COVID-19 bukan lagi isu serantau. Ia adalah pandemik yang menjadi isu keselamatan kesihatan utama yang melanda global. Sejak ia mula muncul di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu pelbagai pihak telah muncul bagi membantu memerangi penularan wabak ini.
Walaupun cuba dihalang namun dengan kepesatan pergerakan manusia secara global telah menyaksikan satu dunia berdepan masalah ini. Selain pihak kerajaan serta kerjasama antarabangsa antara pihak yang boleh memainkan peranan besar adalah syarikat-syarikat gergasi dunia.
Ketika China dilanda virus ini, Nike merupakan antara jenama pertama yang melindungi pekerjanya dengan menutup kesemua operasi. Dan kini Nike telah tampil ke hadapan untuk memainkan peranan mereka yang memiliki kepakara dalam bidang penghasilan pelbagai jenis produk pakaian dan kelengkapan diri.
Ads
Terbaru Nike dilaporkan sedang menghasilkan prototaip pelindung muka yang merupakan sebahagian daripada personal protective equipment (PPE) yang digunakan oleh doktor dan petugas kesihatan untuk merawat pesakit COVID-19.
Pelindung muka ini sangat penting untuk melindungi petugas kesihatan setiap hari.
Memetik laporan Business Insider, CEO Nike, John Donahoe mengumumkan perkara tersebut menerusi persidangan video Selasa lali. Jelasnya, Nike sedang menghasilkan prototaip dengan kerjasama daripada petugas kesihatan dari Oregon Health & Science University (OHSU).
“Nike perlu memainkan peranan untuk membantu petugas kesihatan. Buat masa sekarang pasukan kami dengan kerjasama pasukan dari OHSU sedang melakukan yang terbaik bagi menghasilkan pelindung muka dan peralatan PPE yang lain,” jelasnya lagi.
Ads
Terdahulu pada awal bulan ini John Donahue dan isterinya, Eilen serta beberapa bekas eksekutif Nike telah turut serta menyumbangkan sebanyak USD7 bilion kepada OHSU bagi membantu membanteras wabak ini.
Dalam pada masa yang sama, sebuah lagi jenama terkenal dari Amerika Syarikat iaitu New Balance turut mengambil langkah yang lebih kurang sama. Kilang-kilang mereka telah diarahkan untuk menghasilkan dan menghantar topeng muka kepada hospital komuniti.
Semoga lebih banyak jenama dan syarikat gergasi mengambil langkah yang sama bagi membantu pihak kerajaan negara masing-masing memerangi COVID-19.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jerawat satu hal, bila jerawat dah surut tinggal pula parutnya yang hitam dan mengerikan. Masalah ni pasti menjatuhkan keyakinan seorang lelaki yang maskulin ketika berdepan dikhalayak ramai. Jom kita lihat perkongsian oleh saudara Hery Rozular di laman Facebook miliknya antara tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan parut jerawat dan mencerahkan kulit mengunakan bahan semulajadi.
“ Betik ni buah yg terkenal dgn sumber beta-carotene yg penuh dgn enzim yg bagus utk kulit kita. Enzim dlm betik ni boleh melambatkan proses terjadinya kedutan kat muka n lawan jugak radikal bebas yang boleh rosakkan kulit kita.
Enzim dipanggil “papain”, sejenis enzim yg boleh cerahkan kulit n pudarkan jugak parut jerawat tauu. Bukan tu jgk, dgn mengamalkan betik ni secara konsisten boleh buat kulit muka kita lagi lembut !
Gabungan antara madu yg terkenal dengan boleh lembapkan kulit n rawat jerawat, dan lemon yg jgk berfungsi utk pudarkan parut jerawat, kecilkn pori, cerahkan kulit pendek kata mask ni memang sesuai sangaaat kpd sesapa yg nak cerahkan kulit, rawat sunburn, nak lembapkan kulit, and pudarkan parut jerawat uols tuuu.
Segala bahan2 dan cara nak buat mask simple n cukup2 powerrr ni saya dah attachkan di bawah, cukup2 jimat kalau malas nak beli mask yang jenis sheet boleh pakai sekali tu, tapi ni siap boleh share ngan mak, adik, eh semua lah selamat mencuba dan jangan lupa share
Bahan-bahannya:
2 sudu besar madu
Setengah biji lemon
Sedikit betik. Betik masak yaaa.
Caranya : Boleh lihat langkah-langkah gambar di bawah.
Sumber : Facebook Hery Rozular
Sumber : Facebook Hery Rozular
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan orang, biasanya dalam kalangan wanita lebih senang tertarik kepada tawaran atau potongan harga pada kedai-kedai atau gerai-gerai semasa membeli belah – membawa kepada masalah berbelanja lebih ke atas benda yang tidak diperlukan.
Artikel ringkas kali ini adalah untuk memberikan sedikit cadangan bagaimana untuk mengawal diri semasa membeli belah, lantas mengelakkan anda daripada menjadi seorang shopaholic.
Jauhi Kedai
Biasanya, semasa membeli belah anda akan melalui beberapa kedai atau gerai yang menjual pakaian, kasut atau apa-apa yang boleh menarik minat anda untuk membeli. Mulai hari ini, cuba endahkan gerai-gerai ini, terutama untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.
Elak Terikat Kepada Jenama
Terlalu terikat kepada jenama mungkin memakan diri dalam jangka masa yang lama, kerana biasanya barangan yang berjenama popular sedikit mahal. Oleh itu, apabila membeli belah, cuba elakkan daripada terlalu terikat kepada brand yang anda suka (terutama jika anda sedang berjimat) untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.
Teliti Dengan Harga
Jika anda ingin membeli sesuatu, yang anda sudah tahu ianya mahal, cuba ingat kembali betapa susahnya untuk mendapatkan sejumlah wang tersebut. Jika anda rasakan mendapatkan wang itu sukar, maka adalah terbaik sekiranya anda membeli barang yang sedikit murah.
Kawal Diri Sendiri
Anda sudah ketagih membeli sesuatu yang baru. Cara untuk mengatasi ketagihan ini adalah dengan mengawal diri dan nafsu. Selain itu, anda juga boleh pergi membeli belah dengan rakan, agar mereka boleh mengawal diri anda daripada membeli sesuatu yang tidak perlu.
kalau anda ingin mengetahui bagaimana untuk mengatur kewangan dengan lebih efektif, kami mencadangkan anda membaca buku “Bajet Wang” karya Khairulnahar Jamaluddin. Anda boleh dapatkan buku ini di BookCafe dengan harga RM39.90 sahaja.
Kesimpulan
Mengawal diri semasa membeli belah merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan sedikit disiplin dan ketekunan. Yakinlah bahawa dengan sedikit pengorbanan tersebut, anda akan bersyukur pada kemudian hari.
Harap artikel ini membantu anda dalam berjimat semasa membeli belah.
sumber: panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagaimana seorang lelaki, anda sudah semestinya terdedah dengan cara mencuci muka dengan seketul sabun (yang juga menjadi sabun badan) dan mengelapnya dengan tuala. Selesai sudah!
Namun, dengan kaedah dan cara-cara yang tepat, anda boleh memiliki kulit muka yang sihat dan licin. Langkah-langkah tersebut bukanlah sesuatu yang menyusahkan, cuma perlukan dedikasi yang betul-betul.
Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
Harap entri ini boleh membantu anda dan jadi lebih maskulin!
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat.
Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari.
Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian.
Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Sekiranya kulit anda mudah kering, maka pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin.
Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda.
Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang.
Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering.
Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan.
Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur.
Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya.
Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.