MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan MINI John Cooper Works 3 Door dan MINI John Cooper Works Countryman yang terbaharu untuk pasaran tempatan.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Daripada tiga kemenangan yang digarap di Monte Carlo Rally pada tahun 1960-an, sehingga enam kejayaan yang dilakar di Dakar Rally baru-baru ini, keterujaan yang dibawakan oleh jentera MINI melalui DNA sukan permotorannya dibuktikan dari era demi era.
“MINI John Cooper Works 3 Door dan MINI John Cooper Works Countryman baharu merupakan hasil keulungan dalam sukan permotoran yang bersifat abadi, dan diperhalusi melalui kepakaran yang berusia bertahun lamanya di bawah nama ‘John Cooper Works’.”
Tambah beliau, “Nama ‘John Cooper Works’ terus meraih keterujaan dan kekaguman di Malaysia, seperti yang disaksikan melalui kejayaan luar biasa MINI Malaysia pada tahun 2020 yang mencatat penyerahan sebanyak 10% jentera John Cooper Works di peringkat tempatan. Dengan pengenalan model-model baharu ini, kami akan terus menyuntik nafas kepada sentimen ‘Big Love’ yang dijiwai oleh warga MINIacs.”
SENTUHAN MODEN, AURA KLASIK
MINI John Cooper Works 3 Door hadir dengan penampilan lebih moden. Luarannya tampil dengan gril radiator yang baharu yang besar dan berbentuk heksagon dalam satu komponen tunggal yang mengunjur ke bawah,
Ads
Ia memberikan iras kepada jentera lebih megah di atas dan di luar litar lumba. Turut dinaik taraf ialah lampu LED Adaptif (Adaptive LED) yang kini dilitupi dengan perumah dalaman baharu yang berwarna hitam. MINI John Cooper Works 3 Door baharu juga hadir dengan rongga udara penyejukan untuk memastikan sistem pemanduan dan brek berada pada tahap suhu yang optimum apabila jentera ini dipandu dalam kondisi ‘sporty’ yang ekstrem.
MINI John Cooper Works 3 DoorMINI John Cooper Works 3 Door
Ketutup sisi yang bertemakan model kenderaan juga menghiasi panel sisi hadapan serta apron belakang – dan apron belakang ini turut didatangkan dengan peresap khas untuk mengoptimumkan aliran udara di seksyen belakang. Malah pembaharuan reka bentuk yang dibuat juga membolehkan kedua-dua paip ekzos kenderaan ini dibingkaikan dengan sempurna.
Kuasa dan keterujaan yang tiada tandingannya – MINI John Cooper Works Countryman baharu turut hadir dengan eksterior yang diperhalusi dan gubahan aksen yang lebih moden, termasuk elemen rekaan yang baharu pada komponen gril radiator. Dari hadapan, kerencaman teknologi pencahayaan yang berkualiti tinggi kini dapat dilihat dengan lebih jelas, manakala perwatakan MINI John Cooper Works Countryman baharu diserlahkan melalui rekaan lampu khas yang bertemakan Union Jack.
Ads
MINI John Cooper Works CountrymanMINI John Cooper Works Countryman
Trim eksterior Piano Black menghiasi MINI John Cooper Works 3 Door serta MINI John Cooper Works Countryman baharu, ia turut mempamerkan hendal pintu, logo MINI, serta jata model dalam warna hitam berglos tinggi. Lampu hadapan LED Adaptif yang bersertakan distribusi cahaya berciri boleh ubah dan fungsi matriks bagi lampu puncak juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua model.
WARISAN DNA PERLUMBAAN JOHN COOPER WORKS
Jentera baharu MINI ini dikuasakan oleh enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter 4 silinder, dibangunkan menerusi kepakaran John Cooper Works dalam bidang perlumbaan kereta. Turut digandingkan dengan Transmisi Steptronic Sport 8 Kelajuan, MINI John Cooper Works 3 Door baharu mampu menjana 231 kk (kuasa kuda) dan tork bernilai 320 Nm, serta berupaya memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.1 saat.
Jentera ini mempunyai kelajuan tertinggi mencecah 246 km/j. Penggunaan bahan api direkodkan pada paras 6.3 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 kilometer, dengan emisi CO2 berkadar 143 g/km.
Ia juga dilengkapi sistem brek hebat, Brembomeliputi angkup brek dengan empat piston berserta cakera yang diventilasi dari dalam, termasuk angkup brek merah yang mempamerkan logo John Cooper Works.
Manakala MINI John Cooper Works Countryman pula hadir dengan enjin dengan kuasa tertinggi yang pernah dimuatkan di dalam MINI, iaitu Enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter 4 silinder, berserta dengan sistem penyejukan khas. Oleh itu, ia dapat membekalkan output berjumlah 306 kk dan tork bernilai 450 Nm.
Dipadankan dengan sistem pacuan semua roda ALL4 yang hadir dengan fungsi kawalan pintar berserta Transmisi Steptronic Sport 8 Kelajuan, MINI John Cooper Works Countryman baharu mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 5.1 saat. Varian ini pula mempunyai kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j. Penggunaan bahan apinya direkodkan pada paras 7.6 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 kilometer, dengan emisi CO2 berkadar 175 g/km.
Maklumat lanjut mengenai model-model MINI yang terbaharu ini boleh didapati di www.mini.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas kemunculan rasmi Toyota CH-R pada program Carlist.my MAA Drive, Test & Buy Mei lalu, akhirnya UMW Toyota Motor akan mempamerkan model berkenaan kepada umum dengan lebih dekat.
Toyota CH-R akan melakukan siri jelajahnya di pusat pameran Toyota terpilih dan di beberapa program Toyota di Semenanjung Malaysia bermula bulan depan.
Model SUV (kenderaan utiliti sport) kompak itu akan dipamerkan di:
– Pusat Pameran Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya (4-8 Ogos)
-Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival (12-13 Ogos) di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
-Pusat pameran Toyota di Subang Jaya (16-22 Ogos)
-Pusat membeli belah Mid Valley (23-27 Ogos)
-Pusat membeli belah Sunway Pyramid (4-10 September) dan beberapa lagi lokasi lain yang terpilih di Semenanjung Malaysia.
Difahamkan, Malaysia akan membawa masuk CH-R dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-yang dipadankan dengan transmisi CVT bersama sequential shifter.
Untuk makluman, model C-HR merupakan model kedua yang dibangunkan di bawah platform Toyota New Global Architecture (TNGA).
Dari segi jana kuasa, CH-R ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.2 liter turbo, 1.8 liter hibrid dan 2.0 liter DOHC 4-silinder (pasaran Amerika Syarikat).
Perkataan CH-R bermaksud Coupe-High Riding. Dan..model itu memiliki dimensi panjang 4, 360mm, lebar (1, 795mm) dan tinggi (1, 550mm) serta jarak roda 2, 640mm.
Pihak UMW Toyota Motor memberitahu model tersebut secara rasmi akan berada di pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Masa yang tepat masih belum diketahui.
Apakah perkara yang mampu membuat seorang lelaki menoleh untuk kali kedua?
Ya, pertama sekali mungkin wanita cantik yang pastinya membuat ekor anak mata anda ‘mengejar’ mereka. Dan yang kedua kebiasaannya adalah kereta berkuasa tinggi yang cantik dan menawan!
Antara pembikin supercar yang popular di dunia ialah McLaren Racing Limited yang turut terkenal memiliki pasukan perlumbaan kereta Formula 1.
McLaren sering menampilkan inovasi dan teknologi canggih terkini di dalam kereta-kereta berprestasi luar biasa mereka. Namun yang terbaru ini agak unik kerana mereka menghasilkan model McLaren Senna bersaiz sebenar dengan menggunakan LEGO sepenuhnya!
Mereka memperkenalkan kereta model Senna bersaiz sebenar ini dikatakan bakal dipertontonkan kepada pengunjung Goodwood Festival di United Kingdom yang berlangsung pada bulan Julai nanti.
Menariknya, kereta replikas yang dibina dari LEGO ini dihasilkan oleh 42 orang pembina dengan menggunakan sebanyak 465,854 keping LEGO. Pembinaan ini mengambil masa selama lebih 5,000 jam! Ternayta membina replika LEGO ini lebih lama berbanding menghasilkan kereta sebenar. Ia ambil masa lima kali ganda lebih lama!
Walau bagaimana pun tidak semua komponen kereta ini dihasilkan daripada LEGO. Antara aksesori kereta yang tak menggunakan LEGO ialah stereng, tempat duduk karbon fiber, pedal racing, logo McLaren dan tayar Pirelli.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk kereta yang menggunakan teknologi push start button, kunci atau remote memainkan peranan penting dalam mengesahkan kehadiran pemilik.
Kunci ini mempunyai cip pengesan yang akan menghantar isyarat kepada sistem kereta untuk membenarkan enjin dihidupkan. Kalau bateri remote lemah atau habis, isyarat tidak akan dapat dihantar, sekaligus menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan. Mesti gelabah sebab tak boleh nak hidupkan enjin kereta. Walau tekan berapa kali tak hidup juga.
Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga masih ada yang belum tahu, jika bateri remote kong kita masih boleh menghidupkan enjin dengan mudah. Caranya dikongsi oleh Abang Recond dalam akaun TikTok miliknya.
Kalau kereta push to start button nak on tapi bateri nak kong, bila tekan tak boleh start. Ini cara untuk hidupkan enjin ya. Tiga langkah saja;
2. Kereta akan automatik on.
3. Tekan brek dan tekan push to start button dan enjin boleh dihidupkan. Setel! Sebaiknya pergi terus ke kedai kunci untuk tukar bateri remote yang baru.
Kereta di atas adalah untuk kereta jenis Toyota, ini pula bagi kereta Perodua Bezza. Dikongsi oleh Seng Kong Locksmith. Caranya;
2. Kaki tekan pada brek dan ketika ini alarm akan berbunyi
3. Tekan sekali pada butang ‘start/stop’
4. Scan alat kawalan jauh sekali pada butang ‘start/stop’ (alarm akan berhenti berbunyi)
Spider bakal menggegarkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menerusi konsert mega Spideraya pada 26 September 2026. Lebih 30 tahun karya ikonik bakal diraikan dalam satu malam penuh nostalgia!