Untuk mendapatkan sixpack, ia bukanlah 100 peratus bergantung kepada senaman rutin yang anda biasa lakukan semata-mata.

Dalam erti kata lain, untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman itu, ia memerlukan disiplin serta komitmen yang sangat tinggi daripada anda.

Misalnya jika anda sudah mula merancang untuk membentuk otot anda, peraturan seperti diet simple, senaman dan pengambilan supplement harus dipatuhi.

Faktor pemakanan seperti mengurangkan pengambilan minyak, gula dan garam harus diketatkan pada peringkat awal kerana ia merupakan asas diet untuk mengurangkan peratusan lemak.

Bermula dari situ, yakinlah bahawa anda sedang dalam mood untuk transformasi tubuh biasa kepada yang lebih menarik.

Untuk itu, anda boleh amalkan langkah ini dan senamannya cukup mudah kerana anda juga boleh lakukannya di rumah.

Rutin ini boleh diamalkan setiap hari namun jika tidak larat, memadailah ambil masa 10 minit sahaja dan lakukan sebanyak 4 kali dalam tempoh seminggu.

1. Warm up 1

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

Lakukan pergerakan siku ke lutut dalam keadaan berdiri selama 20 saat.

IKLAN

2. Warm up 2

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

Angkat lutut setinggi-tingginya semampu anda berulang-ulang kali dalam tempoh 20 saat.

3. Plank minimum (30 saat)

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

Cara senaman:

  1. Teknik senaman plank adalah antara senaman yang paling terkenal sebagai kunci untuk kempiskan perut dan yang paling mudah.
  2. Terdapat variasi senaman plank yang boleh dipraktikkan.

4. L-sit (30 saat)

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

IKLAN

Cara senaman:

  1. Bersila seperti biasa dan letak tangan di lantai di kedua belah bahagian badan dan perlahan-lahan tolak tangan sehingga bahu anda sejauh mungkin daripada telinga.
  2. Berada di posisi badan anda sedikit terangkat daripada lantai, perlahan-lahan keluarkan kaki dan menjulur ke hadapan.
  3. Jika tidak seimbang, cuba pergerakan ini selaju yang mungkin. Keluarkan kaki dan tarik semula.
  4. Dapatkan posisi yang stabil.
  5. Cuba hold selama yang mugkin dalam posisi seperti gambar di atas.

5. V-sit (30 saat)

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

Cara senaman:

  1. Mulakan dengan posisi duduk dan lutut sedikit bengkok dengan kaki tidak mencecah lantai.
  2. Bahagian belakang badan tidak kena pada lantai dan kedua belah tangan diletakkan di sisi.
  3. Kekal dalam posisi ini selama yang anda boleh.
  4. Posisi ini akan mengaktifkan otot bahagian abs anda dan akan terasa sedikit susah.

6. Flutter kick (30 saat)

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

7. Bicycle kick (30 saat)

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

IKLAN

Cara senaman:

  1. Pastikan kedua belah belakng bahu tidak menyentuh lantai.
  2. Kedua belah kaki tidak menyentuh lantai.
  3. Mulakan dengan cuba membawa siku kanan sentuh pada lutut kiri, dan siku kiri menyentuh lutut kanan.
  4. Ulang senaman ini untuk 30 saat.

8. Leg raise (30 saat)

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

Cara senaman:

  1. Letakkan kedua belah tangan di sisi.
  2. Angkat kedua belah kaki seperti di atas dan turunkan semula ke posisi asal
  3. PENTING: Jangan letakkan kaki di atas lantai. Angkat semula sebelum kaki cecah ke lantai.
  4. Ulangi langkah di atas sehingga tamat tempoh 30 saat.
  5. Untuk yang baru mula, anda boleh cuba angkat sebelah kaki dahulu.

9. Wiper 30 sec

Nak Buat Senaman Sixpack Abs Di Rumah? Ini 9 Langkah Yang Boleh Anda Buat!

Cara senaman:

Mulakan debngan mengangkat kedua belah kaki dengan kedua tangan di sisi.
Jatuhkan kaki ke sebelah kanan sehingga menghampiri lantai dan kembali ke posisi asal.
Jatuhkan kaki ke sebelah kiri sehinggag menghampiri lantai dan kembali ke posisi asal.
Lakukan sehingga tamat masa.

Teknik Rehat

Minimumkan rehat antara senaman, seeloknya 30 saat sahaja. Senaman ini boleh diulang seberapa banyak yang diingini dan tempoh senaman boleh dipanjangkan bergantung pada kemampuan individu.

Selamat mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI