Buah oren memang banyak khasiatnya sebagai buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin C. Rata-rata daripada kita tak gemar membeli buah oren kerana bimbang anda terpilih buah oren yang masam.
Malah ada juga penjual yang tidak jujur menjual buah oren yang masam sehingga nak makan buah oren pun sampai berkerut muka.
Jangan bimbang, rupanya nak memilih buah oren ini pun ada caranya. Chef Izz Izzahan berkongsikan petua untuk memudahkan anda memilih buah oren yang manis dengan cara betul.
Geram kan bila tauke jual buah tu tipu kita? Kan dah rugi besar!
Anda biasa main hentam aje beli kalau isteri suruh beli, tak pernah tanya pasal buah oren ni, hehehe. Sampai isteri tegur anda beli buah oren semua masam.
Sebenarnya tu normal pada si suami beli buah oren kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Tapi selepas tahu dua tips ini terus anda berangan jadi tauke buah oren perghh! , yang mana satu buah oren masam, yang mana satu manis hihihi.
Buah oren yang berlubang satu titik kecil di bahagian bawah mengandungi BUAH OREN MASAM.
Ads
+ Buah Oren Sebelah Kanan
Buah oren berlubang besar (macam pusat manusia pulak hihi), confirm OREN MANIS dan sedap anak-anak pun suka.
Mulai hari ni, Izz yakin dan percaya, anda sebagai tegar buah oren mesti tidak ditipu perniaga buah oren yang masam. Anda boleh pilih buah oren sendiri tanpa bantuan orang lain dan bawak balik buah oren manis untuk kelaurga dan jiran rumah.
P/S : Jangan lupa amal dan #Share pada kenalan dan keluarga masing-masing ye.
#ChefIzzahan
#IzzysRecipe
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ranking jatuh tanpa bertanding, itulah realiti pahit yang kini terpaksa ditelan Harimau Malaya apabila ranking FIFA Harimau Malaya merudum ke tangga ke-121 dunia akibat hukuman FIFA. Dalam dunia bola sepak profesional, kekalahan di atas padang masih boleh diterima. Tetapi apabila ranking menjunam akibat keputusan pentadbiran, ia mencalar maruah dan keyakinan seluruh ekosistem bola sepak negara.
Kemas kini terbaharu ranking FIFA yang dikeluarkan semalam menyaksikan Malaysia jatuh lima anak tangga daripada kedudukan ke-116 kepada ke-121 dunia. Lebih menyedihkan, Malaysia kini hanya satu anak tangga mengatasi Indonesia yang berada di ranking ke-122. Satu kedudukan yang jauh daripada imej Harimau Malaya yang sedang membina semula taring di peringkat antarabangsa.
Kejatuhan ranking FIFA Harimau Malaya ini berpunca daripada hukuman FIFA terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan Malaysia menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin. Dalam keputusan rasmi badan induk bola sepak dunia itu, Malaysia dianggap tewas 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan berkenaan.
FAM dalam satu kenyataan menjelaskan, “Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 121 dunia, turun lima anak tangga berbanding 116 pada kemas kini terdahulu, 19 November 2025. Kemas kini seterusnya pada 19 Januari 2026.”
Keputusan ini memberi tamparan hebat kerana kekalahan itu tidak berlaku di atas padang. Ia hadir di atas kertas, namun impaknya sangat nyata daripada mata ranking hinggalah kepada persepsi antarabangsa terhadap bola sepak Malaysia.
Lebih perit, hukuman tersebut turut memadam rekod tanpa kalah yang dilakar skuad kendalian Peter Cklamovski sepanjang tahun 2025. Apa yang dibina melalui disiplin, struktur permainan yang semakin kemas dan keyakinan pemain akhirnya lenyap sekelip mata.
Bagi pemain, rekod tanpa kalah bukan sekadar statistik. Ia simbol momentum, kepercayaan terhadap sistem, dan bukti bahawa Harimau Malaya berada di landasan betul. Apabila ia dipadam bukan kerana kelemahan taktikal atau teknikal, kekecewaan itu menjadi berlipat kali ganda.
Ironinya, kemas kini ranking yang sama menyaksikan pasukan-pasukan yang sebelum ini tewas kepada Malaysia pula mencatat peningkatan. Cape Verde naik satu anak tangga ke kedudukan ke-68 dunia. Singapura melonjak tiga anak tangga ke ranking ke-148, manakala Palestin naik satu anak tangga ke kedudukan ke-95 dunia.
