Jenama automotif premium kompak tercanggih di Malaysia, MINI baru-baru ini menganjurkan MINI Track Day 2020 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
Penganjuran tersebut berjaya mengumpulkan warga MINIacs dan peminat aktiviti memandu untuk mengamati sebuah acara yang benar-benar mengujakan di litar lumba berkenaan.
“Aspirasi permotoran terletak dalam jiwa MINI, dan ia dapat meraih reputasi ini bukan sahaja melalui aspirasi mereka yang berusia 60 tahun lamanya, malah menerusi peranan yang dimainkan oleh mereka secara signifikan untuk memastikan aspirasi tersebut dapat diterjemahkan di atas jalan raya.
“MINI Track Day 2020 membuktikan janji kami, pada masa yang sama, menyuntik keterujaan dalam kalangan para hadirin dan kami berbesar hati untuk membawakan satu lagi pengalaman yang menarik buat para peminat MINI pada tahun ini,” ujar Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi.
Ads
PENGALAMAN MINI
MINI Track Day 2020 menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, dua kumpulan individu disaksikan menguji kemahiran memandu masing-masing dalam sesi memandu “MINI John Cooper Works (JCW) Track Experience” dan “MINI Driving Experience”.
Ads
Beberapa jentera model JCW MINI yang berkuasa tinggi telah dipandu oleh para peserta, dan mereka juga dapat menyelami salasilah legasi JCW sambil mengambil peluang untuk melihat jentera klasik JCW MINI secara lebih dekat.
Ads
Model-model MINI yang digunakan ialah MINI JCW Track Experience merangkumi jentera MINI John Cooper Works Countryman 306HP serta MINI John Cooper Works Clubman 306HP, termasuk model-model 3 pintu dan 5 pintu yang lain.
Para pemandu juga diberikan peluang eksklusif mencuba jentera MINI yang diperuntukkan kepada mereka di atas litar lumba berkenaan untuk mengamati prestasi tulen dan sensasi pemanduan ala go-kart yang sinonim dengan MINI sejak berdekad lamanya.
Turut dipamerkan buat pertama kali, MINI Countryman Blackheath Edition – varian MINI Countryman edisi terhad yang hadir dengan tema rekaan semua hitam, ia memetik ilham daripada rimba gelap Blackheath yang terletak di tenggara London, United Kingdom.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kata orang malang tidak berbau. Kadang-kadang tengah sedap elok memandu tiba-tiba anda dikejutkan dengan satu bunyi letupan dan pemanduan anda secara tiba-tiba menjadi huru-hara. Rupanya tayar pecah anda meletup! Wuuuu cukup bahaya. Namun jangan panik atau menggelabah. Tenangkan fikiran anda. Ini ada beberapa cara untuk anda tangani masalah itu.
1) Jangan Terus Tekan Brake Pedal
Jangan terus menghentam pedal brek. Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian sebegini kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.
2) Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak
Jangan terus angkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba. Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika, sebelum melepaskan ia beransur-ansur. Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar meletop. Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.
3) Membelok stereng dengan banyak ia akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan
Saat kejadian kereta anda akan berasa ditarik ke arah tayar yang pecah. Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda adalah lurus. Membelok stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
4) Hidupkan Lampu Kecemasan
Hidupkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada kenderaan sekeliling. Program kawalan kestabilan Kenderaan (contohnya ESP) dalam sistem sesebuah kenderaan juga adalah penyelamat dalam keadaan tayar yang pecah. Pertimbangkan ciri-ciri ini apabila merancang untuk membeli kereta anda yang seterusnya demi lebih ciri keselamatan.
Tip Tambahan
Selain daripada perkara diatas jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.
Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kawan-kawan, saudara dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.
Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna iaitu tidak pancit.
Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang amat penting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan.
Ingat, keselamatan anda adalah yang utama. Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Peranan tali pinggang keledar masih dianggap hal yang remeh bagi pengguna. Apatah lagi penumpang yang duduk di belakang. Perlu anda ketahui tidak memakai tali pinggang keledar sebenarnya adalah satu risiko tinggi bagi penumpang belakang dan juga penumpang depan.
Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), empat daripada lima orang penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Tidak kira sama ada perjalanan jauh mahupun dekat.
Perlu diingatkan habit anda yang tidak gemar untuk memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada penumpang di depan ketika kemalangan.
Menerusi simulasi ujian kemalangan yang dijalankan, hasil ujian menunjukkan selain berisiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang belakang, ia juga boleh menyebabkan penumpang depan terhumban ke papan pemuka atau stereng. Ini akibat daripada momentum penumpang belakang yang terhentak pada kerusi depan.
Hasil kaji selidik IIHS menunjukkan bahawa 72 peratus daripada pengguna berusia 18 tahun ke atas tidak memakai tali pinggang ketika duduk di belakang. Sebaliknya 91 peratus menyatakan menggunakan tali pinggang keledar ketika dudukk di depan.
Tiba masanya anda mempunyai kesedaran untuk memakai tali pinggang keledar tidak kira sama ada duduk di kerusi depan mahupun belakang. Dahulukan keselamatan dan lebih baik mencegah sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
Selepas pelancaran model Jazz Hibrid, Honda Malaysia sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai negara pertama selain Jepun membawa masuk model City Sport Hybrid i-DCD. Di Jepun, Honda City Hybrid dikenali sebagai Honda Grace.
Peluang ini tentunya tidak dilepaskan oleh Honda Malaysia susulan penjualan model hibridnya yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan.
Model sedan berkenaan kini dibuka tempahannya di 91 buah pusat jualan sah Honda. Berikut informasi ringkas perlu anda ketahui tentang Honda City Hybrid:
ENJIN:
Honda City Hybrid menggunakan enjin yang sama dengan Jazz Hybrid. Justeru itu, soal prestasi dan teknologi kedua kenderaan berkenaan tidak memiliki perbezaan yang signifikan.
Kuasa yang dihasilkan dari enjin City Hybrid memiliki persamaan dengan hamburan kuasa enjin 1.8 liter. Enjin sama yang dipakai oleh Civic generasi terdahulu.
Honda City Hybrid dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersama gabungan transmisi 7-kelajuan DCT (transmisi dual klac). Enjin bersama gabungan Integrated High Power Motor itu mampu menghasilkan kuasa 137PS dan tork maksimum 170Nm.
Di atas kertas, City Hybrid merekodkan kecekapan bahan api 3.9L/100km. Honda menggunakan bateri Lithium ion (Li-on) yang memiliki kapasiti tinggi dan lebih tahan lama bagi penghantaran kuasa lebih lancar.
CIRI PERALATAN:
Varian hibrid itu juga dilengkapi dengan pedal shifter bagi tukaran gear dengan hanya di hujung jari.
Ia juga dilengkapi dengan desain meter 3D yang merangkumi informasi aliran kuasa, meter sport, kecekapan bahan api, info pemanduan dan indikator ECO.
Lebih menarik City Hybrid juga mengekalkan ruang kargo 536 liter seperti varian petrol.
Selain itu, City Hybrid dipadankan dengan paparan audio 6.8 inci, panel sentuh bagi pendingin hawa, lampu nyalaan siang, lampu belakang LED dan rim aloi dua tona warna bersaiz 16 inci.
CIRI KESELAMATAN:
Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan segudang peralatan keselamatan terdiri daripada empat beg udara, ABS, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), paparan kamera undur dan signal berhenti kecemasan (ESS).
WARNA:
Lunar Silver Metallic (perak), Modern Steel Metallic (kelabu) dan White Orchid Pearl (putih).
WARANTI:
5 tahun bersama perbatuan 10,000km tanpa had perbatuan
HARGA:
Harga jualan Honda City Hybrid RM89, 200 seunit (tidak termasuk insurans)
Strategi lari sambil berjalan 10km terbukti meningkatkan prestasi, mengurangkan risiko kecederaan, dan menjadikan latihan lebih menyeronokkan. Ketahui cara bijak mencapai hasil cemerlang tanpa keletihan!