Jerawat pasir dan blackhead memang biasa muncul di kawasan muka terutamanya hidung dan bawah dagu. Permukaannya keras dan kasar apabila disentuh.
Blackhead terbentuk apabila sebum (minyak) pada wajah terdedah pada udara (pada liang pori yang terbuka) dan liang pori tersumbat dengan mikro dan sel-sel kulit mati. Oleh kerana itu, ia boleh bertukar menjadi hitam (bintik hitam).
Jika dipicit, ia akan menyebabkan permukaan kulit wajah anda luka dan akhirnya menyebabkan kesan parut pada kawasan tersebut. Lebih teruk lagi apabila ia meninggalkan kesan gelap di wajah.
Berkongsi pengalaman menghilangkan blackhead, Raihana Bakhtiar ada cara tersendiri untuk mengatasi blackhead yang degil.
“Sharing is Caring. Cara tu macam susah, macam banyak songeh tp serious best, hidung hg merlit oi. Tak rasa berutu blackhead dah aih.
“Ni aku nak share cara aku hilangkan blackhead. Sebab blackhead aku banyak pastu ketegaq. Aku try la guna cleansing oil saja macam depa pakat duk share haritu, tak keluaq pun lenguh tangan urut muka. Lelaki pun boleh cuba nah,” katanya di Facebook.
Jangan picit, rawat dengan menggunakan hydrating cleansing oil dan Protecting jelly
Malah, dia turut berkongsi produk untuk menghilangkan jerawat pasir. Katanya, dia baru sahaja menggunakan produk ini tetapi hasilnya sangat memuaskan hati.
“Ni scrub and pencuci yg aku guna. Baru 1 minggu tukar pakai Simple 3/4hari, dia keluaq habis la jerawat kecik² rasa bepasiaq muka ingatkan breakout rupanya bukan. Dia is Skin Purging ya boleh google kalau nak tau lebih lanjut. Ingatkan awal dah xsesuai jenuh keluaq duit pulak beli hat jenama lain, Alhamdulillah dah makin kurang jerawat pasiaq tu,” tulisnya lagi.
Sebagai langkah terakhir, gunakan Cleansing Lotion & Toner jika kulit sensitif dan bilaskan dengan air.
Malah, dia turut memberi panduan kepada orang ramai untuk menonton video seorang Influencer Korea untuk dapatkan step by step cara yang betul.
Sharing is Caring 🥰Cara tu macam susah, macam banyak songeh tp serious best, hidung hg merlit oi. Takrasa berutu…
Pasti rambang mata nak pilih produk untuk masalah jerawat, muka berminyak dan parut. Kalau tersalah pilih, makin teruk masalah muka yang anda alami
Jadi untuk anda yang berdepan dengan masalah jerawat, muka berminyak dan parut ini, anda boleh ikuti perkongsian Naufal Antezem. Dia berkongsi pengalamannya mencuba 30 produk untuk mengatasi masalah jerawat, muka berminyak dan parut jerawat.
Walaupun setiap kulit manusia berbeza, boleh jadi salah satu daripada produk-produk ini berhasil untuk mengatasi masalah muka anda. Jom cuba!
My Top 30 : Skincare Edition
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap lelaki perlu tahu jenis kulit masing-masing sebelum nak beli produk wajah. Ia penting agar anda boleh memahami masalah yang timbul pada jenis kulit anda.
Bila dah tahu jenis kulit, tak adalah anda membazir duit kerana terbeli produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah, malah boleh maintain kacak dan dapatkan kulit flawless.
Ini kerana epidermis jenis kulit lelaki mempunyai tekstur yang berbeza dengan wanita namun rejim penjagaan dan cara perapiannya perlulah selari.
Jadi tidak hairan kini lebih ramai lelaki gemar untuk menjaga kulit wajah seiring dengan munculnya pelbagai produk penjagaan kulit wajah khusus untuk lelaki.
Sebelum nak membeli produk, penting untuk anda tahu spesifikasi produk yang sesuai dengan jenis kulit. Ia penting untuk anda kenali jenis kulit anda sebelum mengaplikasikan apa-apa produk pada wajah.
Jadikan lima jenis kulit ini sebagai garis panduan untuk anda memahami produk apa yang anda perlukan untuk mengatasi masalah kulit anda.
Orang jenis kulit normal tidak memiliki sebarang masalah kulit yang dominan. Minyak atau sebum yang ada pada permukaan kulit wajah adalah lebih rendah, malah teksturnya lebih lembut dan liang pori-porinya agak kecil. Ini kerana kadar kandungan air yang diperlukan oleh kulit mencukupi dan menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat.
Jenis kulit normal sangat jarang berdepan dengan masalah kulit jerawat, jeragat ataupun bintik hitam. Untuk penjagaan kulit wajah, cuci dengan pembersih sebanyak dua kali sehari dan lakukan rejim-rejim lain seperti memakai serum dan pelembap.
Jenis kulit berminyak kebanyakannya dialami lelaki sejak usia remaja, malah ia adalah jenis kulit yang paling tidak digemari. Jenis kulit ini akan mengalami wajah berminyak di keseluruhan muka dan menjadikan wajah anda berkilat.
Liang pori-pori terbuka sederhana besar dan ini akan memudahkan minyak dikeluarkan ke permukaan wajah, sekali gus berkumpul pada tekstur kulit. Kesannya akan mendedahkan anda dengan masalah jerawat dan bintik hitam.
Anda yang memiliki jenis kuit berminyak perlu mengatasi masalah ini dengan mengaplikasikan pembersih wajah anti minyak dan pelembap yang berasaskan kandungan air. Kertas anti minyak juga boleh anda gunakan untuk menyerap minyak yang terhasil pada permukaan kulit ketika anda menjalani aktiviti harian di luar.
Biarpun jenis kulit ini kurang menghasilkan minyak dan sebum, masalah yang anda hadapi adalah kekeringan kulit. Kekeringan yang ketara lebih jelas kelihatan pada bahagian bibir lantas memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering.
Liang pori-pori ada ketikanya tidak kelihatan langsung. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak kulit mengelupas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit wajah.
Untuk rejim penjagaan kulit wajah, hindari produk pembersih wajah yang mengandungi banyak bahan kimia khususnya salicylic acid. Carilah pembersih wajah dengan kandungan minyak kelapa dan pelembap daripada bahan aloe vera atau minyak zaitun agar kulit anda tidak terlalu kering.
Elakkan mencuci wajah dengan air panas kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada kulit anda. Jangan cuci wajah dengan pembersih lebih daripada sekali sehari. Waktu terbaik untuk anda mencuci wajah agar terhindar daripada kekeringan adalah pada waktu malam.
Jika anda miliki jenis kulit sensitif, cubalah sederhanakan rutin anda dengan produk yang lembut dan mudah. Kemudian, perlahan-lahan selitkan produk yang anda inginkan agar anda tahu dengan tepat jenis produk pembersih yang akan bertindak balas negatif dengan kulit anda.
Jika kulit anda sensitif, kemerahan atau mengelupas, cuba gunakan pelembap dengan bahan yang melegakan kulit. Ini kerana produk yang mengandungi zink oksida bertindak sebagai pelindung matahari yang boleh menenangkan kulit.
Ternyata jenis kulit ini adalah salah satu yang paling mengelirukan. Jenis kulit kombinasi akan menghasilkan tekstur berminyak sekitar hidung dan dagu, manakala mengalami kekeringan pada bahagian pipi.
Penjagaannya juga harus rapi kerana anda perlu mengawal sebahagian kulit yang akan menyebabkan masalah. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah mencari produk pembersih wajah untuk kulit sensitif (tidak berminyak) namun bersihkan bahagian yang berminyak tadi.
Wax rambut adalah produk popular untuk mengekalkan gaya rambut yang tahan lama dan kemas. Namun, salah satu cabaran utama menggunakan wax adalah sukar untuk membersihkannya kerana wax adalah bahan yang tidak larut dalam air, maka sukar untuk dicuci dengan rutin syampu biasa. Oleh itu, langkah-langkah khusus diperlukan untuk melarutkan dan mencuci wax dari rambut anda dengan berkesan.
Mengapa Wax Susah Ditanggalkan?
Wax rambut direka untuk menahan air, menjadikannya tahan lama sepanjang hari. Sifat tidak larut air ini menyebabkan wax sukar dicuci hanya dengan air sahaja. Oleh itu, penting untuk melarutkannya terlebih dahulu sebelum mencuci.
Langkah-langkah Mencuci Wax dari Rambut
Larutkan Wax dengan Perapi Rambut
Sebelum membasahkan rambut, ambil sejumlah perapi (conditioner) dan lumurkan pada rambut yang kering. Perapi akan membantu melarutkan wax kerana bahan-bahan dalam perapi mampu menembusi dan melembutkan wax.
Bilas dengan Air Suam
Selepas perapi meresap, bilas rambut anda dengan air suam. Air suam membantu melonggarkan wax yang telah dilembutkan oleh perapi, memudahkan proses pencucian seterusnya.
Gunakan Syampu Seperti Biasa
Gunakan syampu pembersih pada rambut yang telah dibilas tadi. Gosok dengan baik sehingga berbuih, memberi perhatian lebih pada bahagian rambut yang masih terasa licin kerana wax.
Cuci Dua Kali (Jika Perlu)
Kadangkala, satu kali cucian tidak mencukupi untuk menghilangkan semua wax. Lakukan cucian kedua untuk memastikan semua sisa wax telah hilang sepenuhnya.
Gunakan Perapi Sekali Lagi
Selepas mencuci dengan syampu, gunakan perapi sekali lagi untuk mengembalikan kelembapan rambut yang mungkin hilang semasa proses mencuci. Ini juga membantu melembutkan rambut dan menjadikannya lebih mudah diurus.
Bilas dengan Air Sejuk**
Akhiri proses mencuci dengan bilasan air sejuk. Ini membantu menutup kutikel rambut, menjadikan rambut lebih berkilau dan lembut.
Tips Tambahan
– Elakkan Penggunaan Wax Setiap Hari: Penggunaan wax yang berlebihan boleh menyebabkan penumpukan produk pada rambut, menjadikannya lebih sukar untuk dicuci.
– Pilih Wax yang Mudah Dicuci: Sesetengah wax diformulasikan untuk lebih mudah dicuci, yang mungkin lebih sesuai bagi mereka yang ingin mengelakkan masalah ini.
– Gunakan Sikat yang Tepat: Sikat dengan gigi lebar boleh membantu mengurai rambut yang melekat akibat wax sebelum mencuci.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat memastikan rambut anda bersih dari wax tanpa merosakkan kesihatannya. Jaga kebersihan rambut dengan rutin mencuci yang betul, dan nikmati rambut yang segar dan sihat setiap hari.