Pasti ramai yang berniat untuk menyimpan di awal bulan, tup tup dapat gaji semua habis kadang-kadang tak sempat ke hujung bulan pun. Nak menyimpan duit ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan ‘diet’ nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang ‘kelaut’ la jawabnya.
Tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan, yang penting fokus dan demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula.
Tapi bagaimana nak simpan duit? Jadi kami kongsikan tip Aminahtul Mardhiah untuk ibu bapa yang berniat untuk menyimpan duit demi anak-anak. Beliau praktikkan dan dia berjaya menyimpan RM12600 setahun . Menarikkan?
“ Harini Aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
Ads
Cara :
Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
Berbelanja. Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan. ?
Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Ads
Kenapa RM20?
Lebih senang nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
Paksa Diri Suami Isteri
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan. Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan! Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
Ads
Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong. ?
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Sumber Aminahtul mardhiah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak kenal dengan lelaki sado dan kacak Nazrief Nazri, bermula daripada program pencarian bakat, ‘Hero Remaja’, Nazrief yang pada awalnya melangkah ke dalam industri sebagai seorang model, kini mula dikenali sebagai seorang pelakon,pengacara dan penyanyi dan terus berjaya dalam karier seninya.
Berkesempatan menemu bual Nazrief yang lebih mesra disapa sebagai Naz, kami bertanyakan kepadanya mengenai lagu singlenya yang bertajuk ‘cinta semalam’.
Bagi yang tidak tahu, Nazrief sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam dunia nyanyian sejak usia belasan tahun. Pelakon berusia 26 tahun itu menyertai banyak pertandingan nyanyian pada zaman persekolahan, cuma rezeki dalam bidang lakonan hadir terlebih dulu.
Minat Nazrief terhadap dunia nyanyian melebihi lakonan. Keinginan menjadi penyanyi tidak pernah pudar. Nazrief juga pernah cuba menyertai uji bakat Akademi Fantasia musim kelima selepas tamat sekolah. Malangnya, usianya belum cukup 18 tahun menyebabkan dia pulang hampa. Harapnya Nazrief dapat membina kerjaya sebagai penyanyi pula. Cuma satu, jangan lupa berpijak di bumi nyata apabila semakin popular!
“Saya percaya diri sedang berada di landasan yang betul. Insya-Allah dengan usaha dan doa, saya harap akan dapat mengecapi kemuncak kerjaya suatu hari nanti,” katanya
Muzik lagu Cinta Semalam nyanyian Naz yang dimuat naik dilaman YouTube pada akhir Jun lalu sudah ditonton 415,050 pelayar internet setakat ini. Meskipun masih kabur dengan keupayaannya menambat hati peminat sebagai penyanyi, Nazrief tekad dengan pendiriannya untuk mengimbangi semua cabang seni yang diceburinya.
Kini Naz sibuk menyempurnakan rancangan rancangan Buletin musim kedua di saluran HyppTV. Untung pengetahuan korang, program ini mengisarkan tentang paparan sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan dan persatuan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Menurut Naz lagi, program ini sangat menyentuh jiwa dia dan ia mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesusahan orang disekeliling kita dan memerlukan bantuan daripada kita.
Selain hebat berlakon, Naz juga berkebolehan dalam bidang pengacaraan. Menurut Naz, dia mengagumi bakat yang ada pada Aliff Satar dan mahu mencontohi dan ikut jejak langkah figura tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju. Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
Oleh itu, bintang filem Orlando Bloom berkongsi rahsianya menghadapi jet lag. Sedia maklum, tuntutan kerjaya sebgai pelakon juga memerlukan dia kerap mengembara. Jadi tentunya aktor tampan ini memang layak berkongsi tips mengelakkan jet lag ketika mengembara.
1. Laraskan tidur anda ke zon masa yang anda memasuki.
2. Apabila membuat perjalanan dengan si kecil, membawa banyak hiburan. “Apabila saya bersama anak saya, saya akan membawa buku dan permainan. Kami akan bermain sehingga dia tidur,”
3. Untuk mengelakkan jet lag, elakkan alkohol.
4. Minum banyak air untuk membantu badan anda kekal terhidrat
5. Pakai pakaian yang selesa apabila anda terbang. “Saya lebih suka T-shirt dan seluar jeans.”
6. Ambil masa untuk menikmati penerbangan anda dengan membaca buku, menonton filem, periksa e-mel dan tidur
7. Makan dengan teratur.
Mungkin anda juga boleh cuba persiapkan badan dan minda anda untuk perubahan zon masa. Apa yang boleh anda lakukan ialah anda kena tahu bila berangkat dan setiap minggu anda cuba menolak satu jam (ke belakang atau ke hadapan) bergantung pada destinasi.
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang boleh kata tidak dengan kesegaran kopi apabila minum di waktu pagi. Kekuatan aroma serta kesedapan rasa kopi boleh buat tubuh rasa lebih segar dan fikiran lebih tenang. Apa yang penitng, mengurangkan rasa mengantuk.
Beberapa kajian telah mengatakan kopi yang mempunyai manfaat bagi kesihatan. Tetapi itu tidak bermakna anda boleh menikmatinya tanpa memberi perhatian pada kesan yang berlaku. Kopi mengandungi kafein yang secara semula jadi terkandung dalam sesetengah tumbuhan, yang jika diambil secara berlebihan ia akibat yang buruk. Kesan kopi bukan sahaja mencetuskan pelbagai penyakit tetapi juga kematian.
Beberapa Penyakit Yang Berpunca Dari Pada Berlebihan Pengambilan Kopi
Berapa banyak cawan kopi yang anda habiskan hari ini? Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kopi atau kafein dalam sehari perlu menjadi hanya kira-kira 400 mg atau 2 cawan. Penggunaan kopi yang berlebihan dijangka membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti di bawah.
Kopi dan kesihatan jantung. Sesuatu yang pasti tidak keterlaluan yang baik. Begitu juga dengan pengambilan kopi, jika berlebihan, hati dapat menjadi berdebar-debar atau menjadi tidak teratur, dan menyebabkan sebab lain mengapa kopi boleh memudaratkan kesihatan jantung adalah disebabkan oleh kopi yang tidak ditapis boleh mencetuskan beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. seperti meningkatkan homocysteine (sejenis asid amino atau protein membentuk didakwa berkait rapat dengan kejadian serangan jantung), lemak darah dan kolesterol.
Kopi dan tulangKesihatan kopi yang masuk ke dalam badan boleh menghakis kalsium dari badan dan mengeluarkannya melalui air kencing. Perkara ini menyebabkan Penipisan tulang atau osteoporosis dan lemah tulang. Jika anda mempunyai osteoporosis, anda perlu bermula untuk mengurangkan penggunaan pengambilan kopi dengan maksimum 300 mg setiap hari. Cuba untuk mengambil kalsium dalam bentuk makanan tambahan untuk memenuhi keperluan kalsium harian anda.
Kopi dan kesihatan janin. Gemar minum kopi tetapi dalam keadaan mengandung? Lupakan seketika minat anda. Walaupun masih agak selamat dalam penggunaan jumlah yang kecil, jumlah yang berlebihan kopi sebenarnya boleh menghalang perkembangan janin dan boleh menyebabkan keguguran. Kopi ini yang anda makan akan masuk ke dalam aliran darah dan terus ke dalam plasenta. Hasilnya, metabolisme dan kadar jantung janin akan meningkat. Begitu juga, bagi mereka yang merancang untuk hamil, adalah dinasihatkan untuk mengurangkan kafein. Kajian menunjukkan bahawa kafein boleh mengganggu pengeluaran estrogen yang boleh membuat ia sukar untuk hamil.
Kopi dan kesihatan pencernaan. Kebanyakan orang yang ingin menurunkan berat badan, berfikir bahawa pengambilan kopi boleh membantu. Malah, kopi adalah perangsang yang juga boleh meningkatkan metabolisme anda. Tetapi makan kopi secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit. Kopi juga meningkatkan asid dalam perut. Itulah mengapa seseorang akan berasa pedih hulu hati atau sakit perut apabila anda mengambil kopi. kopi terlalu banyak juga akan membuat tubuh kekurangan air. Ini kerana kopi adalah pembentukan alias pencetus diuretik dan pelupusan cecair badan melalui air kencing. kerana kopi yang masuk ke dalam badan yang berlebihan juga tidak akan menjadi saham di dalam badan kerana ia akan terus diproses oleh hati dan keluar melalui air kencing. bukan itu sahaja penggunaan kopi juga boleh menyebabkan kerengsaan sindrom usus. Itulah sebabnya kopi tidak baik untuk kesihatan sistem penghadaman anda.
Selain beberapa bahaya kopi yang telah dibincangkan di atas, kajian menunjukkan bahawa minum kopi kira-kira 600 mg sehari boleh menyebabkan insomnia, keresahan, kegelisahan, ketakutan, atau kelemahan otot. Walaupun begitu, bahaya kopi di setiap orang adalah berbeza. Oleh kerana kadar metabolisme kafein setiap orang adalah berbeza. Ini adalah disebabkan oleh gaya hidup dan ciri-ciri genetik individu. Sebagai contoh, perokok akan lebih cepat dua kali ganda dalam metabolisme kafein daripada mereka yang tidak merokok.
sumber: melayupost.info
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.