Tak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan muka harus dijaga untuk kelihatan lebih kacak dan beryakinan tinggi.
Tak susah mana pun sebenarnya. Jika malas menggunakan kaedah tradisional, anda boleh juga membeli produk pembersihan yang ada dijual di pasaran.
Berikut adalah 7 jenis produk lelaki yang boleh dicuba keberkesanannya :
1. Nivea Men Whitening Oil Control Foam 150 gm
Nivea Men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan seperti menjadikan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih yang terkandung di dalamnya turut memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda selain menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Harga di pasaran sekitar RM14.70.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit biasa
2. Garnier Men Turbolight White & Oil Control Icy Duo Foam 100ml
Pencuci muka ini mempunyai buih mencuci dengan kesan tindakan sebanyak dua kali. Produk ini mampu membersihkan liang pori dengan baik kerana di dalamnya terkandung bahan seperti tanah liat putih. Selain boleh menjadikan kulit muka anda bebas minyak dan kotoran hanya dengan sekali cucian, ia turut mampu menjadikan kulit muka anda lebih cerah berseri dengan adanya icy mineralite complex. Harga di pasaran sekitar RM16.93.
Pencuci muka ini mempunyai ekstrak Aloe Vera sebagai komponen utamanya. Kandungan ini merupakan bahan semulajadi antibakteria dan anti-radang yang mampu melegakan kulit sensitif. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit muka tetapi ia juga merawat kulit muka yang bermasalah. Pembersihannya yang mendalam mampu membersihkan segala kotoran yang tersumbat pada liang pori muka dan juga mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan untuk kaum wanita dan juga lelaki yang mempunyai masalah kulit sensitif dan juga mengekalkan keremajaan pada kulit wajah. Harga di pasaran sekitar RM17.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit penuaan
4. L’Oreal Men Expert White Activ Cleansing Foam 100ml
Ads
Pencuci muka ini diperkaya dengan Pro Exfoliatine iaitu agen mengupas yang dapat membuang kotoran pada permukaan kulit untuk memastikan proses pembersihan dapat dilakukan dengan teliti sekali gus memberikan seri pada kulit wajah agar kekal berkeyakinan sepanjang hari. Produk ini direka khas untuk lelaki yang mempunyai jenis kulit kering yang melampau selain mampu memberikan kulit yang cerah secara semulajadi. Pencuci muka ini bukan sahaja untuk kulit kering, tetapi ia juga untuk kulit yang normal bagi memberikan perlindungan yang berpanjangan kepada para lelaki yang sering terdedah di bawah sinaran matahari. Harganya di pasaran adalah sekitar RM23.00.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kombinasi
5. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash 150ML
Pencuci muka yang dirumus khas untuk memberikan anda kulit yang licin dan bebas dari masalah kulit. Pencuci muka yang menggunakan bahan bebas sabun yang membersihkan kulit anda dengan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka. Neem terkenal dengan ciri-ciri penulenan dan antibakterianya. Neem mampu membunuh bakteria yang menyebabkan masalah pada kulit dan dengan digabungkan bersama kunyit, ia membantu mengawal jerawat dan menjadikan kulit anda lembut, bersih, segar dan bebas dari masalah. Harga di pasaran sekitar RM28.24.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit berminyak
Ads
6. Hada Labo – AHA/BHA Foaming Wash160ml
Pencuci ini sememangnya jenama yang terkenal di negara Jepun. Tekstur buih ringan dan pengunaan 2 kali dalam sehari mampu membersihkan kotoron pada kulit wajah. Selain memberikan muka nampak licin dan cerah dan membantu menanggalkan sel kulit mati, anda tidak perlu bimbang kerana pencuci muka ini bebas dari bahan pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Pencuci muka ini juga menyeimbangkan pH kulit sekali gus mengurangkan kerengsaan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan oleh kaum wanita dan juga lelaki. Harga di pasaran RM35.40.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kering
7. Physiogel Daily Defence Cleansing Gel Cream 200ml
Pencuci muka ini sesuai untuk yang berkulit alergik, ia telah diuji oleh para dermatologis. Ia mencuci segala kotoran pada muka tanpa mengeringkan kulit muka anda. Memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit dan kelembutan yang bak sutera. Kelebihan produk ini adalah, ia bebas dari bahan pewangi, preservatif dan pewarna. Pencuci muka yang sangat sesuai untuk yang berkulit kering dan sensitif. Harga di pasaran sekitar RM41.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit sensitif
Produk-produk di atas adalah pilihan kebanyakan lelaki dan jika anda mahu gunakan produk yang dinyatakan, sila dapatkan rujukan pakar untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ruginya jika anda yang dikurniakan dengan rupa paras tampan tapi tak pandai menjaga rambut.
Buanglah segera anggapan bahawa lelaki kacak dan tampan tak perlu menjaga kesihatan rambut.
Anda pernah lihat bintang Hollywood? Lihat saja pelakon-pelakon popular seperti Chris Hemsworth, Brad Pitt, Tom Cruise dan ramai lagi. Walaupun ada yang umurnya sudah nak masuk setengah abad tapi gaya rambut mereka masih steady dan hebat!
Mungkin ada yang beranggapan dengan duit boleh beli segalanya termasuklah rambut yang cantik. Ya, ada benarnya tapi itu bukan tiket untuk buat anda putus asa dan terus membiarkan rambut tak terurus.
Tahukah anda apakah rahsia bintang Hollywood menjaga rambut mereka sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar? Jom ikuti 15 rahsia tip penjagaan rambut mereka di bawah!
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
29-023723-best_hair_dye_for_men
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Semoga 15 tip penjagaan rambut ini boleh memberikan manfaat buat anda, lelaki tampan yang ingin sentiasa bergaya dan sihat.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dan kemeja memang tidak boleh dipisahkan. Tidak kiralah sama ada kemeja formal atau kasual, rata-rata lelaki memiliki walau sehelai kemeja dalam simpanan.
Bagi yang gemar memakai kemeja, biasanya anda lebih cenderung untuk melihat dari segi faktor corak dan warna sebelum membelinya. Namun hakikatnya, pemilihan dan cara penjagaan kemeja lebih daripada itu.
Sebelum anda ingin membeli kemeja, pastikan anda ketahui info penting ini agar pemakaian kemeja yang anda sarungkan pada tubuh tampak kemas dan kena dengan gaya.
Ini merupakan 6 panduan dalam memilih dan menjaga kemeja yang lelaki perlu ambil tahu.
1. Perlu ada sekurang-kurangnya 10 kemeja
Bagi yang bekerja pejabat, anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja dalam simpanan. Ini penting agar anda boleh menukar kemeja baharu untuk kegunaan hari lain jika ketujuh-tujuh helai kemeja telah digunakan dan dihantar ke dobi. Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja dalam bidang korporat perlu memiliki sekurang-kurangnya empat helai kemeja putih dan empat helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan, adalah lebih praktikal dan bijak jika anda memiliki apa sahaja warna kemeja. Yang penting kolar kemejanya sesuai dengan bentuk wajah dan tuntutan kerja anda.
2. Elak memakai kolar ketat
Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar kemeja yang anda ingin beli tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja yang cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar pada kemeja tersebut sendat dan nampak leher anda tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.
3. Satu kemestian miliki white button down shirt
White button down shirt adalah suatu kemestian untuk dimiliki lelaki dalam almari simpanan. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar gaya anda tampak lebih segak.
4. Cuci kemeja dengan tangan
Kemeja paling elok dibasuh dengan cucian tangan. Jika anda kerap mencuci kemeja menggunakan mesin basuh atau menghantarnya ke dobi, tidak mustahil sekiranya kemeja yang mahal pun akan tampak murah berbanding jika anda mencucinya dengan cucian tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar kemeja anda itu sentiasa berbutang.
5. Elakkan memakai kemeja button down
Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih berkain keras dengan kolar straight atau kolar wing. Elak daripada memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).
6. Bijaklah memadankan kemeja
Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan kemeja tersebut dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap. Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik gaya yang segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted and subtle) dan membuatkan pemakaian kemeja anda lebih smart.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Watak Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad menerusi filem hangat masa kini, ‘Blood Brothers: Bara Naga’ menjadi sebutan ramai. Bukan kerana karakternya serba macho tetapi gayanya yang jelas nampak cukup jantan!
Menerusi filem ini, Sharnaaz sekali lagi menampilkan watak yang memerlukan imej tegas dan kemas. Gaya rambutnya memainkan peranan penting dalam menyerlahkan karakter sebagai Ghazwan atau Ghaz.
Gaya rambut yang digayakan Sharnaaz dalam filem ini adalah contoh klasik stail maskulin yang versatil, mudah diurus dan sentiasa nampak kemas.
Potongan Rambut
Melihat pada gaya rambut Sharnaaz dalam konteks filem aksi seperti ‘Blood Brothers’, potongan rambutnya cenderung kepada gaya yang menekankan kekemasan di bahagian sisi dan belakang.
Ia tampil dengan sedikit kepanjangan yang membolehkan styling di bahagian atas. Dari sudut pandangan seorang barber, gaya ini kemungkinan besar melibatkan:
Bahagian Sisi & Belakang: Dipotong pendek menggunakan teknik ‘fade’ atau ‘taper’. ‘Fade’ merujuk kepada potongan yang semakin pendek secara berperingkat dari atas ke bawah, manakala ‘taper’ adalah potongan yang semakin pendek di hujung garis rambut (sekitar telinga dan tengkuk) tanpa kepudaran yang jelas di seluruh bahagian sisi. Berkemungkinan ia adalah ‘mid to high fade’ atau ‘taper’ yang bermula dari guard nombor #1 atau #2 di bahagian paling bawah, dan beransur-ansur memanjang ke atas. Ini memberikan imej yang bersih dan menyerlahkan garisan rahang.
Bahagian Atas: Dibiarkan lebih panjang, mungkin sekitar 2 hingga 4 inci, bergantung pada ketebalan rambut dan jenis styling yang dikehendaki. Kepanjangan ini penting untuk memberi ruang styling sama ada disisir kemas, sedikit messy, atau tekstur.
Blended: Peralihan antara bahagian pendek di sisi dan panjang di atas perlu ‘blended’ atau dicantumkan dengan lancar menggunakan gunting atau clipper over comb. Ini kunci kepada potongan yang nampak profesional dan tidak ‘bertompok’.
Untuk mendapatkan potongan ini, minta barber anda untuk melakukan ‘fade’ atau ‘taper’ yang kemas di sisi dan belakang, dan mengekalkan kepanjangan yang sesuai di bahagian atas. Bawa gambar rujukan Sharnaaz untuk memudahkan komunikasi dengan barber.
Kesuaian Bentuk Kepala
Gaya rambut dengan sisi pendek dan bahagian atas yang lebih panjang seperti ini sangat versatil dan sesuai untuk pelbagai bentuk kepala lelaki, terutamanya:
Bentuk Oval: Bentuk kepala paling ideal, hampir semua gaya rambut sesuai. Gaya ini menyerlahkan keseimbangan semula jadi bentuk oval.
Bentuk Segi Empat (Square): Potongan ini melembutkan sedikit garisan rahang yang kuat sambil mengekalkan imej maskulin.
Bentuk Bulat: Bahagian atas yang tinggi (jika di-style ke atas) boleh membantu memanjangkan visual bentuk muka/kepala, mencipta ilusi yang lebih tirus.
Bentuk Hati (Heart): Menambahkan volume di bahagian atas boleh membantu menyeimbangkan dahi yang lebih lebar.
Tips Styling Untuk Rambut Seperti Ghaz
Setelah mendapatkan potongan yang tepat, styling adalah kunci untuk meniru gaya Ghaz dalam ‘Blood Brothers’.
Mula dengan Rambut Bersih & Kering (atau Sedikit Lembap): Rambut yang baru dicuci dan dikeringkan tuala atau pengering rambut adalah asas terbaik.
Pilih Produk yang Tepat:
Pomade (Water-based): Untuk kilauan sederhana dan pegangan kuat, sesuai untuk gaya sisir tepi yang kemas.
Hair Wax atau Clay: Untuk pegangan kuat dan kemasan matte atau sedikit kilauan, sesuai untuk gaya bertekstur atau sedikit messy. Clay biasanya memberi lebih volume dan tekstur.
Sea Salt Spray (Pilihan): Boleh digunakan sebelum mengeringkan rambut untuk menambah tekstur dan volume.
Cara Aplikasi: Ambil sedikit produk (mulakan dengan kuantiti kecil, tambah jika perlu), gosok di tapak tangan hingga rata dan suam. Sapu produk secara merata ke seluruh rambut di bahagian atas, dari akar ke hujung. Pastikan produk sampai ke semua bahagian.
Styling:
Untuk gaya kemas sisi: Gunakan sikat atau jari untuk menyisir rambut ke arah yang dikehendaki (kebiasaannya ke tepi atau sedikit ke belakang).
Untuk gaya tekstur/messy: Gunakan jari untuk ‘mengacak’ rambut, membentuk tekstur dan volume yang diingini. Fokus pada hujung rambut.
Finishing (Pilihan): Jika perlukan pegangan ekstra sepanjang hari, semburkan ‘hair spray’ ringan.
Dengan potongan yang betul dan teknik styling yang sesuai, anda juga boleh mendapatkan gaya rambut yang kemas, versatil dan maskulin seperti yang digayakan oleh Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad dalam filem ‘Blood Brothers’.