Kadang-kala bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa anda perlu bangun dan bersiap untuk ke pejabat di pagi hari. Pasti ramai antara anda yang berharap agar setiap pagi yang anda harungi adalah hari minggu. Boleh tidur lama sikit kan? Sebenarnya ada beberapa cara untuk anda panjangkan sikit tempoh tidur anda pada hari kerja. Dengan syarat, ikut tip ini:
Gosok baju malam sebelum
Tak kira lah anda wanita atau lelaki, pastinya memakai baju kemeja merupakan syarat dalam bekerja. Andai kata anda bangun pada pukul 6.30am untuk bersiap-siap pada waktu pagi dengan menggosok baju, masa yang diperuntukkan mestilah 3 minit atau lebih, jadi kalau anda dah gosok baju malam sebelum, anda bolehlah tidur extra 3 minit.
Ads
Cari breakfast on the go
Ads
Jika anda sejenis yang makan sarapan di rumah, apa kata kalau anda makan roti yang sudah tersedia ada, seperti roti coklat ataupun telur rebus yang telah direbut malam sebelum. Senang kan? Pakai baju, terus makan. Sementara air pula, anda boleh ambil susu sejuk atau jus sejuk. Jika anda mengamalkan kesihatan, mungkin anda boleh buat jus malam sebelum? Jimat masa disitu.
Ads
Kurangkan masa bersiap
Setelah anda pakai baju yang telah sedia digosok malam sebelum, sebelum anda makan sarapan tu, tentu anda bersiap kan? Mengenakan pomade pada rambut, sisih tepi. Sedikit pelembab di muka. Apa kata anda jimatkan masa anda dengan pendekkan rambut, jadi anda tidak perlu mengambil masa yang lama dengan sisih rambut anda dengan kemas. Pelembap muka tu, kalau pakai ketika berhadapan dalam kesesakkan lalu lintas pun tak memberi masalah kut. Paling penting, jimat masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baju kemeja bukan hanya dipakai ke pejabat atau majlis formal. Kini ramai yang minat memakai baju kemeja untuk acara santai.
Tapi korang perasan tak, kemeja lelaki ni ada lipatan belakangnya. Kalau anda ingin tahu lipatan itu perlu disesuaikan mengikut potongan badan. Jadi sebab itu kena pilih yang sesuai. Kalau dada bidang atau perut buncit ada potongan khusus.
Jangan Tersalah Pilih Kemeja, Perhatikan Lipatan Ini Baru Beli!
Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu.
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju ini sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Untuk mereka yang kurus pula, ia akan menampakkan keadaan yang kurang kemas.
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot.
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk mereka berbadan sederhana potongan Regular Fit harus menjadi pilihan berbanding Slim Fit.
Tak dapat dinafikan Baju Melayu merupakan pilihan utama untuk para jejaka bergaya di pagi Hari Raya. Ia merupakan tradisi yang sememangnya perlu kita dakap sebaik mungkin.
Siapa lagi yang mahu meneruskan tradisi kalau bukan kita.
Namun untuk hari raya yang berikutnya pasti anda ingin sesuatu yang sedikit berbeza. Kalau hari raya pertama sekadar mengunjungi sanak-saudara dan jiran terdekat pada hari berikutnya mungkin anda perlu trvael sedikit jauh untuk bertemu saudara yang jauh sedikit.
Memandangkan cuaca di negara kita ini sentiasa panas maka pemilihan kemeja lengan pendek merupakan alternatif terbaik untuk anda.
Anda pasti bosan juga menggayakan satu atau dua jenis kemeja lengan pendek bukan? Jangan risau kali ini MASKULIN ingin kongsi 8 idea gaya kemeja lengan pendek yang boleh anda cuba pada musim perayaan nanti!
Langkah pertama memilih kemeja lengan pendek ialah kesesuaian saiznya mengikut badan. Pilihan yang tepat bagi anda berbadan normal ialah yang memiliki potongan fit di badan. Selain lebih cantik dipandang, ia secara tak langsung memberikan gambaran tentang struktur fizikal yang anda miliki.
Semasa memilih kemeja lengan pendek pastikan anda titik beratkan warna yang sesuai dengan tona kulit. Perkara ini sangat penting kerana lebih pendek lengan kemeja itu lebih banyak bahagian lengan akan tervisual.Jika padanan warna tak sesuai dengan kulit anda akan kelihatan janggal dan pelik.
Ini pula bergantung kepada lokasi, majlis dan juga penampilan yang anda ingin serlahkan. Sebagai contoh jika anda menghadiri majlis hari jadi yang bertema smart kasual di restoran, menggayakan kemeja bercorak ‘pantai’ amatlah tak sesuai. Nasihat MASKULIN, carilah kemeja lengan pendek yang berwarna polos. Dan jika anda ingin lebih menonjol carilah yang membawa motif bunga.
Kita sudah sebaraikan elemen penting berkaitan warna, corak dan saiz. Selain tiga perkara tersebut salah satu elemen paling penting untuk memilih kemeja lengan pendek ialah material kain. Ingat, tak guna kalau warna cantik dan corak yang gempak tapi kalau pakai anda rasa tak selesa. Carilah kemeja yang menggunakan kain selesa dengan kulit. Sebagai contoh kemeja yang diperbuat daripada kain kapas sepenuhnya.
Ada satu perkara yang unik bila kita melihat seorang lelaki menggayakan kemeja dengan kemas dan mengancingnya sampai ke bahagian atas. Ia memberikan seseorang itu imej tegas dan lebih serius. Selain itu ia juga membuatkan anda nampak lebih formal. Inmi sesuai digayakan di majlis separa formal seperti majlis minum petang.
Anda bukan menggayakan sut! Ingat, anda tak perlu tight-in baju ke dalam seluar. Apatah lagi jika menggayakan kemeja lengan pendek yang mempunyai corak seperti floral. Kemeja lengan pendek lebih nampak cocok dengan anda jika dibiarkan sahaja di luar.
Antara seluar yang paling sesuai digayakan dengan kemeja lengan pendek ialah khakis. Atau dalam bahasa keramaiannya ‘seluar slack’. Cuma elakkan memilih seluar daripada material kain licin dan lembik. Jika anda berani padankan dengan seluar khaki pendek berkuruan pada paras lutut.
Ingat satu perkara, anda bukannya tiang bendera! Jadi elakkan memakai kemeja lengan pendek yang mempunyai banyak warna. Kemeja lengan pendek yang kasual tak seharusnya memiliki lebih daripada dua atau tiga padanan warna termasuklah warna seluar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak kiralah sama ada dari generasi Y atau millenieals, nama Deagon Ball Z pastinya cukup dekat di hati anda. Suatu ketika dahulu ia menjadi abnime dan juga manga yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
Karya Akira Toriyama merentas generasi dan sehingga kini ia masih lagi relevan dan mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi tidak hairanlah mengapa ia dianggap sebagai anime yang paling ikonik pernah lahir dari bumi negara matahari terbit tersebut.
Terbaru, jenama jam kasual popular SWATCH telah menampilkan koleksi edisi terhad bersama Dragon Ball Z dan dijangka mendapat sambutan baik dari peminatnya. SWATCH x Dragon Ball menyaksikan sebanyak tujuh jam berbeza yang setiap satunya menampilkan karakter berbeza.
Nama-nama karakter seperti Goku, Vegeta, Majin Buu, Frieza, Gohan, Cell, Kamesennin dan Shenron tampil dengan setiap rekaan untuk koleksi ini. Malah, setiap satunya tampil dengan warna dan juga elemen yang dibawa oleh karakter-karakter tersebut.
Koleksi jam SWATCH x Dragon Ball hadir dengan beberapa saiz berbeza dengan model Goky, Shenron dan Cell dikeluarkan dengan saiz paling besar iaitu model 47mm Big Bold.
Menurut SWATCH Malaysia, koleksi edisi terhad ini sudah mula boleh didapati di outlet mereka dan laman sesawangnya bermula 25 Ogos 2022. Jadi buat peminat Dragon Ball jangan lupa abadikan notalgia anda dalam bentuk jam tangan istimewa seperti ini!
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.