Kejadian itu berlaku di sebuah gedung elektronik di China dan berjaya dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang berdekatan. Kalau korang nak beli telefon pintar jangan berini buat hal macam lelaki ini.
Seorang lelaki yang nekad menggigit bateri telefon pintar jenama iPhone hanya untuk mengesahkan ketulenan aksesori peranti berkenaan. Pada mulanya dia dilihat sedang berdiri di kabinet kaca kiosk jualan sebelum secara tiba-tiba memasukkan bateri tersebut ke dalam mulut, lalu menggigitnya.
Tonton Video Bateri Telefon Meletup Selepas Digigit
Menurut Taiwan News, lelaki berkenaan mahu menukar bateri telefon pintar iPhone miliknya yang sudah rosak kemudian bertindak sedemikian, sebelum letupan kecil sepantas kilat berlaku tanpa diduga namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Ads
Pihak berkuasa masih lagi menyiasat sama ada letupan itu adalah disebabkan bateri yang dijual tersebut sememangnya palsu mahupun ia terjadi kerana tindak balas gigitan yang dilakukan lelaki tersebut.
Ads
Sumber: Apple
Ads
Beberapa bulan sudah, syarikat Apple di Korea Selatan terpalit dengan isu yang melibatkan pengeluaran iPhone tidak berkualiti apabila kebanyakan pengguna mengadu sistem operasi dalam telefon pintar jenama itu tidak berfungsi dengan baik disebabkan bateri. Sejurus itu, syarikat gergasi peranti berkenaan menawarkan penukaran bateri pada harga rendah sekitar RM115 iaitu jauh lebih murah daripada servis penukaran biasa.
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini telah berlangsung satu acara yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat aktiviti larian iaitu ‘The Music Run by CIMB’.
Acara larian disaluti alunan muzik ini merupakan edisinya yang ketiga dan dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ia bukan sekadar acara biasa kerana hadir sebagai sebuah perayaan meraikan kegembiraan, muzik dan kecergasan. Kira-kira 17,000 peserta dari segenap lapisan masyarakat telah berkumpul untuk merasai pengalaman larian 5km yang unik, bertemakan “Live the Beat”, di mana muzik menjadi pemandu semangat mereka.
Diberi julukan ‘Asia’s Fittest Party’, acara meriah ini turut menyaksikan kehadiran penghibur antarabangsa seperti Sam Withers dan artis terkenal termasuk BLINK, The Filters, dan EMO NIGHT KL.
Mereka semua berpadu suara dalam pesta muzik yang memukau, membawa suasana penuh semangat dan kegembiraan.
Di bawah pengurusan Fresh Events Asia, The Music Run telah menjadi salah satu acara paling dinanti di Asia, dengan pengikut yang semakin bertambah sejak dekad yang lalu.
Acara ini bukan saja tentang larian dan muzik; ia juga menekankan pengalaman unik yang selamat, tanpa alkohol, mesra alam, dan menyeronokkan dengan moto ‘More Fun. Less Waste’.
Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan CIMB Group, berbangga dengan kerjasama ini. “MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA”, CIMB komited pada kelestarian dan gaya hidup sihat.
Toni juga menambah bahawa CIMB akan mengimbangi pelepasan karbon selama acara dengan bantuan YTL-SV Carbon, sebagai langkah ke arah acara yang lebih mampan.
Manakala, Jeff Ross dari Fresh Events Asia pula menekankan kejayaan The Music Run sebagai bukti pengaruh muzik dan kecergasan dalam menyatukan komuniti. Acara ini bukan saja sekadar hiburan, tetapi juga inspirasi untuk perubahan positif.
Sejak mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 2014, The Music Run telah berkembang dari segi populariti. Acara ini telah menarik lebih dari 300,000 peserta dalam 40 acara di 13 negara, menjadi simbolik gaya hidup aktif dan menyatukan orang ramai dari pelbagai latar belakang.
Dengan kejayaan edisi ke-9, The Music Run bukan saja menggabungkan muzik dan kecergasan, tetapi juga membawa harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Ia adalah bukti bahawa apabila bersatu, kita boleh merealisasikan impian dan mencapai lebih jauh bersama-sama. The Music Run, lebih dari sekadar larian, ia adalah perayaan kehidupan yang dinamik dan penuh warna!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pedro Pascal bukan lagi nama asing dalam dunia perfileman. Dari peranannya sebagai Oberyn Martell dalam Game of Thrones, kepada wataknya sebagai Din Djarin/The Mandalorian dalam siri Star Wars.
Pedro Pascal telah membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelakon biasa. Karismanya, kebolehannya membawa watak dengan penuh emosi, dan kehadiran yang kuat di layar menjadikannya antara pelakon paling berpengaruh hari ini.
Sebelum ini, Pascal memikat hati peminat dengan peranannya dalam Narcos sebagai agen DEA Javier Peña, mempersembahkan kecekapan serta ketegangan dalam kisah dunia kartel dadah.
Sementara itu, peranannya dalam The Last of Us sebagai Joel membawa dimensi emosi yang lebih mendalam, menjadikannya bintang yang boleh membawa naratif yang kompleks dan berat.
Kini, Pascal bersedia untuk menggalas satu lagi peranan epik – Reed Richards/Mister Fantastic dalam The Fantastic Four: First Steps.
Bersiap sedia untuk satu lagi letupan aksi dalam dunia sinematik Marvel! “The Fantastic Four: First Steps” akhirnya memperlihatkan teaser rasmi yang menjanjikan pengalaman luar biasa dengan sentuhan retro-futuristik.
Ini bukan sekadar kisah adiwira biasa, tetapi sebuah pengembaraan penuh epik yang bakal menggugah imaginasi generasi baharu peminat filem komik.
Selain Pascal sebagai Mister Fantastic, naskhah terbaru ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal membawakan watak-watak ikonik The Fantastic Four:
Bukan itu sahaja, ancaman besar turut diperkenalkan dengan kemunculan semula makhluk kosmik paling digeruni, Galactus yang dilakonkan oleh Ralph Ineson, bersama-sama Silver Surfer (Julia Garner) yang tampil dengan watak lebih kompleks dan menarik.
Berbeza dengan adaptasi sebelumnya, “The Fantastic Four: First Steps” menampilkan latar masa yang berinspirasikan era 1960-an, memberi penghormatan kepada zaman asal komik ini mula diperkenalkan.
Bayangkan suasana dunia yang dipenuhi elemen retro-futuristik dengan teknologi canggih yang masih mengekalkan estetika klasik.
Daripada babak awal teaser, kita dapat melihat bagaimana keluarga adiwira ini bersatu untuk melindungi dunia mereka daripada ancaman luar biasa. Interaksi mereka penuh dinamika, menampilkan hubungan keluarga yang rapat serta semangat perjuangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika anda peminat sejati komik Marvel, pasti tahu bahawa Galactus bukan ancaman biasa. Dalam teaser ini, sosoknya yang gergasi serta aura menggerunkan memberikan gambaran betapa besarnya cabaran yang bakal dihadapi oleh The Fantastic Four.
Kehadiran Silver Surfer pula menambahkan elemen misteri – adakah dia sekadar hamba kepada Galactus atau akan beralih arah untuk membantu pasukan ini?
Marvel Studios telah belajar daripada kesilapan filem terdahulu dan kali ini mereka tampil dengan sesuatu yang segar dan lebih menepati citarasa peminat.
Dengan pengarahan oleh Matt Shakman, filem ini bukan sekadar reboot biasa, tetapi satu penghormatan kepada legasi The Fantastic Four dengan sentuhan sinematik yang lebih berani.
Bersiap sedia untuk menyaksikan The Fantastic Four dalam versi paling autentik dan epik yang pernah dihasilkan! “The Fantastic Four: First Steps” bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Julai 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Acap kali namanya dilaung dan mengungguli pertandingan bina badan yang kini menjadi aktiviti kecergasan memupuk budaya sihat di kalangan lelaki sejati. Bukan kerana ingin meraih populariti dan hadiah lumayan semata, tetapi hasratnya adalah untuk menjadi inspirasi kepada lelaki muda di luar agar meletakkan kecergasan tubuh badan di tahap teratas. Razeaf atau lebih dikenali sebagai Cash Razak di arena bina badan tempatan berkongsi rahsia penjagaan tubuh badannya dengan Maskulin.
MASKULIN : DEFINISI KECERGASAN BAGI ANDA?
Kecergasan bukan sekadar memiliki tubuh yang sasa atau pinggul yang cantik tetapi mempunyai kecergasan fizikal untuk melakukan sesuatu kerja atau aktiviti. Kecergasan tubuh badan bukan sahaja membolehkan kita menyelesaikan tugasan harian dengan lebih aktif, malah ia akan meningkatkan lagi tahap keyakinan kita pada sesuatu tugasan yang dilakukan.
MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Abang-abang saya sendiri dan minat mereka terhadap sukan yang dipupuk sejak muda lagi. Impak dorongan itu saya mula terlibat secara aktif di dalam sukan ini sejak di bangku sekolah lagi. Saya juga didorong oleh ramai jurulatih yang berkaliber dan mementingkan kecergasan fizikal.
MASKULIN : RUTIN KECERGASAN YANG SERING DILAKUKAN?
Saya amat mementingkan disiplin, diet yang sesuai untuk badan, kardio dan abs workout (sekurang kurangnya 3 kali seminggu), melakukan workout pada setiap tubuh badan sekurang kurangnya 1 kali seminggu dan rehat yang mencukupi.
MASKULIN : APAKAH SASARAN ANDA?
Saya berharap suatu hari nanti saya boleh menjadi contoh yang baik dan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda. Ini kerana kecerdasan minda datangnya daripada kecergasan tubuh badan dan pemakanan yang seimbang.
MASKULIN : TIP
Bagi yang ingin menjinakkan diri dalam bidang kecergasan, disiplin diri, diet yang sesuai, pelajari cara senaman yang betul dan tingkatkan pengetahuan dari buku, majalah, Internet dan contohi ikon bina badan negara yang lebih berpengalaman seperti Osman Yahya dan Sazali Samad.
MASKULIN : APABILA WANITA LEBIH PERKASA?
Tidak tercabar, malah saya sungguh hormat dan kagum dengan disiplin dan kesungguhan mereka dalam bidang ini. Ternyata fizikal mereka lebih susah untuk dibina berbanding lelaki.
MASKULIN : GIM ATAU WANITA?
Gim
MASKULIN : LAMBAKAN PERTANDINGAN BINA BADAN, ADAKAH IA SATU YANG POSITIF?
Ia sangat positif kerana dapat memupuk semangat lelaki Malaysia untuk lebih menjaga tubuh badan dan penampilan mereka. Pada abad ini, ‘kecantikan’ adalah untuk semua.
GAMBAR : INSTAGRAM CASH RAZAK
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.