalam masa 7.5 saat dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 226 km/j.

Digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport Dwiklac Tujuh Kelajuan, kenderaan ini membekalkan keupayaan penukaran gear yang pantas dalam mod pemanduan SPORTS dengan tahap keselesaan dan keefisienan yang tinggi. Di samping itu, fungsi pacuan neutral (coasting) turut disediakan dalam mod pemanduan GREEN & MID bagi MINI Countryman Roof Art Edition.

IKLAN
MINI Countryman Roof Art Edition Tampilkan Karya Keunikan Malaysia
default

Di dalam, MINI Countryman Roof Art Edition masih membawakan kokpit MINI Yours Illuminated dalam rona Shaded Silver.

Ia juga mengekalkan bingkai pintu dalam warna Dark Silver serta pelbagai elemen dalam warna Hazy Grey, disempurnakan dengan material bumbung dalam rona Satellite Grey serta Leather Cross Punch dalam rona Carbon Black. Sterengnya pula memperlihatkan MINI Yours Walknappa Leather yang ikonik dan ia dihiasi dengan motif Union Jack pada bahagian dasar.

MINI Countryman Roof Art Edition turut menampilkan kluster instrumen digital 5” yang terletak di belakang stereng. Ia dipadankan dengan skrin sentuh 8.8” yang merangkumi kemudahan navigasi, sebuah panel kawalan audio, butang lampu kecemasan dan sistem-sistem bantuan pemandu yang diintegrasikan ke dalam unit kawalannya yang berbentuk bulat.

MINI Countryman Roof Art Edition akan disediakan dalam tiga warna yang menawan, iaitu British Racing Green, Chilli Red dan Island Blue – juga dalam bilangan yang terhad bagi menawarkan sebuah pengalaman pemilikan yang benar-benar eksklusif.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI