Baik lelaki atau wanita, pisau cukur adalah salah satu peralatan grooming yang wajib ada. Tanpanya, banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata hingga merosakkan penampilan terutamanya pada wajah.

Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat terhadap penjagaan pisau cukur hingga ia boleh merosakkan wajah. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan baik, ia akan berkarat dan menjemput banyak bakteria.

Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama sekali gus boleh menjimatkan duit.

BACA: Tip Bercukur Khusus Buat Jejaka Handsome, Barulah Kulit Wajah Licin & Berseri

1. Guna krim cukur ketika mencukur

Cara-Cara Menjaga Kualiti Pisau Cukur Daripada Cepat Berkarat, Boleh Bantu Anda Berjimat!

IKLAN

Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur berada dalam keadaan lembab sekali gus memudahkan proses mencukur. Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur daripada tergores dengan kulit hingga mengakibatkan kecederaan dan lebih teruk meninggalkan kesan parut.

2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti

Cara-Cara Menjaga Kualiti Pisau Cukur Daripada Cepat Berkarat, Boleh Bantu Anda Berjimat!

Percaya atau tidak, ramai orang selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah dengan melalukan air di setiap celah-celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal pada mata pisau boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam. Jadi, pastikan pisau cukur anda bersih dan bebas daripada bulu lama yang telah dicukur.

IKLAN

3. Keringkan setelah digunakan

Cara-Cara Menjaga Kualiti Pisau Cukur Daripada Cepat Berkarat, Boleh Bantu Anda Berjimat!

Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap di situ. Lebih teruk lagi, jika anda menggunakan pisau cukur yang mempunyai kesan karat, kulit muka anda akan mengalami kegatalan dan timbul tanda kemerahan kerana dijangkiti bakteria.

4. Simpan di tempat yang kering

Cara-Cara Menjaga Kualiti Pisau Cukur Daripada Cepat Berkarat, Boleh Bantu Anda Berjimat!

IKLAN

Walaupun sudah kering, tidak bermakna anda boleh meninggalkan pisau cukur di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembab boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Carilah tempat yang kering untuk anda menyimpannya.

BACA: 6 Langkah & Teknik Bercukur Paling Efisien Serta Berkesan Untuk Lelaki

5. Asah pisau cukur dengan seluar jeans

Cara-Cara Menjaga Kualiti Pisau Cukur Daripada Cepat Berkarat, Boleh Bantu Anda Berjimat!

Untuk memastikan mata pisau cukur sentiasa tajam, asahkan ia menggunakan seluar jeans yang tidak digunakan lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau tersebut sama seperti  anda bercukur. Anda boleh mengasah ia apabila anda merasakan mata pisau tersebut tidak tajam seperti biasa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI