Populariti bintang-bintang K-pop dan K-drama kini semakin luar biasa di peringkat global. Jika suatu ketika dahulu anak-anak muda menghafal wajah dan nama-nama selebriti Hollywood atau Bollywood, kini artis-artis Korea menjadi tumpuan mereka.
Maka tidak hairanlah apabila seorang pemuda mendapati perniagaannya menjadi tular dan laku keras dek kerana wajahnya dikatakan mirip aktor popular Korea, Lee Min Ho.
Doddy Angga Andrianto penjual nasi kuning berasal dari Samarinda, Kalimantan Timur menjadi terkenal dan tular secara mendadak kerana wajahnya yang dikatakan mirip aktor Korea tersebut.
Ternnyata ia membawa tuah dan secara tidak langsung membantu melariskan jualannya. Doody yang merupakan graduan dari Universiti Mulawarman dalam bidang ekonomi nekad membantu ibunya dalam perniagaan menjual hidangan popular nasi kuning selepas menganggur.
Jelasnya, dalam satu jam sahaja nasi kuningnya mampu dijual kira-kira 15 kilogram untuk sekali masak. Berbeza dengan jualan pada suatu ketika dahulu yang agak suram.
Ads
Menurut Doddy, ramai juga mengatakan wajahnya seakan artis Korea yang lain, Siwon, selain artis China, Andi Lau dan artis Indonesia, Boy William.
“Bila bertemu, ramai kata saya seperti mereka tetapi saya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak gemar dibandingkan dengan artis terkenal.
Ads
Dia juga mengakui bahawa ada pelanggannya yang pernah merayu untuk keluar bersamanya. Malah ada yang memegang dan merangkul tangannya.
“Tapi saya profesional, tetap saja teruskan berniaga seperti biasa,” jelas pria yang lahir pada tahun 1993 ini.
Doddy merupakan jurulatih kecergasan turut menyertai pertandingan bina badan berikutan kesukaran mendapatkan pekerjaan sesuai.
Ads
“Ketika ini sukar mendapat pekerjaan. Jadi saya membantu ibu bapa mengusahakan nasi kuning. Pada masa sama menyertai pertandingan bina badan.
“Buat masa ini saya belum peroleh kejayaan tetapi saya akan berusaha sehingga berjaya,” katanya.
Doddy sebelum ini ditamatkan kontrak perkhidmatan pekerja dalam bidang pelancongan pada tahun 2009.
Sumber: Kompas
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, berhentikan perkembagan kanser prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan membunuh sel kanser.
Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini yang bolehmelawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapatnya.
Selain itu, ada kajian yang menyatakan kunyit boleh menghalang anda daripada mendapat sel barah seperti T-cell leukemia, colon carcinomas dan breast carcinomas.
Bahan anti-radang (anti-inflammation) yang terdapat di dalam kunyit sangat baik dalam merawat osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Pada masa yang sama, kandungan anti-oksida yang terdapat didalam kunyit boleh melawan radikal bebas yang terdapat di dalam badan.
Radikal bebas boleh merosakkan sel di dalam badan, oleh itu kita perlu mengeluarkannya dari badan kita.
Kajian telah menjumpai bahawa orang yang mengalami arthritis rheumatoid dan mengambil kunyit secara berterusan dalam diet pemakanannya boleh mengurangkan kesan kesaikitan pada sendi.
Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.
Selain itu, kunyit boleh membantu anda mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance) yang mana boleh menghalang anda daripada mendapat Tahap-2 Diabetes.
Namun bergitu, sekiranya pengambilan kunyit bersama ubat yang kuat, ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah sangat rendah (hypoglycemia). Ianya adalah terbaik untuk merujuk doktor pakar sebelum anda mengambil kapsul kunyit.
Pada tahun 2012, satu kajian telah dilakukan untuk membandingkan antara kapsul curcumin (salah satu bahan aktif yang terdapat di dalam kunyit) dengan kapsul placebo.
Setelah 9 bulan, 16% daripada pesakit yang mengambil kapsul placebo didapati mmenghidap kencing manis tahap-2, manakala bagi yang mengambil kapsul curcumin, tiada seorang pun! Hebat kan.
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.
Dengan mengawal kadar kolestrol dalam badan boleh mengelakkan kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik yang lain.
Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai lipopolysaccharide, yang mana boleh meningkatkan tahap imunisasi badan. Selain itu, kunyit secara semulajadi boleh bertindak sebagai satu ajen anti-bakteri, antiviral dan antikulat boleh memainkan peranan dalam membantu badan melawan benda asing; pada masa yang sama boleh membantu sistem imunisasi badan.
Dengan mempunyai sistem imun yang kuat, anda boleh mengelakkan daripada mendapat demam, selesema dan batuk. Namun sekiranya anda menghidapinya sekarang, anda boleh mencepatkan proses penyembuhan dengan mengambil petua ini:
Selamat mencuba!
Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectantyang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.
Selain itu, kunyit boleh mencepatkan penyembuhan kulit dan boleh dijadikan satu rawatan kepada psoriasis dan masalah kulit yang lain.
Serbuk kunyit boleh membantu anda menurukan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.
Oleh itu, jika anda ingin menurunkan berat ataupun ingin mengelakkannya daripada meningkat, anda boleh memasukkan kunyit dalam diet pemakanan anda. Terdapat banyak resepi makanan yang boleh melibatkan penggunaan kunyit, oleh itu anda bolehlah mencubanya mulai sekarang.
Radang pada otak (brain inflammation) adalah salah satu faktor utama yang membawa kepada gangguan kognitif (cognitive disorders) seperti penyakit Alzheimer. Kunyit boleh menyokong kesihatan otak secara umum dengan mengeluarkan plak yang terbentuk dan memperbaiki peredaran darah. Pada masa yang sama boleh mencegah tidak pun melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer.
Dalam satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa kunyit boleh membantu proses penyembuhan sel stem di dalam otak. Kajian tersebut di lakukan pada tikus makmal, dengan mendedahkan mereka dengan kesan penggunaan kunyit ke atas otak mereka.
Banyak komponen yang terdapat di dalam kunyit yang boleh menyumbang kepada sistem penghadamandan mengurangkan simpton perut kembung dan masalah gas dalam badan.
Selain itu, kunyit juga boleh membantu anda merawat beberapa penyakit keradangan usus termasuklah ulser kolitis. Namun, perlu diingat bahawa orang yang mengalami masalah pundi hempedu tidak digalakkan untuk mengambil kunyit kerana ia boleh menyebabkan keadaan tertambah teruk.
Dalam satu kajian pada tahun 1989, ubat supplement yang diperbuat daripada kunyit memberikan kesan yang efektif dalam menangani masalah pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
Kunyit boleh bertindak sebagai satu penyahtoksik untuk hati. Secara umum, hati menyahtoksik darah dengan menghasilkan enzim dan kunyit boleh membantu perbentukan enzim tersebut. Pada masa yang sama, kunyit juga boleh membantu peredaran darah di dalam badan. Semua ini akan membantu kesihatan dan kestabilan
fungsi hati.
Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai curcumin yang memainkan peranan yang penting kepada kesihatan jantung.
Pada tahun 2012, satu kajian telah dibuat ke atas 121 pesakit di mana separuh daripada mereka mengambil kapsul curcumin dan separauh lagi mengambil pil placebo.
Berdasarkan laporan Reuters, 30% orang yang mengambil pil placebo mengalami sakit jantung manakala hanya 13% bagi yang mengambil kapsul curcumin.
Bagaimana ini berlaku?
Hal ini kerana anti-oksida dan anti-radang yang terdapat di dalam curcumin memainkan peranan utama dalam mengurangkan kadar sakit jantung sebanyak 65% (kepada yang mengambil kapsul curcumin).
Selain menjaga kesihatan kardiovaskular, curmumin juga boleh memainkan peranan ke atas emosi seseorang yang mengambilnya.
Curcumin dan kunyit mempunyai sejarah yang baik dalam mengatasi masalah kemurungan. Dalam satu kajian, 60 pesakit diletakkan di dalam 3 kumpulan. Dan setiap kumpulan diberi:
Selepas 6 minggu kajian, curcumin boleh memberikan kesan setanding dengan prozac. Kumpulan 3, yang mengambil kedua-duanya mempunyai prestasi yang paling baik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan tersebut.
Berdasarkan kajian ini, curcumin boleh bertindak sebagai satu antidepresan yang sangat hebat. Selain mengganggu emosi, kemurungan juga boleh melemahkan otak dalam mempelajari dan ingatan (memori).
Dengan mengambil curcumin/kunyit anda boleh mengelak daripada perkara ini berlaku. Tambahan lagi, terdapat kajian lain yang mendapati bahawa pengambilan kunyit boleh meningkatkan kadar neurotransmitter serotin dan dopamine dalam otak.
SUMBER : MRTENGKUASMADI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki mana yang tak tertarik dengan wanita yang cantik dan pandai jaga kesihatan dan badan kan. Tidak ramai sebenarnya golongan wanita yang melibatkan diri dalam bidang sukan jika dibandingkan dengan lelaki. Dan selalunya masyarakat akan kaitkan wanita yang menceburi dan aktif dengan sukan ini sebagai wanita kasar, tomboy dan tak menarik?
Tapi jangan tak tahu, ramai je wanita cantik dan gojes yang aktif dalam bidang sukan ini. Ini 8 atlet wanita Malaysia yang bukan saja cantik tapi juga mempunyai ramai pengikut di Instagram.Ini buktinya walaupun bersukan mereka masih boleh tampil anggun dan bergaya ketika bersukan. Cair terus hati abang-abang sado semua!
Kami senaraikan 9 atlet wanita kebangsaan yang paling cantik dan ramai pengikut di Instagram.
Baru saja berusia 23 tahun, atlet gimnastik negara ini bukan sahaja cantik malah seorang yang berbakat besar dan sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Orangnya kecil molek tapi sangat tangkas dalam sukan badminton. Wanita cantik berusia 27 tahun ini bersama rakan sepasukannya Vivian Hoo Kah Mun, kini berada di tangga ke 13 ranking dunia.
3. NUR IZWANI AZMAN
Dengan rupa paras yang cantik dan berambut panjang, pasti ramai tidak menyangka bahawa wanita ini merupakan penjaga gol bola sepak wanita Malaysia. Mesti ramai lelaki stalk lepas ni.
Atlet terjun kebangsaan ini memang cukup cantik. Setiap kali acara terjun mesti ramai yang akan melihat aksi hebat wanita berusia 32 tahun ini.
Atlet boling kebangsaan ini buatkan ramai lelaki terpikat dengan raut wajahnya. Gadis berusia 26 tahun bukan saja cantik malah cukup hebat menjatuhkan semua pin.
Atlet lompat jauh dan lompat kijang negara berlesung pipit ini sentiasa menjadi perhatian. Mana taknya, orangnya tinggi lampai dan wajahnya cukup manis.
Pemain bola sepak Malaysia kecil molek ini memang cukup comel. Raut wajahnya seperti baby face memang menjadi perhatian di kalangan peminat bola sepak. Walaupun orangnya kecil dan comel, tapi sangat lincah di padang.
Berusia 28 tahun, merupakan seorang pemain badminton Malaysian dalam acara beregu. Beliau berganding dengan Chan Peng Soon pernah menduduki Kedudukan Dunia BWF No. 3 di acara beregu campuran.
Jangan terkejut kalau kami beritahu bahawa atlet olahraga yang pernah mewakili negara dalam acara 4×400 meter ini merupakan antara finalis Miss Universe Malaysia 2017. Padanlah dia mendapat perhatian semasa sukan SEA 2017 lalu kerana ramai yang cair dengan penampilannya yang cantik dan tinggi lampai walaupun tengah berpeluh di balapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegiatan menghidu gam bukan sesuatu yang asing lagi. Fenomena ketagihan kesan khayal bahan terbabit sekian lama menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja, terutama pelajar sekolah!
Antara faktor menyebabkan golongan itu memilih menghidu gam kerana harganya murah serta mudah didapati di pasaran. Kegiatan tidak sihat itu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari segi mental dan jasmani. Antara bahan kimia berbahaya terkandung di dalam gam adalah Toluene. Kebiasaannya, Toluene digunakan sebagai pelarut dalam industri penghasilan cat, bahan kimia, getah dan penghasilan produk farmaseutikal.
Bahan kimia itu menyebabkan kerosakan sistem saraf dan organ penting di dalam tubuh sekiranya terdedah secara berlebihan melalui sistem pernafasan. Antara kesan negatif Toluene terhadap sistem saraf adalah menyebabkan gejala halusinasi, khayalan, pening, kekeliruan, sakit kepala dan pengsan. Sekiranya aktiviti menghidu gam dilakukan berterusan, kesan lebih serius terhadap sistem saraf seperti neuropsychosis, kerosakan sel otak, sawan, koma, kerosakan sistem saraf, penurunan keupayaan kognitif, buta, dan kehilangan pendengaran.
Selain itu, aktiviti menghidu gam juga mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan jantung dan sistem pengaliran darah. Ia boleh mengganggu fungsi jantung normal apabila jantung menjadi tidak sekata. Sebelum ini, dilaporkan ada kes kematian mengejut gara-gara menghidu gam. Kesan buruk bahan itu terhadap paru-paru pula termasuk sesak nafas, asfiksia iaitu keadaan tubuh tidak mendapat oksigen mencukupi, kecederaan dan keradangan paru-paru.
Antara kesan buruk terhadap sistem pencernaan ialah sakit perut, loya, muntah dan muntah berdarah. Selain itu ia menyebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Seperti yang dapat kita lihat, aktiviti menghidu gam memberikan impak negatif sangat besar bagi individu terbabit. Generasi muda adalah golongan berharga yang akan menerajui kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang