Apakah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda apabila perkataan ‘tembakau’ disebut? MASKULIN percaya rata-rata daripada anda sebagai pembaca kami akan terus memikirkan tentang produk rokok.
Dan anda secara umumnya pasti sudah tahu akan kemudaratan yang dibawa oleh rokok terhadap kesihatan. Buat anda yang mungkin masih keliru atau tidak tahu, rokok yang melalui proses pembakaran akan menghasilkan debu, asap dan bau.
Asap rokok mengandungi lebih daripada 6,000 jenis bahan kimia yang mana lebih daripada 100 daripadanya telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya kepada individu. Bahan kimia beracun ini biasanya dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan merokok.
Tapi mungkin anda tertanya-tanya pula, bagaimana dengan TAR?
Pertama sekali anda perlu faham dan tahu bahawa TAR yang dimaksudkan di sini tidak ada kaitan dengan bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya. Tetapi ia merujuk kepada ukuran sisa zarah bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok tersebut. Apabila wap air dan nikotin telah bebas dikeluarkan daripada asap rokok maka apa yang ditinggalkan itu adalah sisa tembakau yang dikenali sebagai TAR.
Jadi apa yang berbahaya sebenarnya adalah asap rokok kerana asap rokok mengandungi lebih bahan kimia seperti yang MASKULIN nyatakan di atas yang amat memudaratkan dan boleh menjadi punca atau penyebab.
Dan bukanlah nikotin walaupun ia boleh menyebabkan ketagihan! Ramai beranggapan bahawa nikotin menjadi punca penyakit berbahaya namun, nikotin bukanlah sebab utama penyakit berkaitan merokok. Ia cuma menyebabkan ketagihan. Walhal ia merupakan sejenis bahan semula jadi yang terdapat bukan sahaja pada tembakau malah tumbuhan lain seperti terung, tomato dan juga ubi kentang.
Seringkali apabila seseorang yang merokok mengidap penyakit yang berkaitan dengan merokok, ramai yang akan menyalahkan perokok tersebut. Walaupun tabiat merokok memang tabiat yang teruk dan amat membahayakan, namun bagi seorang perokok tidak senang sekali untuk berhenti.
Jadi apakah alternatif yang ada buat mereka?
Menurut VP Perniagaan Baharu dan Ketua Staf PMI, Dr. Patrick Picavet, beliau berkata “Cara terbaik untuk seorang perokok ialah berhenti merokok sepenuhnya. Malangnya, itu bukan realitinya. Realitinya adalah orang ramai masih akan berterusan dengan amalan merokok dan oleh itu, anda memerlukan alternatif yang kurang berbahaya jika anda ingin mengurangkan risiko individu serta kemudaratan populasi umum.
Di sinilah pentingnya kita sebagai pengguna yang bijak untuk tahu bahawa terdapat perbezaan di antara mekanisme pembakaran dan pemanasan. Tidak dinafikan berhenti merokok merupakan kaedah yang paling tepat dan selamat untuk mengelakkan diri berdepan dari risiko penyakit kronik. Namun dalam pada masa yang sama terdapat alternatif yang boleh diambil oleh mereka yang tidak mahu berhenti merokok.
Menerusi prinsip Tobacco Harm Reduction (THR) atau Pengurangan Kemudaratan Tembakau, ia boleh membantu perokok yang tidak boleh atau tidak mahu berhenti merokok di mana mereka kini diberikan pilihan yang lebih baik untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan seperti rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Products, HTP).
Bercakap tentang produk tembakau yang dipanaskan, ia sebenarnya menggunakan kaedah memanaskan tembakau dimana ia tidak menghasilkan abu atau asap.
Dengan kaedah pemanasan ini, tahap bahan kimia yang berbahaya secara tidak langsung dapat dikurangkan secara signifikan. Inisiatif atau pendekatan ini boleh menjadi alternatif yang baik buat mereka yang ingin membebaskan diri dari belenggu penggunaan rokok.
Sementara itu, e-cig, atau rokok elektronik pula memanaskan cecair yang mengandungi nikotin, perisa dan bahan kimia lain. Walaupun bebas asap, kemudaratan e-cig atau vape juga tertakluk kepada bahan yang digunakan dalam cecair yang digunakan.
Apapun, paling baik adalah untuk seseorang berhenti merokok sepenuhnya. Pilihan alternatif seperti HTP dan vape boleh menjadi langkah terbaik buat mereka berdepan kesukaran untuk berhenti merokok dan dalam masa yang sama mengurangkan kemudaratan seperti yang dibawa oleh rokok biasa.
Mereka yang masih bergantung kepada penggunaan nikotin pastinya boleh menarik nafas lega dengan alternatif seperti ini di mana ia mampu menyumbang manfaat dalam kehidupan seorang lelaki terutamanya dalam hubungan sosial bersama keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat secara amnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI