Sesebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apatah lagi jika suami isteri istiqamah melaksanakan amalan yang menjemput rezeki.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu
Jika suami isteri nak murah rezeki, ini LIMA perkara yang mereka kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Ads
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Ads
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
RAHSIA RAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Ads
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
“Aku sudah tidak mampu untuk berkata kata . Hanya doa dan harapan agar Allah S.W.T memberi petunjuk yang segera kepada kita semua.” ini antara keluh kesah yang disuarakan oleh PU Amin menerusi akaun Facebooknya apabila melihat kelakuan segerombolan mak nyah yang berkumpul di Grand Ballroom Sunway Putra Mall. PU Amin memuatnaik foto yang diambil dari jutawan kosmetik terkenal Malaysia atas tag netizen yang ingin beliau menegur insan tersebut. Beliau meletakkan status berusur tidak mampu lagi untuk menegur dan ingin menamatkan usahanya dalam menasihat dan membimbing umat Islam agar terus ke jalan yang diredhaiNya.
Netizen juga menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap golongan ini dan meminta agar PU Amin terus berusaha dalam membimbing umat Islam ke jalan yang LURUS! Malah, mereka juga mengaitkan dengan pegangan Rasulullah S.A.W yang tidak berputus asa walaupun ditentang masyarakat sewaktu zaman pemerintahannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila menyebut mengenai mangsa seksual, pasti perkara pertama yang ramai orang fikirkan ialah golongan wanita.
Bagaimanapun, golongan lelaki juga tidak terkecuali dalam menjadi mangsa jenayah seksual.
Tahukah anda yang gangguan atau serangan seksual yang dilakukan oleh wanita terhadap lelaki juga adalah suatu jenayah?
Menurut seorang peguam Gandhi Palanisamy, atau lebih dikenali sebagai Lawyer Gandhi di laman Tiktok, semua orang boleh menjadi mangsa jenayah seksual tanpa mengira jantina.
“Sudah pasti kalau kita lihat (perbandingan) dari perempuan ke lelaki, memang mangsa lelaki kuranglah,” kata Gandhi kepada Maskulin.
“Tapi saya rasa sebab kebanyakan mereka tak tahu yang serangan seksual sebegini, walaupun dari perempuan ke lelaki pun suatu kesalahan,” tambahnya.
3 Langkah Yang Perlu Diambil
Oleh itu, Gandhi menegaskan betapa pentingnya untuk membuat laporan polis secepat mungkin bagi lelaki yang menjadi mangsa seksual.
“Langkah pertama, buat laporan polis. Selepas buat laporan polis, kedua dapatkan pemeriksaan dari doktor. Sebab itu sangat penting, kena ada bukti yang serangan telah berlaku. Ketiga, polis akan ambil tindakan,”
“Apa yang kadangkala berlaku ialah mangsa seksual takut dan mereka menunggu untuk waktu yang lama. Kemudian apabila mereka membuat laporan, tak cukup bukti,” tegasnya.
Tambahnya, golongan lelaki juga tidak perlu risau kerana anda juga turut dilindungi dengan undang-undang jenayah seskual.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda dapat panggilan dari nombor tak dikenali, tapi bila angkat… diam je? Jangan pandang ringan. Itu mungkin taktik baharu scammer yang digelar “silent call”.
Nampak macam tak ada apa-apa, tapi sebenarnya ia cukup bahaya dan ada risiko tidak baik. MASKULIN tertarik dengan pendedahan terbaru berkenaan taktik ini, terutamanya selepas satu perkongsian video menarik Rahmat Fitri Lawan Scammer, seorang pesara PDRM yang pernah berkhidmat selama 21 tahun.
Jelasnya,”Lebih merisaukan, ada teknologi bila kita jawab hello, dia boleh rakam dan guna suara kita untuk AI!”
“Lepas ni kalau ada nombor tak kenal, dengar je dulu. Kalau dia nak cakap dengan you, dia akan cakap dulu. Itu untuk nombor yang kita tak save,” tambahnya lagi.
Apa Itu ‘Silent Call’?
Silent call ialah panggilan yang kelihatan macam prank atau glitch. Tapi sebenarnya, ia satu cara licik scammer untuk mengumpul sampel suara anda.
Mereka akan call tapi hanya berdiam diri. Mereka tunggu anda untuk bercakap. Bila anda jawab “hello” atau “ya”, suara anda dirakam dan digunakan untuk tujuan tidak baik.
Antaranya untuk:
Clone suara anda menggunakan teknologi AI,
Buat panggilan palsu kepada keluarga atau rakan
Akses akaun bank atau servis yang gunakan pengesahan suara.
Kenapa Scammer Nak Suara Anda?
Teknologi voice cloning AI sekarang sangat canggih. Mereka hanya perlukan 3 hingga 10 saat suara untuk cipta versi deepfake suara anda yang boleh meniru intonasi, lenggok, bahkan emosi sekali!
Tujuan mereka?
Minta wang daripada ahli keluarga kononnya anda dalam kecemasan.
Hubungi tempat kerja untuk dapatkan maklumat sensitif.
Guna suara anda untuk ‘bypass’ sistem keselamatan telefon, bank atau aplikasi.
Bagaimana Silent Call Beroperasi
Call dari nombor rawak atau spoofed (nombor nampak legit).
Bila anda jawab dan bercakap, audio anda dirakam.
Audio tersebut diproses oleh AI untuk clone suara.
Dalam masa beberapa jam/hari, anda atau kenalan anda mungkin akan terima call dari “anda” sendiri.
Makin Ramai Dah Jadi Mangsa
Beberapa kes telah dilaporkan di mana mangsa berdepan beberapa situasi yang merugikan. Di antaranya:
Kehilangan puluhan ribu ringgit sebab percaya suara “anak” minta duit kecemasan.
Perniagaan kecil ditipu kerana menerima panggilan “boss” yang minta pemindahan wang segera.
Akaun bank dikompromi kerana sistem pengesahan suara diceroboh.
Tanda-Tanda Anda Mungkin Sasaran
Dapat banyak panggilan pelik yang sunyi.
Nombor tak dikenali yang kerap cuba hubungi.
Ada ahli keluarga kata anda call, tapi sebenarnya tidak.
Jangan jawab nombor tak dikenali, atau tunggu pemanggil bercakap dulu.
Gunakan app seperti Truecaller untuk kenal pasti nombor scam.
Elak jawab dengan nama sendiri atau perkataan sensitif (cth: “Ya, ini saya”).
Aktifkan pengesahan dua langkah (2FA) di akaun bank dan apps penting.
Gunakan kod keselamatan dengan ahli keluarga (safe word) jika berlaku kecemasan.
Lebih Baik Waspada Dari Menyesal
Teknologi makin maju, tapi scammer pun makin bijak. Mereka bukan lagi minta OTP atau password saja. Sekarang suara anda pun boleh jadi senjata mereka. Jadi, ambil nasihat bekas pegawai PDRM seperti Rahmat Fitri ini sebagai langkah berjaga-jaga.
“Kalau nombor tak kenal call, jangan terus respond. Dengar dulu. Kalau betul-betul penting, dia akan bercakap,” jelas Rahmat Fitri menerusi video tersebut.
Jangan biar suara anda jadi alat untuk tipu orang lain. Ingat, diam mereka bukan bermaksud tak ada niat. Kadang-kadang, diam itulah perangkapnya.
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.