Honda Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan apabila mengumumkan panggilan balik besar-besaran melibatkan 87,490 unit kenderaan.

Langkah ini diambil sebagai langkah pencegahan untuk menggantikan pam bahan api yang berpotensi mengalami kerosakan. Antara model yang terlibat termasuklah Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V, dan Odyssey.

Panggilan Balik Honda 2025: Model Accord, Civic, City & Jazz Pun Kena!

Apa Isunya?

Masalah utama yang dikenal pasti adalah pada pam bahan api yang mungkin menyebabkan kenderaan tidak dapat dihidupkan atau enjin terhenti semasa pemanduan. Selain itu, pam bahan api tekanan tinggi juga berisiko mengalami keretakan akibat penggunaan berpanjangan dan tekanan berlebihan, yang boleh menyebabkan kebocoran bahan api atau bau bahan api semasa pemanduan atau ketika enjin melahu.

Model & Tahun Pembuatan Terlibat

Antara model dan tahun pembuatan yang terlibat dalam panggilan balik ini adalah:

Ads
  • Honda Jazz

  • Honda City

  • Honda Civic

  • Honda Accord

  • Honda BR-V

  • Honda HR-V

  • Honda CR-V

  • Honda Odyssey

Jumlah keseluruhan unit yang terlibat adalah 87,490.

Langkah yang Perlu Diambil oleh Pemilik

Honda Malaysia akan menghantar surat pemberitahuan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat. Namun, pemilik juga digalakkan untuk menyemak status kenderaan mereka melalui aplikasi HondaTouch atau laman web rasmi Honda Malaysia di productrecall.honda.com.my.honda.com.my

Penggantian pam bahan api ini adalah percuma dan semua kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Stok penggantian akan disediakan secara berperingkat.

Ads

Keselamatan Anda, Keutamaan Kami

Honda Malaysia menegaskan bahawa keselamatan pelanggan adalah keutamaan utama. Walaupun tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini, langkah proaktif ini diambil untuk memastikan keselamatan semua pengguna.

BACA LAGI : Jangan Terkejut, Kereta Anda Mungkin Sarang Kuman Ini!

Ads

Hubungi Honda Malaysia

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, pemilik kenderaan boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI