Rasanya tak lengkap bagi seorang lelaki melangkah keluar dari rumah tanpa secalit atau semburan minyak wangi di badan.
Pada zaman kini minyak wangi bukan lagi dianggap sebagai item mewah semata tetapi sebagai pelengkap dan keperluan asas yang diperlukan oleh seorang lelaki maskulin.
Seperti pelbagai jenis produk lain minyak wangi juga terbahagi kepada beberapa peringkat harga. Bagi yang ingin tampil wangi dan mempunyai daya penarik hebat pasti tidak rugi jika anda laburkan sedikit wang membeli pewangi yang berkualiti.
Pelakon terkenal British, Ed Skrein yang sering muncul sebagai antagonis diangkat menjadi ikon BAD BOY.
SEKITAR PELANCARAN
Pada majlis pelancarannya beberapa selebriti terkenal seperti Aiman Hakim, Wak Doyok, Harris Baba, Venice Min dan Farah Nabilah turut sama memeriahkan majlis.
Ads
Antara jenama minyak wangi yang mampu menyerlahkan daya penarik anda ialah Carolina Herrera. Bagi penggemar jenama ini, siri 212 pastinya antara minyak wangi yang sentiasa menjadi pilihan.
Antara selebriti kacak yang hadir Azreil Ismail, Aiman Hakim, Wak Doyok, Harris Baba dan Ammar Alfian.
Tapi berbeza untuk keluaran terbaru apabila Carolina Herrera memperkenalkan siri minyak wangi terbarunya, BAD BOY.
MASKULIN berkesempatan memenuhi jemputan eksklusif Carolina Herrera pada majlis pelancarannya di Suria KLCC minggu lalu. Mungkin anda tertanya-tanya apakah konsep yang dibawakan oleh minyak wangi terbaru diberi nama julukan BAD BOY ini.
Ads
BAD BOY disamping GOOD GIRL, wangian versi wanita.
DUA KARAKTER BERBEZA
Muncul dengan konsep ikon rebel, BAD BOY membawa dua karakter berbeza oleh seorang lelaki iaitu gagah dan sensitif. Ia bersesuaian dengan slogannya, ‘It’s so good to be bad’.
Simbol kilatnya pula membawa definisi heroism dan kekuatan dan ia menjadi pembawa simbol personlaiti lelaki bad boy yang tak boleh dijangka, unik, menarik dan ada daya tarikan tersendiri.
Carolina Herrera BAD BOY EDT kini boleh didapati di pasaran.
Minyak wangi Carolina Herrea Bad Boy EDT kini boleh dapati di pasaran pada harga RM390 (100ml) dan RM290 (50ml).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang beranggapan telur cuma boleh digunakan sebagai makanan. Sama ada boleh jadi telur rebus mahu pun telur goreng.
Sedangkan telur memiliki khasiat yang sangat bagus dan ia bukan sahaja boleh digunakan ke atas muka malah mampu menjadi perapi yang baik untuk rambut.
Ini kerana telur mengandungi protein dan mineral yang amat diperlukan oleh rambut anda selain ia boleh menyejukkan serta menguatkan akar rambut anda.
Selain itu, anda boleh juga amalkan tip-tip berikut untuk menjaga rambut anda agar tidak rosak :
Klorin yang terkumpul dalam kolam boleh menyebabkan rambut anda kering serta rapuh. Selain itu, klorin turut menyebabkan kesan yang buruk ke atas kulit kepala anda. Cara paling mudah untuk lindungi rambut anda daripada kesan bahaya klorin adalah dengan membasuh rambut dengan air yang bersih selepas anda keluar daripada kolam renang.
Penggunaan terlampau banyak gel rambut, semburan rambut ataupun produk rambut yang lain akan membuatkan rambut anda kelihatan sarat dan tidak sihat . Oleh itu, gunakan seminima produk rambut yang boleh dan elakkan daripada memakainya setiap hari.
Topi ketat boleh menyebabkan ‘daya tarikan alopecia’ iatu keadaan rambut yang boleh menyebabkan keguguran rambut, ataupun kehilangan rambut secara kekal. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan kepala anda berbau.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk mejaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda seselum tidur, bukan?
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beruntunglah anda lelaki yang memiliki rambut panjang kerana sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai! Namun apa gunanya jika sekadar berambut panjang tetapi tidak tahu cara yang betul untuk menjaganya.
Jika anda mengabaikan cara penjagaan rambut, kelak anda akan berdepan dengan pelbagai masalah rambut.
Jadi pastikan anda sentiasa peka dengan tip-tip penjagaan rambut agar sentiasa kemas, bersih, sihat dan dijaga dengan baik.
Alert perkara ini kalau nak simpan rambut yang panjang
Sebelum nak menyimpan rambut, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk membela rambut yang panjang. Selain gaya, anda juga perlu memikirkan tentang kerjaya anda. Ada sesetengah kerjaya tidak membenarkan anda berambut panjang.
Jangan syampu rambut anda setiap hari. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi semakin kering, merosakkan folikel rambut dan mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.
Penggunaan syampu dengan bahan sulfat yang tinggi juga perlu dielakkan kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada di kulit kepala dan membuatkan rambut anda lebih bermasalah.
Pengambilan makanan yang berzat boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat sekali gus memelihara rambut.
Amalkan pemakanan dengan kandungan zat protein, vitamin C dan biotin yang boleh membantu pertumbuhan rambut dengan baik. Ambillah buah-buahan, daging, sayur-sayuran, ikan, kekacang, tauhu dan sebagainya yang boleh membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut.
Jika anda miliki rambut yang panjang, menjadi kemestian untuk anda menggunakan perapi rambut agar mudah untuk diuruskan.
Kandungan perapi rambut ini penting kerana ia dapat membantu menjaga hujung rambut agar tidak kusut dan bercabang. Selain itu perapi juga bolehmenjadi pengganti minyak semula jadi untuk melembapkan rambut.
Selesai sahaja mencuci rambut, lapkan lebihan air yang membasahi rambut anda secara perlahan menggunakan tuala kering.
Kemudian biarkan rambut anda kering dengan sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak, mudah patah dan kusut.
Trim atau buang hujung rambut yang rosak dan bercabang merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Tidak semestinya perlu ke salun kerana anda boleh mengguntingnya sendiri. Memotong hujung rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih baik.
Rambut panjang lebih berisiko besar mengalami masalah rambut kusam dan rapuh. Untuk menjaganya agar akar rambut tetap kuat dan sihat, gunakan vitamin rambut agar nutrisinya tetap terjaga.
Vitamin ini boleh anda ambil sama ada dalam bentuk suplemen yang diminum, dioles pada rambut ataupun menggunakan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Sama seperti kulit pada tubuh badan, kulit kepala juga boleh mengalami kekeringan. Jadi minumlah air dalam anggaran satu setengah liter hingga dua liter sehari. Selain untuk keperluan tubuh badan, air juga diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku ketika anda mengikat rambut dengan getah yang kuat. Akhirnya rambut akan mengalami keguguran yang banyak sehingga lama-kelamaan menjadi nipis dan botak.
Oksigen berfungsi dalam membantu sel berkembang dan membuatkan tubuh badan lebih sihat. Senaman kardio seperti berlari, berjoging, berbasikal dan sebagainya dapat membantu menjadikan pertumbuhan rambut lebih sihat.
Keperluan tidur yang secukupnya juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Ketika tidur, tubuh badan mengalami proses perbaikan secara semula jadi.
Tidur yang teratur anggaran tujuh hingga lapan jam sehari boleh membuatkan sel kulit kepala anda menjadi lebih aktif. Selain itu, tidur juga dapat meningkatkan pengedaran darah di sekitar folikel rambut sehingga membantu rambut anda tumbuh lebih lebat dan sihat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.