Image by jcomp on Freepik

Kita bakal meninggalkan tahun 2023 yang berlaku mungkin bagi anda agak pantas. Dan di penghujung tahun seperti inilah anda mula memikirkan apakah resolusi yang ditetapkan pada awal tahun dahulu sudah dicapai atau tidak.

Usah risau dan gundah dengan perkara yang lalu. Apa yang penting ialah kita terus bergerak ke hadapan. Bagi sesetengah orang menetapkan azam tahun baharu adalah perkara agak klise.

Namun, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada perubahan yang anda ingin lakukan.

Panduan Tetapkan Sasaran Turunkan Berat Badan Sebanyak 10 Kilogram Bermula Tahun Baharu
Image by jcomp on Freepik

Salah satu resolusi tahun baru yang cukup popular ialah menurunkan berat abadan atau mendapatkan berat badan yang ideal. Buat anda yang mungkin sedikit terlebih berat badan menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram merupakan satu impian.

Jadi ayuh bersempena ketibaan Tahun Baharu 2024 kita melangkah positif ke arah kesihatan yang lebih baik. Ingat, perjalanan ini memerlukan komitmen, disiplin dan pemahaman tentang cara-cara yang berkesan.

Berikut MASKULIN kongsikan bagaimana sasaran menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram bermula awal tahun baharu boleh anda realisasikan.

Fahami Keperluan Kalori

Langkah pertama adalah memahami keperluan kalori harian anda. Pengurangan kalori adalah kunci untuk penurunan berat badan.

IKLAN

Gunakan kalkulator BMR (Basal Metabolic Rate) untuk menentukan jumlah kalori yang anda perlukan setiap hari untuk mengekalkan berat badan semasa. Kurangkan angka ini dengan 500-1000 kalori untuk mencipta defisit kalori.

Panduan Tetapkan Sasaran Turunkan Berat Badan Sebanyak 10 Kilogram Bermula Tahun Baharu
Image by Freepik

Rancangan Diet Seimbang

Pemilihan makanan yang seimbang sangat penting. Fokus pada makanan yang kaya nutrien seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak sihat. Elakkan makanan yang diproses, tinggi gula, dan tinggi lemak tepu.

Rutin Senaman Konsisten

Senaman adalah komponen penting dalam menurunkan berat badan. Gabungkan latihan kardiovaskular, latihan kekuatan, dan latihan fleksibiliti. Berkomitmen pada sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobik sederhana atau 75 minit aktiviti aerobik berintensiti tinggi setiap minggu, bersama dua hari latihan kekuatan.

Panduan Tetapkan Sasaran Turunkan Berat Badan Sebanyak 10 Kilogram Bermula Tahun Baharu

IKLAN

Tetapkan Sasaran Realistik

Menetapkan sasaran yang realistik adalah penting. Sasaran penurunan berat badan 0.5 hingga 1 kilogram seminggu adalah realistik dan sihat. Ingat, penurunan berat badan yang perlahan dan konsisten lebih cenderung untuk kekal.

Monitor Kemajuan Anda

Gunakan alat seperti aplikasi penjejak makanan, jurnal atau timbangan untuk memonitor kemajuan anda. Ini akan membantu anda menyesuaikan rancangan diet dan senaman anda jika perlu.

Bersedia Hadapi Cabaran

Pada perjalanan ini, anda mungkin menghadapi cabaran seperti kemerosotan motivasi atau platou penurunan berat badan. Penting untuk tetap positif dan mencari sokongan daripada rakan, keluarga, atau profesional kesihatan.

IKLAN

Menetapkan sasaran untuk menurunkan 10 kilogram pada tahun baru adalah perjalanan yang memerlukan perancangan, kesabaran, dan ketekunan.

Dengan pendekatan yang tepat, anda boleh mencapai sasaran anda dan menikmati manfaat kesihatan jangka panjang. Percayalah ia boleh dilakukan dan tidak mustahil!

Semoga perkongsiaan ini memberikan manfaat untuk anda!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI