
Beruntunglah sekiranya anda penggemar masakan tomyam. Ini kerana menurut kajian, masakan tomyam yang menggunakan bahan-bahan asli dan kurang MSG boleh menghalang serta mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.
Perkara ini telah dikongsikan Dr Suri Roowi dalam Facebooknya berkenaan temu bualnya bersama Radio IKIMfm.
Khasiat Tomyam (Yang Dibuat Guna Sumber-Sumber Asli)
Terima kasih kerana tolong ‘share’kan
Moga info ini bermanfaat kepada semua
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Video temu bual Dr Suri Roowi dengan Radio IKIMfm.
Khasiat Tomyam (Yang Dibuat Guna Sumber-Sumber Asli)Terima kasih kerana tolong 'share'kanMoga info ini bermanfaat kepada semua#DrSuriRoowiPrincipal Scientist
Posted by Dr Suri Roowi on Saturday, 9 June 2018
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tomyam. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa bahan-bahan dalam tomyam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan menghalang pertumbuhan kanser berbanding dengan makanan-makanan yang lain.
Malah menurut Dr Suri Roowi lagi, siapa yang rajin makan tomyam akan lebih rendah risiko kanser usus besar dengan syarat tom yam menggunakan sumber-sumber asli seperti limau purut, serai dan sebagainya termasuk mengurangkan penggunaan MSG ketika memasak.
Bahan dalam tomyam yang berperanan sebagai anti-kanser
1. DAUN KETUMBAR
Sangat bagus kerana mempunyai sifat anti-oksidan, bagus untuk orang yang ada diabetik bagi mengawal gula dalam darah dan bagus untuk sesiapa yang ada masalah saraf.
2. SERAI
Hasil kajian mendapati bahan citral dalam serai bertindak sebagai anti-kanser terutamanya kanser usus besar, anser ovari dan kanser payudara.
Kajian ke atas serai pula banyak melibatkan sel di mana kita tanam sel dalam satu bekas. Kemudian ia digoncang dan dikaji dengan memasukkan minyak ke dalam sel serta nampak sel itu mati.
3. DAUN LIMAU PURUT
Kaya dengan antioksidan dan kajian terkini menunjukkan yang daun limau purut boleh bertindak sebagai anti-kanser. Ia telah dilakukan kajian ke atas tikus.
4. TEMU KUNCI
Selain menggunakan lengkuas, ada juga yang menggunakan temu kunci yang biasanya digunakan oleh orang Vietnam. Temu kunci ini bertindak sebagai anti-kanser khususnya untuk kanser pankreas.
Jika Kaki Terseliuh Jangan Lakukan 4 Perkara Ini, Salah Satunya Tuam Haba

Kecederaan kaki merupakan salah satu jenis kecederaan yang sering berlaku di kalangan lelaki. Apatah lagi ia merupakan kecederaan akibat sukan seperti bola sepak dan juga larian.
Cuba tanya diri sendiri. Apakah yang anda akan lakukan bila kaki terseliuh. MASKULIN yakin ramai yang akan cuba meredakan kesakitan dengan melakukan tuam haba ke kawasan kaki terseliuh.
Atau gunakan minyak urut panas untuk legakan kesakitan. Namun pernahkah anda terfikir dan tertanya sama ada teknik itu berkesan atau tidak membawa apa-apa keburukan kepada anda.
Namun cara yang kita lakukan selama untuk atasi kaki terseliuh itu salah kerana ia mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya anda mengalami kaki terseliuh, ini langkah segera yang sepatutnya anda buat sebagaimana yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Facebooknya.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
BACA: Elak Terkehel Masa Lari, 4 Senaman Kaki Ini Boleh Buat Betis Berotot & Lebih Kuat!
JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
3. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
5 Kaedah Masak Mi Segera Saranan Pakar Pemakanan Untuk Kurangkan Kesan Lilin & MSG!

Walaupun ramai yang tahu mi segera tidak elok dimakan, namun ia masih menjadi makanan kegemaran orang dewasa atau kanak-kanak.
Bahkan Institut Jantung Negara (IJN) juga telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak terlalu memakan mi segera kerana ia penyebab penyakit jantung terutamanya oleh serbuk perasanya (seasoning powder).
Jika anda tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari penggunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah sup selepas anda menghabiskan minya.
Bagi yang gemar makan mi segera, sila jangan abaikan peringatan ini. Pastikan anda masak mengikut cara yang betul untuk mengurangakan kesan lilin dan MSG.
BACA: Kementerian Kesihatan Malaysia Senaraikan 7 Makanan Tinggi Garam, Antaranya Mee Kari
RAMAI MASAK MI SEGERA CARA YANG SALAH
Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.
KAEDAH YANG BETUL MASAK MI SEGERA
1. Rebus mi di dalam periuk air.
2. Setelah mi dimasak, toskan mi dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.
NOTA DARIPADA PAKAR PEMAKANAN: DIETICIAN
Seandainya anda membeli mi hakka yang kosong, biasanya apa yang anda perlu buat ialah anda mendidihkan air dan merebus mi tersebut dan kemudian membuang air.
Proses ini akan melembutkan mi tetapi untuk menghalangnya daripada melekat kita perlu menambah sesudu teh minyak ke dalam air dan juga mi tersebut perlu digoreng deep fried setengah masak untuk menjadikan mi tersebut garing dan kemudian dilumur dengan tepung untuk mengelakkan mi tersebut daripada melekat semasa direbus.
Oleh itu, apabila anda membeli mi segera, ia telah melalui proses hingga tidak lagi makanan yang sihat dan ini jugalah jenis yang kami gunakan untuk membuat mi goreng dan Maggie juga dibuat dengan cara yang sama, malah ia ditambah dengan MSG / Ajinomoto dan bahan kimia lain.
Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18-24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada sebagai bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari penggunaan mi segera secara kerap.
Jika kekerapan lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG???
MSG ialah Mono Sodium Glutamate sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan secara semula jadi.
AjiNoMoto, Vedan dan lain-lain adalah jenama. Bahan yang sama iaitu MSG Racun Perasa yang ada dalam setiap makanan segera, sejuk beku atau di mana-mana gerai makanan terutamanya di kedai-kedai Masakan Thai-TomYam, 210% menggunakan MSG.
Sebab tu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak tapi selepas beberapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah-olah rasa muak tu tiada.
Kita mudah terangsang dan seolah-olah kita tak perasan ketagihan yang alami. Begitu juga dengan masakan Thai. Kita boleh makan TomYam, sup ekor, pakprit dan sebagainya dengan selera sekali.
Jenis racun @ bahan kimia yang mampu membunuh kita perlahan-lahan yang ada dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari.
1- Perasa
2- Pewarna
3- Penaik
4- Penstabil
5- Pemanis
6- Pengawet
Sila berkongsi maklumat ini dan membantu menyelamatkan nyawa.
Sumber: Viral Muafakat Johor
Rahsia Nak Turunkan Berat Badan, Caranya Minum Air Kelapa Muda Ketika Berbuka!

Sepanjang bulan puasa, pergilah mana-mana bazar mesti ada gerai yang menjual air kelapa muda. Bahkan air kelapa muda juga menjadi antara minuman terlaris dijual di kebanyakan bazar.
Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, air kelapa muda juga boleh menyegarkan tubuh badan dan membantu menjaga kesihatan tubuh. Ini kerana pada saat kita berpuasa, tubuh badan akan kehilangan vitamin dan ion.
Malah air kelapa muda menjadi antara pilihan yang terbaik untuk kita minum ketika berbuka kerana ia mampu menggantikan jumlah air yang hilang setelah berjam-jam kita berpuasa.
Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, ketika musim panas di bulan Ramadan, memanfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka puasa dapat mengembalikan suhu badan ke paras normal.
Ini antara kelebihan minum air kelapa muda saat berbuka puasa.
1. Menurunkan berat badan
Air kelapa muda mempunyai kandungan relatif rendah kalori berbanding minuman lain. Ia juga membuatkan perut kenyang lebih lama sebelum anda mengambil makanan berat lain saat berbuka puasa dan menyekat selera makan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, air kepala muda juga boleh merangsang metabolisme menjadi lebih baik. Kalau anda nak turunkan berat badan, kenalah amalkan minum air kepala muda ini setiap hari sepanjang berbuka puasa.
2. Melega dan menyejukkan perut
Air kelapa muda merupakan minuman yang sangat baik untuk meneutralkan kembung perut ketika perut kosong. Disebabkan itulah air kelapa muda menjadi antara minuman yang paling tepat diambil sewaktu berbuka bagi memberi kelegaan pada perut.
3. Kembalikan dehidrasi tubuh dengan cepat
Air kelapa muda juga memiliki kandungan elektrolit yang tinggi dan dan glukosa semula jadi yang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Ini secara tidak langsung membantu memudahkan penggantian cairan tubuh yang hilang kerana dehidrasi sepanjang berpuasa.
4. Bagus untuk pesakit diabetes
Air kelapa muda adalah antara minuman yang bagus untuk pesakit diabetes yang berpuasa. Ini kerana kandungan gulanya yang semula jadi namun tidak membuatkan insulin menjadi tinggi. Kajian dari jurnal PubMed Central mengatakan bahawa air kelapa muda mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan tubuh seara umum.
5. Menyembuhkan sakit kepala
Sakit kepala merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami ketika berpuasa. Banyak faktor berlakunya skait kepala antaranya disebabkan terlalu lapar, dehidrasi ataupun anemia. Komposisi pada otak manusia didominasi oleh cairan sehingga ketika kita kekurangan cairan maka akan menurunkan sistem kerja otak yang tentunya dapat menimbulkan sakit kepala. Jadi dengan minum air kelapa muda yang mengandungi elektrolit dan magnesium mampu mengurangkan sakit kepala yang ada ketikanya mengganggu aktiviti harian kita di bulan puasa.
6. Memudahkan penghadaman
Air kepala muda tinggi dengan kandungan serat. Ia juga membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid dalam perut.
7. Kawal tekanan darah tinggi
Air kelapa muda mempunyai kandungan potasium dan kalium telah terbukti mampu mengawal tekanan darah tinggi. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengamalkan minum air kepala muda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.
8. Turunkan kolesterol dan menyihatkan jantung
Beberapa kajian kecil pernah dilakukan ke atas tikus. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tikus yang diberi air kelapa minum dapat menurunkan paras kolesterol. Kajian juga menyebut, kesannya juga sama dengan manusia. Bagi orang yang sudah memasuki usia senja sangat penting untuk minum air kelapa muda kerana khasiatnya dapat mengurangkan tahap kolesterol sekali gsu mempengaruhi kesihatan jantung.
9. Kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh
Air kelapa muda juga mempunyai limpahan nutrisi yang sangat baik untuk metabolisme tubuh yang sedang berpuasa. Air kelapa muda mengandungi karbohidrat yang meliputi glukosa, sorbitol, sukrosa, fruktosa dan unsur-unsur mineral seperti kalsium, potasium, magnesium, sulfur, fosfor, cuprum, natrium serta banyak lagi.
10. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Minum air kelapa muda saat berbuka puasa juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin B, thiamin, vitamin C, riboflavin, asam folat dan niasin yang sangat baik dalam air kelapa muda membantu untuk proses metabolisme dan berperanan penting dalam melawan bakteria serta virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh.