Berapa jam sehari anda luangkan dalam kereta? Termasuk waktu jem. Mesti lama, kan? Kereta kita ni dah macam rumah kedua. Tapi, bersih ke tempat duduk kereta anda? Terutamanya musim hujan dan banjir sekarang ni.

Tahukah anda, kajian mendapati tempat duduk kereta lebih kotor dari tandas? Ya, kotoran dan kuman pada ‘carseat’ anda tak jauh beza dengan yang dalam tandas!

Jangan Terkejut,  Kereta Anda Mungkin Sarang Kuman Ini!

Image by senivpetro on Freepik

Pencemaran ini berkemungkinan besar berlaku apabila kondisi dalam kereta tidak dibersihkan dengan baik, terutamanya pada bahagian tempat duduk. Jika tidak dijaga rapi, pelbagai jenis kuman boleh muncul dan membiak bebas di dalam kereta anda.

Apabila anda tahu beberapa jenis kuman yang disenaraikan di bawah boleh wujud dalam kereta, pasti anda terus nak pergi basuh kereta sekarang!

Ads

SALMONELLA

Ramai gemar makan dalam kereta, mungkin kerana ingin cepat atau menjimatkan masa, terutamanya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Namun, tanpa disedari, lebihan makanan yang terjatuh di dalam kenderaan boleh menjadi punca bakteria seperti Salmonella membiak.

Kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai tahap sistem imunisasi rendah berdepan risiko tinggi jika terdedah kepadanya. Jangkitan ini biasanya boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk.

BACILLUS CEREUS

Sesetengah orang mungkin suka mengangkat kaki ke atas belakang atau di atas tempat duduk. Bayangkan jika sebelum itu anda berkaki ayam di luar dan membawa masuk kotoran tanah yang kemudiannya terjatuh ke bahagian pemegang minuman.

Malang tak berbau, kotoran itu mungkin mengandungi bakteria Bacillus cereus yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, haiwan peliharaan juga berpotensi membawa masuk bakteria ini ke dalam kenderaan anda.

Ads

E.COLI

Bayangkan pula tisu terpakai yang anda gunakan untuk lap hidung ketika memandu, kemudian ditinggalkan begitu saja dalam kereta. Ini sebenarnya boleh menyebabkan bakteria E.coli berpindah ke atas tempat duduk anda.

Seperti yang kita tahu, bakteria E.coli ini boleh membawa kepada masalah cirit-birit, dan dalam kes yang lebih serius, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Jadi, hati-hati!

BACA: Pickleball Sukan Ringan Dengan Manfaat Maksimum Buat Lelaki Moden

Ads

KULAT & FUNGI

Sisa makanan yang terjatuh di dalam kenderaan juga boleh menjadi punca utama pembiakan kulat dan fungi. Ini terutamanya jika makanan atau minuman yang basah dibiarkan terlalu lama. Walaupun risiko kesihatan umumnya tidak terlalu tinggi, ia boleh memberi kesan buruk kepada individu yang mempunyai alahan dan asma.

Jadi, bersihkanlah kenderaan anda dengan kerap, terutamanya di bahagian dalam. Jangan tangguh lagi!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI