Soalan pertama yang perlu ditanya kepada diri sendiri sebelum membeli kasut adalah berapa bajet kita?
Menurut Al Rumie, soal bajet ini sangat subjektif. Tidak semua orang mampu untuk berbelanja besar, namun itu bukan alasan untuk tidak memiliki kasut berkualiti.
Tipnya? Cari kasut off-season di outlet seperti Mitsui atau GPO.
Biasanya, pada hujung tahun, banyak kasut jenama terkenal dijual pada harga yang jauh lebih murah.
Ads
Jadi, kalau bijak merancang, kasut idaman tetap boleh dimiliki tanpa membebankan poket.
Jangan Setia Buta Pada Satu Brand
Ramai orang terlalu selesa dengan satu jenama. Tapi bagi Al Rumie, dunia larian terlalu luas untuk terikat pada satu nama.
Setiap jenama ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Justeru, penting untuk pelari mencuba pelbagai jenama dan memahami kekuatan setiap satu.
Ads
“Kalau nak enjoy dunia larian ni, jangan stick pada satu brand. Cuba explore. Mana tahu brand lain lagi sesuai dengan kaki dan gaya larian anda,” katanya.
Kenal Pasti Tujuan Dan Gaya Larian Anda
Satu lagi faktor penting adalah tujuan kasut dibeli. Adakah anda beli untuk long run? Untuk trail? Atau sekadar untuk berjalan santai?
Ini penting kerana setiap kasut direka dengan teknologi yang berbeza ada yang fokus pada kelajuan, ada yang lebih stabil, dan ada yang sesuai untuk bukit atau permukaan lasak.
Selain itu, bentuk kaki juga memainkan peranan. Menurut Al Rumie, memahami bentuk tapak kaki sendiri akan membantu memilih kasut yang memberikan keselesaan maksimum dan mengelakkan kecederaan.
Bagi Al Rumie, kombinasi bajet, jenama dan keperluan adalah kunci untuk menemui kasut terbaik.
Bila anda dah jumpa ‘kasut jodoh’, anda bukan saja selesa, malah lebih yakin untuk terus berlari dan menikmati setiap langkah.
“Kalau anda combine ketiga-tiga ni, anda akan temui kasut yang anda cintai,” katanya.
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan hanya lelaki di usia 30 hingga 60 tahun, kini ramai juga lelaki muda yang menderita dengan penyakit gout. Ia berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak terkawal, selain tidak aktif melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin. Apabila asid ini berlebihan di dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti di ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi yang lain. Selain perubatan moden, rawatan tradisional yang menggunakan bahan semula jadi turut dijadikan alternatif bagi mengubati gout.
Ustaz Md Rosdi Hasan di laman Facebooknya berkongsi petua mudah mengeluarkan asid urik dari sendi kaki yang bermasalah dengan gout menggunakan buah nona.
Jom ikuti perkongsiannya.
CARA MENGELUARKAN ASID URIK
Siapa sangka buah nona boleh menyedut Asid Urik dari sendi kaki kita yang bermasalah dengan gaut.
Asid urik ini adalah salah satu dari komponen karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen.
Bila asid ini berkumpul di sendi, kita akan merasa sakit yang tidak terbayang, orang yang biasa jadi gaut sahaja pandai menceritakannya bertapa sakit bila di serang gaut.
Di muka buku ini saya nak ajar bagaimana nak mengeluarkan asid ini dengan cara mudah.
Caranya:
1. Cari sebiji buah nona yang masak.
2. Lalu hancurkan buah tersebut dan tampal pada tempat yang sakit. Kalau boleh balut tempat yang ditampal dengan buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh bila kita tidur.
3. Buat pada waktu malam semasa hendak tidur, jangan terkejut bila bangun pada pagi keesokannya isi buah tadi menjadi hitam kemerahan dan tempat yang sakit pula tidak sakit lagi seperti semalam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang kurus yang nak ada badan berotot. Tapi bila mengenangkan berat badan kurang, anda rasa seolah-olah tiada harapan untuk membina otot.
Sebenarnya ada senaman efektif dan selamat yang orang kurus boleh buat kalau nak badan cepat berotot.
Sebelum memulakan senaman, anda ambil makanan tambahan protein iaitu whey. Ini kerana menurut kajian, whey didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk orang kurus seperti anda.
Ini 3 senaman yang boleh anda buat untuk dapatkan badan berotot.
1. Dumbbell squat
Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman.
Tangan berada pada laras bahu. Jangan melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada.
Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
Lakukan 6-8 kali bagi membina kekuatan badan.
Jika anda ingin memberikan tumpuan kepada kekuatan otot.
Buat 3 set dalam kiraan 12-15 kali.
2. Chest flyes
Duduk dalam posisi yang selesa.
Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
Kemudian halakan pemegang ke hadapan. Pastikan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
Buat secara berulang kali dalam kiraan 8-12.
Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin membentuk kelebaran dada.
3. Dumbbell press
Baring dalam posisi yang selesa.
Angkatkan dumbbell ke atas perlahan-lahan.
Buat 3 set dalam kiraan 12-15 kali.
Senaman ini berfungsi untuk mendapatkan kelebaran dada terutamanya di bahagian atas.
Semoga dengan senaman ini dapat membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan dan menyelesaikan masalah anda dalam membina badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.