Rambut yang tumbuh subur adalah impian semua orang, rambut bukan sahaja mahkota perempuan, malah bagi sesetengah lelaki ia juga sebenarnya lambing kesuburan lelaki.
Pasti anda inginkan rambut yang tumbuh dengan sihat bukan? Begini caranya untuk lebatkan rambut dengan mengunakan air rebusan daun Jambu Batu;
Bahan-bahan:
Ambil 1 gengam daun Jambu Batu yang masih segar
1 liter air
Botol jenis spray yang telah dibersihkan.
.
Cara-caranya:
Rebus daun Jambu Batu dengan menggunakan air bersih selama 20 minit.
Tunggu sehingga sejuk, kemudian masukan air ke dalam botol.
Ketika mandi, keramas rambut dengan syampo seperti biasa lalu bilas dengan air bersih.
Apabila rambut dalam keadaan setengah kering, semburkan air daun Jambu Batu ke rambut dan kulit kepala.
Diamkan selama dua jam kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk dan bersih.
.
.
.
Sumber: Doctor_Online.id
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rambut gugur dan kelemumur memang merunsingkan kerana jika tidak dirawat dengan cepat boleh mengakibatkan rambut makin nipis dan botak.
Tidak dinafikan banyak produk untuk mengatasi masalah rambut dijual di pasaran namun ada ketikanya kita keliru yang mana elok untuk digunakan.
Mendapat keizinanan dari sumber asal, Shehnaz Khan, MASKULIN kongsikan posting beliau tentang lima produk yang disarankan untuk anda yang berdepan dengan masalah rambut.
Walaupun produk yang disarankannya ini agak mahal namun ia bagus untuk mengelakkan rambut makin gugur dan berkelemumur.
Semoga perkongsiannya ini dapat membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.
Saja nak share siapa ada rambut gugur dan kelemumur tu boleh lah try ni ye. Mahal sikit tapi bagus 🙂 sebab She perasan mak ayah adik2 semua tegur rambut She lebat panjang cantik even hari2 gugur. Pelik kan. Tapi yang gugur banyak tapi tapi tapi anak rambut banyak sangat tumbuh.
Ha banyak kau tapi tapi hahahaha. Rambut gugur tu normal tapi kalau kurang dari 50 helai lah kalau lebih tu memang masalah. Tapi camne nak kira lak sehelai2? Hahahha test pakai tangan. Rasa2 segenggam gugur kulit kepala dah nampak and mula botak, ketahuilah awak dah ada masalah kulit kepala.
Rambut gugur disebabkan oleh kulit kepala kelemumur, berminyak, kering dan pemakanan. She share setiap detail di gambar 🥰
Ok lah semoga bermanfaat 🥰
Antara produk yang digunakannya:
1. Seborin Aktiv Hair Tonic Schwarzkopf
Tonik untuk kuatkan akar rambut dan khas untuk rambut nipis dan gugur. Dia bukan spray. So korang nak jimat korang beli botol spray kat MR DIY atau kedai RM2. Then spray kat kulit kepala. Sambil spray tu gsok2. 1 botol Seborin RM50. Jangan terkejut ye boleh pakai sampai 3, 4 bulan. Pakai setiap hari. Bau ubat biasalah.
2. Shampoo Alpecin
Untuk rambut gugur dan kuatkan akar rambut. Bau macam ais mentol. Pakai shampu ni biar 2, 3 minit then bilas. Lepas kau bilas kau akan rasa rambut kau kejung keras sikit. Normal sebab shampu ni tak ada paraben, sls. So kena pakai conditioner atau hair mask. Harga kat Watson RM34. Ni kalau lelaki pakai boleh lah tahan sebulan. Aku pakai 2 3 minggu habis. Tapi best ye sejuk je kat kepala best 😍
3. Hair Tonic Seborin
Tapi ni khas untuk kelumumur. Pakai ni kat tempat kelumumur. Seriusly ye recommmend. Bagus nak arwah. Hahahhaa. Harga RM50. Nak jimat letak dalam botol spray kang kau tonggang kat rambut habis basah rambut kau.
4. Hair Mask Keratin Smooth
Korang kalau buat treatment keratin kasi elokkan rambut rosak beratus ye. Kau beli ni je RM35 pakai semingu 3 kali je. Aku tak ada pakai conditioner sebab conditioner akan buat rambut cepat gugur.
Cara pakai, lepas shampu pakai alpacin tu, sapu benda ni dari tengah rambut sampai hujung. Biar 5-10 minit. Lepas tu bilas. Lembut gile and wangi.
5. L’Oreal Elseve Extraordinary Oil
Ni paling aku suka. Banyak2 hair oil, aku cube semua berminyak. Yang ni sumpah bagus gile kau letaklah banýak mana tetap rambut kau lembut gila bapak. Menyesal aku tak beli dulu. Ada 4, 5 jenis. Aku amik yang ni. Untuk all hair types. Kenapa aku amik L’Oreal? Sebab dia punya minyak tu light and meresap. Recommend for those ada masalah rambut kering, warna dan rambut kejung. Pakai 2, 3 titis kat tapak tangan then ratakan dari tengah rambut sampai hujung.
Ya, Malaysia bukanlah sebuah negara empat musim. Negara kita merupakan negara beriklim tropika yang sepanjang tahun kalau tak panas muncul pula hujan.
Berbeza dengan negara empat musim negara kita mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Jadi inilah antara faktor yang memainkan peranan cukup penting untuk anda sebagai lelaki memilih minyak wangi yang sesuai.
Minyak wangi juga menjadi antara pilihan utama untuk dihadiahkan kepada lelaki. Jadi buat pembaca wanita MASKULIN, mungkin senarai ini boleh anda jadikan sebagai rujukan untuk hantaran atau hadiah hari jadi terbaik untuk pasangan.
1. GUCCI GUILTY ABSOLUTE
Sentuhan bauan daripada elemen kuit dan flora semula jadi menjadi esen utama minyak wangi dari jenama GUCCI ini. Pilihan terbaik buat lelaki yang ingin tampil yakin.
2. CREED AVENTUS COLOGNE
Jenama CREED dikenali ramai dengan karakter baunya yang ada kick dan maskulin. Kini dengan campuran bau buahan limau mandarin dan halia, ia menjadi satu elemen lebih unik.
3. ACQUA DI PARMA
Pilihan buat lelaki yang ingin tampil dengan karakter lain daripada yang lain. Buat penggemar bauan mempunyai elemen oren inilah jawapannya!
4. AESOP TACIT EDP
Bayangkan bauan yang berelemen bersih, tajam serta mempunyai sedikit sentuhan aroma rempah dan siturs. Sempurna menjadi pelengkap gaya elegan di musim panas.
5. JO MALONE MYRRH & TONKA COLOGNE INTENSE
Jenama JO MALONE biasanya terkenal sebagai pengeluar minyak wangi wanita. Namun ia kini turut memperkenalkan produk untuk lelaki dan tidak kurang hebatnya.
6. L’EAU D’ISSEY POUR HOMME ISSEY MIYAKE
Jenama yang mungkin cukup dikenali oleh semua orang. Dikeluarkan untuk kegunaan lelaki dan wanita, ini merupakan pilihan bijak untuk lelaki yang ingin sesuatu lebih ringkas namun berkesan.
7. TOM FORD NEROLI PORTOFINO
Tampil dengan aroma gabungan bauan lemon, levander dan oren, ia mampu menyerlahkan sisi segar seorang lelaki.
8. DUNHILL ICON ABSOLUTE
Walaupun baunya agak keras namun wangian dari Dunhill ini mempunyai lapisan bau yang cukup unik. Pilihan terbaik buat lelaki yang seharian sibuk di luar dan dalam pejabat.
9. LOUIS VUITTON OMBRE NOMADE
Jenama yang lebih sinonom dengan produk beg premium ini turut mempunyai seleski minyak wangi menarik seperti Ombre Homade. Dihasilkan dengan sentuhan bauan rasberi dan geranium ia memberikan satu gabungan yang unik.
10. GIVENCY GENTLEMEN
Buat lelaki moden yang ingin masih mahukan sentuhan tradisi. Wangian ini saratd engan aroma sitrus yang membawa haruman mesra di setiap hidung orang sekeliling.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.