Bagi peminat superbike di Malaysia mahupun peringkat global nama Suzuki Hayabusa bukanlah satu figura yang asing lagi. Dianggap sebagai salah sebuah superbike terbaik pernah dihasilkan dari negara Jepun, Suzuki Hayabusa sentias berada dalam kalangan superbike terpantas di dunia.
Selepas pengumuman dari Suzuki bahawa model Hayabusa akan dihasilkan semula dalam versi terbaru, kini ia sudah direalisasikan dengan penampilan yang cukup hebat. Dalam pengumuman sama, Suzuki Malaysia selaku pengimport, pengedar dan pemasang eksklusif untuk motosikal Suzuki, ATV serta aksesori turut mengumumkan kemunculan enam model motosikal yang lain.
Foto: Suzuki
Namun yang paling menyerlah pastinya Suzuki Hayabusa yang lahir pada lewat tahun 90-an. Menurut Suzuki, model terbaru Hayabusa ini merupakan generasi yang ketiga serta bakal menyaksikan banyak perubahan buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun.
Hadir dengan konsep ‘Ultimate Sport’, penampilan Suzuki Hayabusa terbaru ini mewarisi identiti dari generasi pertamanya dahulu.
Ads
Foto: SuzukiFoto: Suzuki
Dengan saiz tangki 20 liter, superbike ini dijana oleh enjin berkuasa 1,340 cc dengan power outpuit 190 PS pada 9,700 rpm dan 150 Nm torque pada 7,000 rpm. Dengan saiznya yang tidak banyak berubah model terbaru ini hadir dengan berat 264 kg dengan ketinggian tempat duduk pada 800 mm.
Selain itu, motosikal berkuasa besar yang mantap ini turut dilengkapi sistem brek canggih dari Brembo berserta kaliper Stylema berkembar pada roda hadapan. Manakala di bahagian haldapannya pula diperuatkan dengan fork terbalik KYB dan juga semi-elektronik monoshock pada bahagian belakangnya.
Ads
Foto: Suzuki
Ia juga dilaporkan dilengkapi dengan teknologi Suzuki Intelligent Ride Systems (SIRS). Ia merupakan sistem yang mampu membantu penunggang memilih corak pra-tetapan 5 sistem kawalan elektronik berbeza. Ciri berbeza tersebut terdiri daripada Power Mode Selector, Anti-lift Control System, Bi-directional Quick Shift System, Engine Brake Control System dan juga Motion Track Traction Control System.
Ads
Foto: Suzuki
Model Suzuki Hayabusa terkini ini kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM111,200 dengan tiga variasi warna berbeza iaitu Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold, Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red and Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue.
Jika anda peminat model superbike legenda ini, ia kini dipertontonkan di pusat pameran serta jualan Suzuki Malaysia.
Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN, https://t.me/maskulinmy untuk update terkini daripada kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukan aksi.
Berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), 29 dan 30 Julai lalu, telah merekodkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari. Satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan.
Edisi keenam ini juga memperkenalkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang dijayakan oleh Petronas menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).
Keputusan menyeluruh pemilihan juri adalah Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory. Anak muda berusia 30 tahun dari Ipoh juga membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 9 pembina khas yang lain.
Di samping itu, acara ini juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi Boon Siew X Art of Speed juga menjanjikan antara acara kemuncak utama, dimana empat ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.
Para pengunjung acara AOS 2017 dihiburkan oleh kumpulan kugiran Oh Chentaku pada hari Sabtu dan kumpulan kugiran Hujan pula akan menutup acara ini pada hari Ahad. Kehadiran selebriti tempatan seperti Nora Danish dan Alif Satar memeriahkan juga acara ini.
Acara kemuncak AOS 2017 pastinya adalah aktiviti yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Tahun ini menyaksikan kelainan apabila kedua-dua hari acara menyediakan hadiah cabutan bertuah! Sebuah motosikal CMC XY400 akan diberikan pada hari Sabtu kepada Abdul Halim Mat dan sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works dan Beautiful Machines akan diberikan kepada Mohd fadly Mohd Zerain dari Perlis pada hari Ahad.
Mengekalkan tradisi acara AOS, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan binaan khas dari Jepun. Pada tahun ini, pengunjung dijamukan dengan:
Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar berkata, edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua pengunjung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.
“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, Kustom dan Koffee Talk, dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bergambar dengan ahli kostum Star Wars, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans,” katanya.
Aktiviti khas di Art of Speed 2017 adalah:
Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan seperti:
Art of Speed 2017 juga menganjurkan Mega Club Gathering dan Roda Rumble yang dikelolakan oleh Retro Mania memberi nafas segar kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.
Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.
Senarai pemenang AOS2017:
KELFOLKS
TRIUMPH MALAYSIA
Mohd Faiz Rushdi from Rachun MC
Abdul Wahab Bahari
AOS Invitational Bike Build Off
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)
Bau busuk dan hapak pada kereta pasti boleh mengganggu mood pemanduan anda setiap hari. Oleh itu penting untuk anda mewangikan bau kereta agar anda rasa selesa saat memandu terutamanya dalam tempoh yang lama.
Selain menggunakan pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran, sebenarnya ada petua lebih menjimatkan dan murah yang anda boleh buat untuk mewangikan bau kereta.
Seorang pengguna Instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria berkongsi tip mewangikan bau kereta seperti baru. Malah, bahan yang digunakannya juga murah dan mudah didapati di rumah. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.
1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
4. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yg dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit pertahun utk membeli pewangi kereta. ?
Sumber: Utusanislam.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengguna lebuh raya bakal diberikan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula esok sempena cuti sambutan Deepavali.
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali.
Beliau berkata, tol percuma bermula 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Okt itu akan dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas persendirian.
Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.
Menurutnya, kos pemberian tol percuma yang dianggarkan RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.
“Pemberian tol percuma ini selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
“Semoga pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.
Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Moga anda semua selamat pergi dan kembali. Pastikan kekal selamat dan memandu di bawah had limit yang ditetapkan okayyy!