Banyak artikel MASKULIN kongsikan bagaimana nak kurus tetapi jarang sekali kami kongsikan cara-cara untuk mengekalkan berat yang sudah berjaya dicapai.
Ini kerana untuk mengekalkan berat badan bukan mudah disebabkan keadaan persekitaran yang sentiasa menggoda kita untuk melupakan misi mengekalkan berat badan.
Sebelum ini, Sheik Amilhisham pernah ditemu bual oleh MASKULIN cara-cara untuk dia mengharungi cabaran menguruskan badan daripada 110kg ke 70kg dalam masa setahun.
Sekarang, mari kita dengarkan pandangan dan ikuti tip-tip mudah untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang diimpikan selama ini.
Hahaha. Kalau tanya semua yang pernah ada pengalaman macam saya, sebenarnya fasa maintain paling susah. Cuma untuk tempoh sekarang ni makan tu makan, tapi cepat-cepat beringat. Makan lebihm, senam pun lebih lah. Hahaha.
Ads
Amalan yang dibuat agar tidak kembali pada berat badan lama
Selalu beringat dan pahat dalam kepala, kenapa saya memilih untuk berubah dulu.
Perjalanan ni tak mudah dan tak semua dapat harungi. So keyword dia, beringat dan istiqomah.
Senaman untuk kekalkan bentuk tubuh badan
Saya jenis cepat bosan. Saya akan seimbangkan senaman indoor dan outdoor.
Dah jadi rutin sejak 3 tahun lalu, kalau outdoor saya akan makesure dapat joging sekurang-kurangnya 3km. Seminggu sekali, saya try untuk achieve long distance 10-15km.
Kalau indoor, saya akan join class contohnya zumba dan body pump. Untuk masa sekarang, fokus saya weight training sebab saya nak gain muscles, nak six packs. Hahahahaha.
Bagaimana berat boleh berlebihan?
Sejak kecil memang berbadan besar dan saya suka makan. Bab makan memang tak kira pagi petang malam. Goreng, minyak, garam, gula, santan semua telan. Telan yang berlebihan yer. Tak ingat dunia. Hahahahaa, so itu la saya rasa antara puncannya sehingga saya decide untuk membuat perubahan pada 16 April 2016.
Apa yang membuatkan anda ingin menurunkan berat badan?
Jujur saya katakan banyak faktor yang penyumbang kenapa saya nak menurunkan berat badan. Sebenarnya banyak hal-hal negatif yang pernah menghimpit saya seperti diejek, tidak diterima bekerja, bab mencari baju seluar, jangan cakaplah. Saiz pinggang terakhir saya adalah 45cm.
Bagaimana dengan perubahan diet dan contoh menu yang diambil setiap hari?
Saya minimalkan pengambilan gula, garam, minyak, santan, karbo. Saya banyakkan minum air masak. Sarapan pula saya ambil oat, cuka epal, teh hijau dan madu. Makan tengah hari, saya akan make sure lengkap dengan serat. Malam, saya cuba elak makan makanan berat.
Boleh kongsikan cara-cara anda menahan diri untuk makan seperti sebelum ini?
Istiqomah, handsome is pain. Hahaha. Saya cabar diri untuk menjadi lain daripada yang lain. Be different is awesome. Saya ambil segala kata-kata negatif orang sebagai cabaran untuk saya jadi lebih baik. Awal-awal dahulu, jujur saya tak kuat. Lama-kelamaan dah lali dan tak kisah. Alhamdulillah izin-Nya saya kuat!
Ads
Perubahan ketara yang berlaku pada fizikal anda di bulan pertama?
Best feeling masa kita monitor berat. Apabila berat menurun dan menurun, kita jadi bersemangat nak kejar target. Saya monitor berat dan pemakanan saya setiap minggu yang saya tulis secara manual. If berat naik, saya tahu apa penyebab dia. Sama ada naik lemak atau otot. hehehe.
Senaman? Ermmm banyak. Sekarang ni saya minat tabata dan weight exercise. Kena paksa diri untuk buat. Walaupun kadang-KADANG rasa giveup tapi yeah, handsome is pain. Dengan senaman, saya rasa tekanan dan negatif vibes hilang melalui peluh. Hehee.
Adakah anda sudah berpuas hati dengan berat sekarang?
Jauh lagi. Hehehehe. Saya masih ada target. Bab berat tu untuk fasa sekarang ni just monitor je cumanya target saya nak naikkan otot. Nak bentuk otot dan terus focus pada senaman.
Bagaimana untuk mengekalkan motivasi diri?
Ingat macam mana permulaan perjalanan. Buktikan kat mereka yang mengata, menghina dan memandang rendah kat saya dulu. Saya make sure ada goal yang jelas dan nyata.
Pada saya, takde istilah tak boleh untuk berubah. Kalau niat dan azam yang jelas, Insha Allah takde halangan. Inilah masanya untuk senyapkan mulut-mulut busuk manusia.
Walaupun saya pernah kecewa sebab keadaan diri yang dulu, Alhamdulillah saya rasa nikmatnya sekarang. Last? Sentiasa rendah diri. Ketepikan emosi dan sentiasa rasional.
Apakah rujukan anda ketika berdiet?
Yep! Banyakkan buat research. Youtube dan bertanya kepada pakar. Jangan malu untuk berubah. Saya banyak bertanya kepada mereka yang pernah berjaya. So lain orang lain pengalaman mereka. Saya kumpulkan semua tu dan jadikan dalam versi saya. Peringatan, jangan invest sembarangan tanpa research. Takut nanti habis duit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi tidak bagi atlet gimrama negara, Shak Yuki dengan membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Gimnas remaja negara yang berusia 18 tahun itu diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B pada 2016.
“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur itu yang memiliki hobi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Gemar membantu ayahnya yang memiliki karier pengurusan acara, Shak Yuki yakin usaha keras yang dirancang pengurusan untuk meraih sekurang-kurangnya enam emas dalam temasya kali ini mampu membuahkan hasil.
“Kami banyak menyertai latihan dan juga kejohanan di peringkat dalam dan luar negara, begitu juga pembabitan beberapa tenaga pengajar khusus turut disediakan, bagi kami ia amat bermanfaat untuk menaikkan semangat serta memperbaiki corak persembahan.
“Tiada yang mustahil dan Kuala Lumpur 2017 akan menjadi medan terbaik menaikkan nama sukan gimrama,” ujar atlet yang gemar mendengar lagu klasik ini.
Sementara itu, rakannya, Amy Kwan yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea melihat ini peluang terbaik buat dirinya untuk membuktikan sesuatu dilaman sendiri.
“Tekanan itu ada, beraksi kali pertama, namun saya perlu hadapinya dengan bijak untuk memastikan ia tidak menggangu persembahan, jurulatih banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.
“Walaupun jurulatih tidak meletakkan acara mana yang perlu mendapatkan pingat emas namun bagi saya ia adalah cabaran buat diri sendiri untuk meraih pingat emas,” katanya yang gemar mendengar lagu beriramai santai yang boleh menghilangkan tekanan selepas berlatih.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Connaught, Cheras itu kini menyasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada temasya dwitahunan itu selepas gagal beraksi di Sukan Sea Singapura 2015 akibat kecederaan lutut.
Amy, 22, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland berkata kecergasannya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau yang teruja serta bersemangat untuk penampilan pertamanya di laman sendiri berkata fokusnya kini hanya tertumpu kepada segala persiapan dan latihan bagi melakar kejayaan sekali gus membantu Malaysia merealisasikan misi untuk muncul juara keseluruhan.
“Dua tahun lalu, saya tidak bersama skuad kebangsaan gara-gara masalah kecederaan lutut yang dialami sebelum temasya di Singapura, pastinya agak kecewa kerana gagal bersama rakan-rakan untuk menyumbangkan pingat buat negara.
“Tetapi untuk aksi di Malaysia, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan jurulatih serta pengurusan. Sasaran pastinya pungutan pingat emas, apa pun saya akan cuba berikan persembahan terbaik,” jelas yang baru melanjutkan pengajian ijazah tahun lepas di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ekonomi.
Di pentas hiburan, Nabil Ahmad dikenali dengan gelak tawa yang menghiburkan.
Namun, di sebalik jenaka spontan dan personaliti ceria itu, tersembunyi satu sisi lain dirinya seorang yang sangat komited terhadap gaya hidup sihat dan mental yang seimbang.
Setiap hari, tanpa gagal, Nabil menjalani rutin yang bukan calang-calang.
Dari larisejauh 5 kilometer, senaman CrossFit, sehinggalah mandi ais pada suhu ekstrem, semuanya dilakukan demi satu tujuan keseimbangan antara fizikal dan emosi.
Bagi sesetengah orang, mandi ais mungkin hanya trend TikTok, tapi bagi Nabil, ia adalah rutin penting untuk pemulihan otot dan kestabilan emosi.
Setiap hari, beliau akan berendam selama 3 minit dalam air sejuk bersuhu sekitar 5 hingga 6 darjah Celsius.
“Kalau kita harapkan mesin penyejuk, suhu biasa dapat dalam 12 darjah je. Tapi kalau dapat ais banyakmemang padu. Rasa lain. Tenang dia tu lain macam,” katanya.
Selain membantu badan pulih selepas aktiviti fizikal, ice bath juga meningkatkan pengeluaran dopamine secara semula jadi, bahan kimia otak yang memberi rasa motivasi dan gembira.
“Dopamine organik tu yang buat saya rasa happy. Rasa fresh, rasa ready untuk hadap hari,” tambahnya.
Nabil juga konsisten dengan senaman harian, khususnya CrossFit, yang menggabungkan latihan kekuatan, daya tahan dan kelajuan.
Walaupun kalisthenik hanya dilakukan secara ringan, komitmen terhadap senaman berat ini bukan main-main.
“Saya tak kisah bila pun pagi, petang, malam. Janji workout jalan. CrossFit ni cabar fizikal dan mental, dan saya suka push diri saya.”
Beliau percaya bahawa dalam hidup yang serba sibuk dan tekanan tinggi, senaman adalah saluran utama untuk melepaskan stres, bukan sekadar untuk penampilan fizikal.
Walau sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan keluarga, satu rutin yang tidak pernah Nabil tinggalkan ialah lari sejauh 5KM setiap pagi, dengan pace sekitar 8 atau 9.
“Lari tu benda yang saya tak boleh tinggal. Kalau tak sempat pagi, saya buat petang. Tapi saya memang akan cari masa untuk lari.”
Bagi Nabil, larian pagi bukan sekadar senaman ia adalah ruang peribadi untuk refleksi, ‘me time’ dan reset fikiran.
Dalam dunia yang penuh gangguan, waktu inilah dia paling fokus dan tenang.
Dengan semangat yang luar biasa dalam menjaga kesejahteraan diri, Nabil membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui pencapaian kerjaya, tetapi juga melalui disiplin diri dan kesedaran dalaman.
Dalam dunia penuh tekanan dan gangguan digital, rutin seperti ini bukan sahaja menguatkan badan, tetapi juga membina kekuatan mental yang jarang dilihat dalam kalangan selebriti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia yang semakin pantas dan penuh tekanan, ramai lelaki kini mencari alternatif sukan yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mencabar dari segi fizikal dan mental.
Salah satu sukan yang semakin mencuri perhatian, terutamanya dalam kalangan lelaki muda dan pertengahan umur, ialah footgolf gabungan dua elemen sukan yang sangat popular iaitu bola sepak dan golf.
Footgolf ialah sukan yang dimainkan di padang golf, tetapi menggunakan bola sepak dan bukannya bola golf.
Pemain akan menendang bola sepak dari satu titik permulaan ke dalam lubang khas yang lebih besar berbanding lubang golf biasa, dengan matlamat untuk menyempurnakan lubang tersebut dengan tendangan sesedikit mungkin.
Peraturan asasnya hampir sama seperti golf, tetapi ia tidak memerlukan kemahiran menggunakan kayu golf, sebaliknya bergantung pada ketepatan dan kekuatan kaki pemain.
Footgolf mungkin nampak santai, tetapi ia sebenarnya menuntut ketepatan, strategi, dan stamina.
Inilah yang menjadikannya menarik bagi ramai lelaki yang sukakan cabaran tetapi tidak mahu sesuatu yang terlalu agresif seperti futsal atau bola sepak 11 sebelah.
Tambahan pula, footgolf boleh dimainkan dalam suasana yang lebih tenang, santai, dan sosial sesuai untuk lepak hujung minggu dengan kawan-kawan atau sebagai aktiviti korporat.
Walaupun masih baru di Malaysia, footgolf semakin mendapat tempat, terutama dalam kalangan lelaki yang ingin mencuba sesuatu yang ‘fresh’ dan berbeza.
Beberapa kelab dan resort di Malaysia mula menawarkan padang footgolf khas, dan kejohanan kecil juga mula dianjurkan.
Di media sosial, semakin ramai lelaki berkongsi pengalaman bermain footgolf, sama ada untuk bersenam atau sekadar mencuba hobi baru.
Dalam era media sosial, aktiviti luar seperti footgolf bukan sahaja tentang sukan, tetapi juga tentang gaya hidup.
Ramai lelaki kini melihat footgolf sebagai satu aktiviti yang “cool” cukup unik untuk dibualkan, cukup mencabar untuk dibanggakan.
Ia memberi bragging rights yang tersendiri, terutama jika dapat mengalahkan rakan-rakan dalam satu pusingan permainan.
Soalnya sekarang, adakah footgolf sekadar trend sementara atau bakal menjadi sukan arus perdana?
Jawapannya mungkin bergantung kepada pendedahan media, sokongan komuniti, dan ketersediaan fasiliti.
Namun buat masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa footgolf sedang mencipta gelombang tersendiri terutamanya dalam kalangan lelaki yang mencari kombinasi keseronokan, cabaran dan gaya hidup aktif.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Abdul Latif Romly mengharungi hujan lebat untuk menjuarai lompat jauh T20, sekali gus melengkapkan sasaran lima emas Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026.