Malaysia kini mengumpul 1,145.89 mata, kehilangan kira-kira 22 mata berbanding 1,168 mata ketika berada di ranking ke-116 dunia. Dalam sistem ranking FIFA, kehilangan mata ini membawa kesan jangka panjang daripada kedudukan undian kejohanan, peluang perlawanan persahabatan berkualiti, sehinggalah tahap hormat pasukan lawan.
Bagi Maskulin, isu ranking FIFA Harimau Malaya bukan sekadar soal nombor di carta ranking. Ia menyentuh soal profesionalisme, ketelitian dan akauntabiliti dalam pengurusan bola sepak negara. Lelaki sejati tidak takut kalah selepas bertarung habis-habisan, tetapi sukar menerima kejatuhan akibat kesilapan di luar padang.
Harimau Malaya masih punya masa dan ruang untuk bangkit. Namun episod ini harus dijadikan pengajaran paling mahal bahawa dalam bola sepak moden, kesilapan pentadbiran mampu memusnahkan hasil kerja keras pemain di atas padang.
Kerana akhirnya, ranking boleh dibaiki. Tetapi maruah, jika tercalar berulang kali, akan mengambil masa lebih lama untuk dipulihkan.
Jika anda pesakit gastrik tapi nak berdiet, tentu anda akan risau jika anda alami pedih perut bila makan sikit.
Walaupun prinsip nak berdiet masih lagi sama iaitu mengambil makanan teratur, mengurangkan lemak dan membuat rutin senaman, namun masih ada bezanya berdiet pesakit gastrik dengan berdiet orang sihat.
Dietitian dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Khairul Azuan ada kongsikan tip diet untuk pesakit gastritis (gastrik) menjaga kesihatan perut. Jom ikuti perkongsiannya.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang.
Stamina dan ketahanan bersukan adalah perkara berbeza dari kekuatan diri. Ketahanan bersukan merujuk pada keupayaan untuk bersukan lebih lama. Manakala tahap stamina lebih membayangkan tahap tenaga yang lebih baik, sistem kardiovaskular yang sihat dan kesihatan yang mantap umumnya. Untuk meningkatkan stamina dan ketahanan, anda perlu meningkatkan keupayaan paru-paru, memiliki jantung dan edaran darah yang sihat termasuklah memiliki kekuatan pada otot peha dan kaki. Kuncinya, anda perlulah meningkatkan aktiviti fizikal secara berperingkat. Berikut adalah kaedah yang boleh anda praktikkan.
Langkah 1- Kira sasaran degupan jantung anda dengan formula berikut;- Kadar degupan jantung maksima ialah 220 tolak umur anda. Contoh bagi anda yang berusia 32 tahun: 220 – 32 = 188 degupan seminit. Sasarkan di antara 50% hingga 80% dari ini ketika senaman iaitu antara 94 hingga 150 degupan seminit ketika bersukan. Anda boleh gunakan jam yang dilengkapi dengan alat pengira kadar degupan jantung atau kirakan degupan jantung anda sebaik sahaja selepas bersukan.
Langkah 2- Mulakan dengan senaman/sukan yang anda gemar seperti bola sepak, badminton ataupun berenang. Tingkatkan tahap ketahanan perlahan-lahan dan pastikan degupan jantung anda tidak melebihi sasaran seperti kiraan di atas.
Langkah 3- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika anda baru bermula, mungkin boleh dibahagikan 30 minit tersebut kepada pecahan 3 x 10 minit. Pastikan setiap sesi dapat meningkatkan kadar degupan jantung yang disasarkan dan juga meningkatkan kadar pernafasan. Jadikan senaman ini rutin harian atau tabiat anda.
Langkah 4- Gabungkan aktiviti yang berlainan dalam rutin senaman anda. Contoh bermain badminton tiga kali seminggu diselangkan dengan aktiviti jogging, berenang ataupun berjalan kaki pada hari anda tidak bermain badminton. Gabungkan juga aktiviti ‘weight training’ yang fokus pada memperkuatkan otot di bahagian kaki dan perut sebagai persediaan melakukan marathon.
Langkah 5- Periksa kadar degupan jantung anda selepas sebulan menjalankan langkah-langkah di atas. Perhatikan sama ada terdapatnya peningkatan dari sudut ketahanan.
Langkah 6- Tingkatkan intensiti dan jangkamasa sesi senaman apabila kadar degupan jantung anda semakin bertambah baik. Contohnya seperti dari senaman berjalan kaki ditingkatkan pada berjogging. Lakukan perkara yang sama, tingkatkan ketahanan sedikit demi sedikit, insya-Allah anda akan lebih bersedia dengan stamina yang lebih mantap
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang