Lucu apabila melihat ‘love birds’ Priyanka dan Nick ketika di rumah anak yatim St. Catherine’s Home for Orphans semalam. Priyanka Chopra yang sudah hampir 12 tahun bersama dengan anak-anak yatim di Mumbai tersebut, turut berkongsi rasa gembiranya ketika hadir bersama tunang tercinta Nick Jonas. Menerusi laman Instagram Priyanka, satu rakaman telah dibuat ketika Nick menyanyikan lagu buat anak-anak yatim dan Priyanka sendiri.
Sabtu lalu, aktres Bollywood Priyanka Chopra telah mengumumkan bahawa dirinya telah bertukar status sebagai tunangan orang bersama Nick Jonas penyanyi dan pelakon Hollywood itu. Menerusi laman Instagram mereka berdua, masing-masing meraikan momen-momen indah di Mumbai, India bersama sahabat dan keluarga terdekat dalam majlis yang penuh dengan adat dan budaya di India.
Ads
Terdahulu, Nick dan Priyanka dikaitkan dengan gosip dimana mereka berdua sedang bercinta apabila mereka dilihat berjalan bersama di karpet merah ketika menghadiri malam gala Ralph Lauren pada tahun 2017 lalu. Namun, Priyanka menafikan gosip tersebut dan menyatakan bahawa dirinya dan Nick Jonas hanya sekadar “kawan biasa.”
Ramai yang memberi Feedback menerusi Twitter dan Instagram meluahkan rasa gembira mereka apabila pasangan ini meangkah ke satu fasa yang lebih serius. Walaupun mendapat sedikit perhatian daripada netizen mengenai jarak usia mereka yang begitu berbeza, namun tidak dinafikan pasangan ini kelihatan begitu comel dan serasi ketika bersama.
Coach Inc, jenama fesyen terkemuka dari New York telah membuka butik terbaru mereka di Genting Skyavenue. Butik tersebut direka dengan pengayaan mewah dan menyediakan sudut kraf untuk servis kulit dan monogramming.
Butik Coach Genting Skyavenue ini berkeluasan 2,1002 kaki persegi direka khas oleh Pengarah Kreatif Jurulatih Stuart Vevers dengan kerjasama William Sofield, pereka dan presiden Studio Sofield. Menampilkan konsep moden yang mewah bersama kontras barangan mewah. Gaya butik ini juga diinspirasikan dari kota raya New York. Warna kayu-kayuan dan perabot kurun pertengahan menambah lagi eleman elegan dan aura sofistikated.
Menariknya lagi, bahagian pakaian wanita dan lelaki diasingkan mengikut kategori. Bilik wanita diletakkan bersama pimtu dinding diinspirasikan dari Coach House di New York. Manakala untuk para lelaki dipaparkan skrin AV dengan koleksi terkini Coach dan susunan kasut mengikut musim semasa.
Lokasi : Lot T2A-15 & 16, Level 2 Sky Avenue, Genting Highlands, 69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia
Waktu Operasi : 10.00am to 10.00pm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pabila berbicara mengenai dunia muzik hari ini, pelbagai perkara mahupun insiden berlaku dalam dunia muzik hari ini. Apatah lagi jika kita fokus kepada peringkat global, begitu banyak senario berlaku yang menjadikan dunia muzik hari ini lebih menarik. Sama ada pendatang baru mahupun mengenai sesuatu anugerah, semuanya dilihat sebagai titik tolak dalam menjadikan industri muzik lebih hidup!
AURA ADELE & KELAHIRAN 25
Kehadirannya dalam industri muzik memberi satu fenomena baru dalam industri muzik sedunia. Kemenangannya membawa pulang enam trofi termasuk dua anugerah utama, Lagu Terbaik juga Album Terbaik pada Grammy Awards 2015 lalu, membuktikan Adele ini penyanyi yang berkualiti. Baik dari segi nyanyian, penciptaan lagu mahupun penulisan lirik. Kali ini, kemunculan Adele bersama album ketiganya, 25 sekali lagi menjadi fenomena besar dalam industri muzik global. Kejayaan album itu meraih kutipan lebih dari 8 juta di U.S dilihat sebagai kemenangan besar dalam karier seninya. Pihak media di sana melaporkan bahawa kejayaan album 25 ini adalah yang paling terbaik selepas tahun 2011 di mana menyaksikan penyanyi Usher menerima kutipan sebanyak 10.3 juta pada tahun 2004.
INSIDEN TAYLOR SWIFT & KANYE WEST
Barangkali insiden yang berlaku di MTV Music Music Awards 2009 adalah di antara momen yang tidak mudah dilupakan bagi pencinta muzik. Riuh-rendah seketika di saat Kanye West memotong ucapan Taylor Swift yang menerima anugerah Best Female Video menerusi lagu You Belong With Me pada ketika itu.
“”Yo Taylor, I’m really happy for you, I’ll let you finish, but Beyoncé has one of the best videos of all time. One of the best videos of all time!” – Kanye West
Kejayaan Taylor yang mengalahkan diva popular, Beyonce menerusi video muzik Single Ladies (Put a Ring On It) menyebabkan Kanye berasa tidak puas hati lalu bertindak secara melulu. Pelbagai kritikan yang diterima oleh Kanye terhadap perbuatannya itu. Namun, pada anugerah Grammy 2016, menyaksikan Taylor Swift mengungguli anugerah Album Terbaik menersi album 1989. Dalam ucapan kemenangannya, Taylor sempat memberi sindiran kepada Kanye yang berlaku tidak adil kepada diri dan juga kejayaannya.
“As the first woman to win album of the year twice, I want to say to all the young women out there, there are going to be people along the way who will try to undercut your success or take credit for your accomplishments or you fame,”- Taylor Swift
SELAMAT TINGGAL DAVID BOWIE
Kehilangannya dirasai buat peminat muzik rock&roll. Siapa sangka, penyanyi berkaliber ini menghabiskan riwayat hidupnya pada usia 69 tahun akibat kanser. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Life on Mars ini menjadikan dunia muzik sepi seketika. Trademak corak kilat berwarna serta album Ziggy Stardustnya itu akan senantiasa menjadi titik tolak dalam menjadikan genre rock&roll mahupun glam rock sebagai genre yang menarik dan harus didengar oleh setiap lapisan masyarakat.
KEHADIRAN SAM SMITH
Stay With Me, Lay Me Down dan I’m Not The Only One merupakan taruhan utama buat penyanyi yang berasal dari negara Britain ini. Sama seperti Adele, kejayaan meraih 4 anugerah termasuk dua anugerah utama, Rekod Terbaik serta Lagu Terbaik pada anugerah Grammy 2014 menjadikan Sam seorang artis baru yang harus diberi perhatian. Setiap penulisan lagunya dicoret berdasarkan apa yang terjadi pada dirinya. Pernah dikecam di saat Sam memberi kenyataan di mana dirinya seorang gay, tidak pernah mematahkan semangat dirinya untuk berjaya. Hari ini, orang ramai menjadikan muziknya sebagai inspirasi untuk sentiasa percaya pada diri.
PERANG LAGU MARIAH CAREY & EMINEM
Ingat lagi lagu Obsessed dari diva terkenal Mariah Carey? Bagaimana pula dengan lagu The Warning dari kumpulan Eminem. Perbalahan kedua nama besar dalam dunia muzik menjadi perhatian ramai orang suatu ketika. Setiap lirik yang dibait dalam lagu The Warning jelas ia ditujukan kepada Mariah. Berbaur negatif, lagu itu mendapat kritikan dari sesetengah pihak. Masih tidak berpuas hati pada perkahwinan Mariah bersama Nick Cannon, Eminem menghasilkan lagu bertajuk Bagpipes from Baghdad, sindiran kepada Nick Cannon kerana memiliki Mariah. Hasilnya, Mariah pula membalas dengan lagu Obsessed. Apa yang menariknya, video muziknya menarik perhatian ramai apabila Mariah sendiri berpakaian lelaki seolah-olah menyerupai Eminem dalam video tersebut. Barangkali, isu ini men jadi antara isu terhangat dalam industri muzik dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bercakap tentang denim ia merupakan salah satu bentuk material yang memang tak dapat dipisahkan dengan golongan lelaki.
Material denim yang tahan lasak, selesa serta membawa imej maskulin telah berjaya merentasi pelbagai era serta gaya selama berdekad-dekad lamanya.
Jika suatu ketika dahulu industri penghasilan jeans dipelopori pelbagai jenama dari Amerika Syarikat dan Jepun. Namun kini anak tempatan juga telah mampu berdiri sama tinggi dan bermegah dengan rekaan jenama sendiri.
Bagi anda pengikut trend denim pastinya pernah mengikuti tentang kisah 3 orang anak muda dari Besut melahirkan jenama jeans mereka sendiri dikenali sebagai Raw Denim House. Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin bersama abangnya Ahmad Syukri Kamarudin dan rakanya, Muhamad Aidil Akhyar pada suatu ketika tular dengan rekaan jeans berkualiti tinggi jenama mereka.
Lambang ‘cakar ayam’ sebagai tanda jenama di poket belakang jeans mencerminkan mitos tempatan yang menceritakan bagaimana Besut menjadi satu daerah di negeri Terengganu, seiring dengan usaha berterusan untuk mengekalkan identiti asal yang menerapkan falsafah hidup anak-anak kelahiran Besut dalam hasil karya tempahan khas mereka.
“Saya memang berminat tentang jeans lebih-lebih lagi aspek artisan dalam pembuatan jeans.Kami memberi tumpuan mengekalkan keaslian mencipta jeans dengan menggunakan mesin klasik dari tahun 1940-an.
“Kami melihat usaha ini sebagai satu bentuk seni di mana setiap hasil kerja yang kami cipta adalah unik dan lain daripada yang lain dan kami mahu mengekalkan nilai artisan dalam pembuatan jeans,” ujar Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, pengasas RDH yang baru-baru ini menerima ‘Anugerah Tokoh OKU Negeri Terengganu’sempena perayaan Maal Hijrah lalu.
Mereka juga merupakan antara usahawan yang turut diberikan bantuan oleh ILTIZAM bagi menambah baik proses serta mencari jalan mengembangkan perniagaan. Menerusi program dimainkan oleh ILTIZAM, jenama Raw Denim House boleh dikembangkan ke peringkat lebih tinggi lagi.
“Pada permulaan kerjasama tersebut, ILTIZAM EMP menggunakan peralatan program untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh RDH. Berasaskan maklumat tersebut, ILTIZAM telah memulakan inisiatif untuk menambah baik proses perniagaan, pemasangan sistem kewangan dan membina laman web e-dagang interaktif untuk jeans tempahan ‘made-tomeasure’ untuk RDH.
“Kami sasarkan untuk sempurnakannya menjelang akhir tahun ini. Matlamat kami adalah untuk memastikan inisiatif-inisiatif ini akan menambah baik operasi dalaman RDH dan juga meningkatkan daya tarikan pasaran jenama dan produk mereka,” kata Hizwani Hassan, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).
Jeans tempahan khas RDH dijual pada harga RM450 dan ke atas dan tempahan boleh dibuat menerusi laman Facebook, Instagram, talian mudah alih 013-580 5351 atau di studio RDH di Lot 373, Aras 2, Jalan Dato’ Haji Hussin, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu.
Dalam pada itu, ILTIZAM juga mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang bertekad mahu mengembangkan perniagaan mereka dan menyertai ILTIZAM EMP. Pemohon yang berminat
boleh memohon untuk menyertai program menerusi e-mel di csr@ekuinas.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.