Para lelaki perlu tahu tentang PMS dan wanita ini supaya anda tahu lebih awal dan peka tentang hal ini. Andai kata kamu kaum lelaki ada meminati mana-mana perempuan, ingatlah benda ni. Walaupun ada sesetengah perempuan nampak comel lote happy go lucky, jangan lupa perempuan tu pun ada dark side dia jugak yang mana … yaaa, emosional tu. Perempuan nak cuba nyorokkan part emosional dia tu, sebab kadang-kadang emosional ni jadi agen ‘penjauh’ hubungan lelaki dan perempuan. Siapa suka perempuan emosional sangat, kan?
Lelaki kena bersedialah untuk hadapinya. Hidup ni bukan indah semata-mata haha.PMS adalah sebahagian daripada perempuan. Tanda-tanda dia mungkin berbeza bagi setiap individu tapi ia tetap berlaku. Tak nafikan perempuan ni memang emosional, tapi individu itu berbeza. Perempuan cuba faham lelaki dan lelaki cuba faham perempuan. Dan perempuan sebenarnya, tak minta pun untuk jadi emosional.
Apa ITU PMS?
PMS? Shortform untuk Pre-Menstrual Syndrome. Nampak perkataan ‘mestrual’ tu, semestinya tentang perempuan dan lelaki kena tahu. Kenapa lelaki kena tahu??? Perempuan yang alaminya, bukan lelaki! Jadi, artikel ini serba sedikit mahu menjawab kenapa perempuan kadang-kadang emosi tak bertempat, tiba-tiba naik angin ke dan mungkin tempias tu kena pada lelaki.
Dalam dunia ni, ada dua jantina sahaja. Lelaki dan perempuan. Jadi, mungkin juga lebih baik kalau lelaki membaca artikel ini untuk memahami serba sedikit tentang perempuan. Alamak, pasal perempuan ke? Haha, lelaki nanti kahwin dengan perempuan jugak kan? Nanti hadaplah perangai dia masa tengah PMS.
Perempuan dan Menstruasi
Of course semua perempuan akan menstruasi. Sesama perempuan, kami hanya panggil ‘period’ atau ‘datang bulan’ atau ‘haid’. Secara normalnya, semua perempuan akan menstruasi konsisten secara bulanan. Cuma dalam kes-kes tertentu, ada yang tak datang haid secara bulanan. Secara sosial, yaa, perempuan malu nak share pasal ‘haid’ kepada lelaki. Sebab..? Sebab ….? Hmm, malu lah kot.
Ads
Haid, ia tentang pendarahan yang berlaku kepada perempuan. Tak adalah kronik macam accident tu, tapi kami kehilangan darah semasa ni. Jadi, ketika kehilangan darah tu, wujudlah kesan-kesan sampingan seperti penat, pucat, selera makan meningkat/menurun dan malas layan orang.
Dan apa pulak PMS?
Seperti yang dinyatakan di atas, PMS adalah Pre-Menstrual Syndrome yang mana berlaku kepada perempuan sebelum haid (1-2 minggu ke beberapa hari sebelum haid) atau semasa haid. Dan syndrome dia sangat BANYAK. Basically, syndrome yang berlaku ni ..
Ads
”bukan sesuatu yang perempuan nak dan perempuan pun tak pernah mintak yang dia nak jadi emosional atau dia nak jadi pemarah tapi akibat perubahan hormon yang berlaku di dalam diri, kami tak boleh ubah atau control apa yang berlaku secara total.
Perubahan emosi itu berlaku secara natural di dalam badan perempuan secara bulanan.
Tanda-tanda perempuan mengalami PMS, walaupun banyak tanda, tapi akan ada satu tanda yang dominan dan beberapa yang lain akan ikut.
Ini antara tanda-tanda semasa perempuan mengalami PMS:
Ads
Sakit belakang/pinggang. – Tiba-tiba lenguh, hm.
Pening kepala – Denyut-denyut kepala sampai ke malam.
Penat – Kami perlukan air dan supplement iron banyak-banyak.
Emosional (Ni banyak cabang)
Depress/ Sensitif – Kalau kena marah sikit, malam tu basahlah bantal tidur.
Kerisauan
Moodswing – Semalam happy sangat, pastu hari ni alahai, sedih sangat pulak. Entah kenapa. Tengok video kucing comel pun ‘banjir’. Berikan perhatian lebih sikit kepada isteri/anak supaya dia menjadi lebih ceria.
Marah – Naik angin tu macam, “Kau lebih baik jangan cari pasal dengan aku.”. Dalam hati tu kerja nak marah. Faham-faham je lah masa ni. Jangan ambil hati sangat.
Nafsu makan menurun/naik – Eh, tak kenyang lagi? Bukan dah makan ke tadi? Esok-esok dia complain dia rasa dah gemuk. Better masa ni, jangan bagi perempuan makan banyak dan ingat-ingatkanlah dia supaya control nafsu makan.
Craving – Haa, craving. Tiba-tiba nak makan benda pelik-pelik tu. Hm, lebih baik cari jugak makanan tu. Ada sesetengah orang teringin benda masam-masam, kejap-kejap nak makanan yang dia pun tak biasa makan.
Berat badan naik – Ada kaitan dengan bloating
Tumbuh jerawat 🙁 – Masa ni buat tak perasan je jerawat dia.
Cramp perut atau senggugut – Sakit sangat! Buat air panas, beli hot paket untuk tuam pada perutnya.
Bloating
Bloating ni panjang sikit explanation dia. Secara natural nya, perempuanlah yang mengandungkan anak dan badan dia bersedia untuk menampung bayi. Pada hari ke-14, berlaku ovulasi di dalam ovari perempuan yang mana, kalau berlaku persenyawaan antara sperma dan ovum, badan dia akan tahan air supaya cukup air untuk kandungan dan sebagainya. Jadi, perut perempuan akan buncit sedikit dari biasa dan juga muka nya akan tembam sikit akibat penahanan air.
Sekiranya tidak berlaku persenyawaan, maka di situ berlakulah perubahan hormon yang sangat mendadak di antara progesterone dan estrogen. Bila hormon tak balance, kami jadi bad mood tiba-tiba. Hormon yang control bahagian emosi seperti kegembiraan dan kesedihan pun dalam keadaan yang tak terkawal.
Perempuan dan Emosional
Kadang-kadang kami (perempuan) ni pun tak tahu nak kawal macam mana. Tapi bila ada tanda-tanda macam ni, kami tahu lah kami akan haid dalam masa terdekat. Kami emosi jugaa tapi tak tahulah nak explain macam mana. Sometimes perempuan ni nampak macam cool je, nampak lek lek je, haa tanya sikit member-member rapat dia. Dorang tahu full story celoteh perempuan yang PMS ni. Kadang-kadang PMS ni berlaku jadi lebih teruk sebab kami (perempuan) semasa haid, tak boleh menunaikan solat. Jadi, apa yang berlaku, tentulah jiwa kacau sedikit sebab kurang berzikir, baca Al-Quran pun tak, dan pengaruh syaitan tu banyak. Sebab tu, memang banyak pesanan supaya berzikir ketika ini.
Sumber : IIUMC
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lee Min Ho dinobatkan aktor Korea paling popular selama 12 tahun berturut-turut. Sejak kemunculannya sebagai Goo Jun Pyo dalam drama bersiri Boys Over Flowers pada tahun 2009, nama Lee Min Ho semakin melonjak naik bukan sahaja di Korea Selatan, malah turut dikenali di peringkat antarabangsa.
Lee Min Ho Dinobatkan Aktor Korea Paling Popular Selama 12 Tahun Berturut-turut
Kini, bintang utama dalam drama terbaru When the Stars Gossip (2025) ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai salah seorang aktor Korea yang paling digemari masyarakat dunia.
Terbaharu, Lee Min Ho sekali lagi dinobatkan sebagai aktor Korea paling popular. Satu pencapaian cemerlang yang telah dikecapinya selama 12 tahun berturut-turut.
Menurut laporan dari Sportskeeda, pengiktirafan ini berdasarkan hasil tinjauan 2025 Global Hallyu Survey yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea.
Tinjauan tersebut menilai tahap penglibatan global terhadap kandungan budaya Korea. Ia dijalankan antara 29 November hingga 27 Disember 2024 dan melibatkan seramai 26,400 responden dari 28 buah negara. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 7 April 2025.
Lee Min Ho berjaya meraih tempat pertama dengan 7.0% jumlah undian, sekali gus menarik perhatian peminat dari seluruh Asia, Amerika Utara, Eropah, hingga ke Timur Tengah. Ini membuktikan daya tarikan global yang dimilikinya masih kukuh dan relevan.
Antara selebriti Korea lain yang turut tersenarai ialah Gong Yoo dan Song Hye Kyo, yang masing-masing menerima 2.4% undian daripada para responden.
Buat para peminat Lee Min Ho, anda kini boleh menyaksikan projek lakonan terbarunya When the Stars Gossip (2025) di platform penstriman Netflix. Jangan lupa nantikan karya-karya lain beliau yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia!
Masalah tumit kaki merekah ini terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Walaupun masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum perempuan. Biasanya tumit kaki merekah ini tidak bukanlah masalah yang serius tetapi boleh mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada kita. Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius akan masalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain buat mereka seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka. Bagi yang perempuan pula, mereka biasanya lebih mengambil serius masalah kaki merekah kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.
Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.
Dibawah ini adalah beberapa petua tips cara merawat tumit kaki merekah atau pecah:-
Minum air banyak-banyak, kekurangan air boleh menjadikan kulit cepat kering dan merekah.
Mengawal berat badan, berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada kaki kita dan menjadi salah satu punca tumit kaki merekah
Menggunakan kasut atau selipar yang sesuai, selesa dipakai dan tidak ketat
Menggunakan stokin ketika menggunakan kasut
Sapukan getah betik di tumit kaki dan gosok perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering sebelum anda cuci dengan air.
Kisar buah avocado hingga hancur dan sapukan & gosokan pada tumit kaki yang merekah atau pecah. Biarkan sehingga kering sebelum cuci dengan air bersih.
Menggunakan asam keping yang dimasukan ke dalam besen yang diisi dengan air suam. Kemudian anda rendamkan sahaja kaki anda dalam besen tersebut untuk jangka masa sekitar 30minit.Cara ini juga boleh membantu menghilangkan bau kaki anda.
Sapukan minyak zaitun pada bahagian tumit kaki yang merekah setiap hari.
Gunakan nasi yang anda makan itu dan lenyekan di bahagian tumit kaki yang bermasalah.
Anda juga boleh pergi ke kedai farmasi dan membeli krim untuk merawat masalah tumit kaki merekah jika anda malas untuk gunakan cara merawat tumit kaki merekah yang disenaraikan di atas.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. Ketawa merupakan satu ekspresi dalam diri seseorang bagi meluahkan rasa bahagia, seronok dan gembira yang ingin dikongsikan.
Walau bagaimanapun, ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.
1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan
Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.
Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekali gus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.
Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia. Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.
2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda
Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu. Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.
Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda. Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.
3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan
Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan. Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara. Ia juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.
Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.
4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik
Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah.Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi. Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.
Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.