Siapa tak kenal dengan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, bintang filem aksi box office dan atlet gusti WWE yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.
Bintang filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’, ‘Skyscrapper’ dan ‘Fast & Furious’ ini juga dikenali sebagai seorang family man yang sangat baik hati terhadap keluarganya. Di sebalik fizikalnya yang sasa dan kadangkala nampak bengis namun The Rock sebenarnya memiliki hati yang cukup baik.
Pada pertengahan tahun lalu, The Rock telah mengejutkan stuntman yang sentiasa memainkan body double untuk filemnya dengan menghadiahkan sebuah trak pikap. Video tersebut juga telah tular di laman media sosial menyaksikan kedua-dua mereka sama-sama gembira mengalirkan air mata.
Kejutan untuk ibunya juga buanlah satu perkara baru kerana The Rock pernah menghadiahkan sebuah kereta pada tahun 2015 semperna Hari Ibu.
Dan untuk Tahun Baru 2019, The Rock sekali lagi melakukan kejutan istimewa kali ini kepada ibunya tang tercinta. Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, The Rock memuat naik video ibunya membaca kad ucapan tahun baru. Menerusi kad tersebut The Rock memberitahu ibunya bahawa dia akan membelikan rumah baru.
Menerusi video dengan kapsyen panjang lebar itu The Rock berkongsi cerita bagaimana dia sekeluarga hidup di dalam apartmen kecil dan sentiasa berpindah-randah di seluruh Amerika Syarikat. Menurutnya lagi rumah pertama yang didiami oleh kedua ibu bapanya dibeli pada tahun 1999 olehnya.
Ads
Jelas The Rock lagi, menggembirakan hati ibunya merupakan misi paling penting dalam hidup
Namun selepas perceraian mereka 5 tahun kemudian banyak perkar menjadi semakin sulit. Sejak dari itu The Rock berazam untuk membuat kedua ibu bapanya mendapat yang terbaik sahaja. Jelasnya lagi, ibunya menjadi cemrin kepada keperibadiannya. Seorang anak yang baik datang daripada ibu bapa yang baik.
Kejutan The Rock ini turut menyentuh hati ramai netizen. Rata-rata memuji The Rock dan ibunya yang dianggap telah membesarkan seorang anak yang hebat. Malah ramai juga yang menjadikan The Rock sebagai inspirasi untuk mereka sama-sama melakukan yang terbaik kepada kedua ibu bapa masing-masing.
The Rock, you’re the man!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa kajian menunjukkan bukti saintifik misai kucing digunakan dalam rawatan batu buah pinggang dan gout. Gangguan larutan asid urik juga boleh mencetuskan pembentukan batu karang. Plants dipanggil orthosiphon stamineus latin didakwa boleh merangsang buah pinggang untuk mengeluarkan air kencing dan mengeluarkan natrium yang berlebihan dan ion lain dari tubuh dengan air kencing. Dalam eksperimen ke atas tikus, misai kucing juga dipercayai dapat mengurangkan tahap asid urik.
Daun sudu
Kajian di Malaysia terhadap sebatian terpenoid dari ekstrak tumbuhan sudu daun dalam tiub ujian mengesyaki sebatian ini mampu untuk menghalang pembentukan dan kesan saiz kristal kalsium oxalate. Ini kristal biasanya dijumpai sebagai batu ramuan buah pinggang asas. , Plantago utama sudu daun atau disyaki didapati lebih baik untuk menghalang pembentukan dan mempengaruhi saiz kristal berbanding zyloric dan kalium sitrat. Tetapi kajian lanjut mengenai keberkesanan sebatian terpenoid dari ekstrak tumbuhan sudu daun pada pesakit dengan batu karang dan ujian klinikal langsung kepada manusia lagi yang perlu dilakukan.
Tanjung
Dalam satu kajian di India yang dijalankan ke atas tikus dirangsang untuk membentuk batu dalam buah pinggang, ekstrak alkohol tumbuhan atau tanjung Bunga Tanjung didakwa boleh mengurangkan dengan ketara pembentukan batu karang dengan mengurangkan tahap kreatinin, asid urik dan urea dalam darah.
Meniran hijau
Di Brazil, kajian eksperimen menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan hijau meniran dianggap menghalang atau mengganggu pembentukan batu di banyak peringkat, termasuk pengagregatan fasa kristal (molekul gabungan kristal), pemendapan kristal dalam tiub renal saluran, pembentukan fasa struktur dan komposisi kristal, Compounds yang terkandung dalam tumbuhan ini dianggap menghalang pembentukan batuan enapan, menghalang pertumbuhan deposit kalsium, dan mengekalkan kristal sedikit terus dibongkar dalam air kencing. Tetapi semua ini masih belum dapat disahkan dengan ujian klinikal jangka panjang.
Dalam kajian yang lain di India, ekstrak tumbuhan air meniran hijau didakwa mampu melarutkan batu karang kristal sehingga 56.8% (dalam vitro (in vitro)). Ekstrak air juga dapat menghalang pengagregatan atau pembentukan kristal kalsium oxalate buah pinggang berjumlah 53,09%.
Tabangahas
Satu kajian pada tikus menunjukkan bahawa makan tumbuhan Aerva lanata pensintesis didakwa mengurangkan enzim oxalate kristal pemendapan dan membuang penanda dalam buah pinggang. Keputusan kajian yang mengesahkan bahawa tumbuhan ini boleh digunakan sebagai rawatan batu saluran kencing.
Saxifraga ligulata
Tumbuhan ini dilaporkan membantu membubarkan batu karang dan kencing antiseptik. Dalam dos yang kecil, ini ekstrak tumbuhan disyaki kesan diuretik ringan (meningkatkan pengeluaran air kencing).
Trachyspermum ammi (ajowan)
Trachyspermum ammi digunakan untuk melegakan kesakitan akibat batu karang dan batu saluran kencing. Setakat ini dalam kesusasteraan, sifat-sifat diuretik tumbuhan ini digunakan dalam pelbagai formulasi ubat-ubatan untuk merawat batu karang.
Timun
Dari hasil kajian mengenai ekstrak timun atau Cucumis sativus pada tikus boleh disimpulkan jika tumbuhan didakwa mempercepatkan proses pembubaran batu. Herba ini juga dipercayai mengurangkan pembentukan batu apabila digunakan sebagai rawatan pencegahan.
Salah satu sebab seseorang menderita batu karang adalah kekurangan air minuman. Malah, dapat menumpahkan air dan garam mineral dalam air kencing menyebabkan pembentukan kristal pepejal atau batu karang. Sesungguhnya batu karang boleh dirawat secara perubatan atau dengan mengambil batu karang ubat. Anda boleh cuba menggunakan herba batu ubat buah pinggang di atas. Walau bagaimanapun, pelbagai jenis batu perubatan herba masih memerlukan bukti saintifik dan penyelidikan lanjut. Jadi, daripada mengubati, mari kita mencegah batu karang dengan meminum banyak air
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda apabila perkataan ‘tembakau’ disebut? MASKULIN percaya rata-rata daripada anda sebagai pembaca kami akan terus memikirkan tentang produk rokok.
Dan anda secara umumnya pasti sudah tahu akan kemudaratan yang dibawa oleh rokok terhadap kesihatan. Buat anda yang mungkin masih keliru atau tidak tahu, rokok yang melalui proses pembakaran akan menghasilkan debu, asap dan bau.
Asap rokok mengandungi lebih daripada 6,000 jenis bahan kimia yang mana lebih daripada 100 daripadanya telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya kepada individu. Bahan kimia beracun ini biasanya dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan merokok.
Tapi mungkin anda tertanya-tanya pula, bagaimana dengan TAR?
Pertama sekali anda perlu faham dan tahu bahawa TAR yang dimaksudkan di sini tidak ada kaitan dengan bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya. Tetapi ia merujuk kepada ukuran sisa zarah bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok tersebut. Apabila wap air dan nikotin telah bebas dikeluarkan daripada asap rokok maka apa yang ditinggalkan itu adalah sisa tembakau yang dikenali sebagai TAR.
Jadi apa yang berbahaya sebenarnya adalah asap rokok kerana asap rokok mengandungi lebih bahan kimia seperti yang MASKULIN nyatakan di atas yang amat memudaratkan dan boleh menjadi punca atau penyebab.
Dan bukanlah nikotin walaupun ia boleh menyebabkan ketagihan! Ramai beranggapan bahawa nikotin menjadi punca penyakit berbahaya namun, nikotin bukanlah sebab utama penyakit berkaitan merokok. Ia cuma menyebabkan ketagihan. Walhal ia merupakan sejenis bahan semula jadi yang terdapat bukan sahaja pada tembakau malah tumbuhan lain seperti terung, tomato dan juga ubi kentang.
Seringkali apabila seseorang yang merokok mengidap penyakit yang berkaitan dengan merokok, ramai yang akan menyalahkan perokok tersebut. Walaupun tabiat merokok memang tabiat yang teruk dan amat membahayakan, namun bagi seorang perokok tidak senang sekali untuk berhenti.
Jadi apakah alternatif yang ada buat mereka?
Menurut VP Perniagaan Baharu dan Ketua Staf PMI, Dr. Patrick Picavet, beliau berkata “Cara terbaik untuk seorang perokok ialah berhenti merokok sepenuhnya. Malangnya, itu bukan realitinya. Realitinya adalah orang ramai masih akan berterusan dengan amalan merokok dan oleh itu, anda memerlukan alternatif yang kurang berbahaya jika anda ingin mengurangkan risiko individu serta kemudaratan populasi umum.
Di sinilah pentingnya kita sebagai pengguna yang bijak untuk tahu bahawa terdapat perbezaan di antara mekanisme pembakaran dan pemanasan. Tidak dinafikan berhenti merokok merupakan kaedah yang paling tepat dan selamat untuk mengelakkan diri berdepan dari risiko penyakit kronik. Namun dalam pada masa yang sama terdapat alternatif yang boleh diambil oleh mereka yang tidak mahu berhenti merokok.
Menerusi prinsip Tobacco Harm Reduction (THR) atau Pengurangan Kemudaratan Tembakau, ia boleh membantu perokok yang tidak boleh atau tidak mahu berhenti merokok di mana mereka kini diberikan pilihan yang lebih baik untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan seperti rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Products, HTP).
Bercakap tentang produk tembakau yang dipanaskan, ia sebenarnya menggunakan kaedah memanaskan tembakau dimana ia tidak menghasilkan abu atau asap.
Dengan kaedah pemanasan ini, tahap bahan kimia yang berbahaya secara tidak langsung dapat dikurangkan secara signifikan. Inisiatif atau pendekatan ini boleh menjadi alternatif yang baik buat mereka yang ingin membebaskan diri dari belenggu penggunaan rokok.
Sementara itu, e-cig, atau rokok elektronik pula memanaskan cecair yang mengandungi nikotin, perisa dan bahan kimia lain. Walaupun bebas asap, kemudaratan e-cig atau vape juga tertakluk kepada bahan yang digunakan dalam cecair yang digunakan.
Apapun, paling baik adalah untuk seseorang berhenti merokok sepenuhnya. Pilihan alternatif seperti HTP dan vape boleh menjadi langkah terbaik buat mereka berdepan kesukaran untuk berhenti merokok dan dalam masa yang sama mengurangkan kemudaratan seperti yang dibawa oleh rokok biasa.
Mereka yang masih bergantung kepada penggunaan nikotin pastinya boleh menarik nafas lega dengan alternatif seperti ini di mana ia mampu menyumbang manfaat dalam kehidupan seorang lelaki terutamanya dalam hubungan sosial bersama keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat secara amnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Panduan pemberian nafkah ini bukan hanya untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab anda sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan anda.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46)
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah)
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
Kredit : Umi Amirah Indra
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang