3 daripada 10 rakyat Malaysia menderita hipertensi mengalami tekanan darah tinggi, namun hanya separuh daripada mereka sedar mereka menghidap penyakit ‘tersembunyi’ ini.
Jangan pandang remeh dengan darah tinggi! Selain pengambilan makanan dan minuman yang tidak sihat, gaya hidup anda juga memainkan peranan dalam mempengaruhi tekanan darah tinggi.
‘Pantang Larang’ Buat Orang Yang Ada Darah Tinggi Atau Borderline Case
Sekiranya anda penghidap darah tinggi atau telah memasuki borderline, pastikan anda ubah corak pemakanan dan gaya hidup kepada yang lebih sihat.
Tekanan darah tinggi tidak mengenal usia. Malah kini, ramai orang muda yang menghidap darah tinggi bukan sahaja disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat tetapi disebabkan tekanan hidup.
Untuk memastikan tekanan darah tinggi anda berada dalam keadaan normal, pastikan anda pantang senarai perkara yang dikongsi Dr Abdul Rahim ini menerusi laman Facebooknya.
Semoga perkongsian ini boleh anda praktikkan dan anda bebas daripada tekanan darah tinggi.
Apa nak pantang bila ada darah tinggi atau borderline case?
A. Ramai gang doc di luar sama sedang hadapi BORDERLINE darah tinggi. Kalau tak pantang, lepas le BORDER / sempadan le. Hihihi… Termasuk le anda dalam gang berdarah tinggi. Oleh BERPANTANG2 le dari sekarang sebelum dapat passport confirm darah tinggi.
B. Mai doc share & explain cara detail MENGAPA KITA BERPANTANG. Untuk ELAK daripada kena HYPERTENSION.
C. Anda perlu PANTANG:
Ads
1. MASIN
GARAM adalah musuh PALING BAHAYA bagi darah tinggi. Kalau le LEBIH garam/ natrium dalam diet anda, ia akan menyerap cecair ke dalam saluran darah anda lalu meningkatkan tekanan darah. Doc nasihat uoll elak daripada makanan yang diawet spt: ikan masin, ikan/ udang kering, ikan bilis, telur masin, daging diawet, sosej, daging burger, jeruk, belacan, cincaluk, budu, keju, pekasam, makan dalam tin atau frozen, mayones, kicap, sos, tauchu, dan lain-lain.
MAKA TERBAIK GUNAKAN:
a) Rempah ratus, herba, bawang putih atau merah dalam masakan anda.
b) Perah jus limau untuk ganti garam dalam masakan. Terbaik makan le makanan SEGAR & SEMULA JADI.
2. EMOSI
Doc & uoll tau hidup ni bukan selalunya indah. Ujian je dok mai. Lewat tidur, stress, susah hati, tension, ghablah dan lain-lain masaalah hidup. Allah saja yang Maha Mengetahui. Ini menyebab hormon adrenaline melambung tinggi. Maka DENYUTAN & kadar JANTUNG kita deras & saluran darah sempit. Apa lagi darah tinggi SHOOT UP le.
Ads
3. ROKOK
Ni le RACUN utama bernama NIKOTIN yang membuatkan darah anda pekat & juga merosakkan dinding saluran darah anda yang membuat, ia tersumbat lalu darah tinggi le anda.
4. EXERCISE & KELUARKAN PELUH anda yang masin tu
Ni MALAS je, peluk bantai. Bangun! Jom exercise! Tak exercise, natrium tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi le jua. Bersenam cara berkala.
5. Kekal SIHAT & CERGAS. TURUNKAN BERAT BADAN.
Kata satu kajian, kalau le perut buncit anda dapat diturunkan 1 kg, bacaan darah tinggi leh turun 1 digit.
Kurangkan makanan BERGORENG, BERLEMAK, minuman & makanan manis supaya anda badan 6 pack & ramping cam gitar & bukan tong drum. Hihihi.
Ads
Tu terbaik & darah tinggi TAK berani menghampiri & mengorat anda. Don’t worry, JODOH anda, Allah dah tentukan.
6. Awas penggemar KOPI
Sesetengah penyelidik percaya bahawa kafein menyebabkan kelenjar adrenal anda melepaskan lebih banyak adrenalin, yang menyebabkan tekanan darah anda meningkat. Kan uoll & doc ni hantu KOPI, terpaksa le cut down kopi lepas ni.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tidak dinafikan jerawat dan bulu hidung mencacatkan penampilan, namun tabiat ini dianggap sebagai kawasan segi tiga yang sangat bahaya.
Menurut doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril.
Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Kenapa anda perlu berlari seorang diri sedangkan boleh bersaing bersama rakan-rakan pelari yang lain secara virtual?
Ya, MASKULIN buat pertama kalinya dalam sejarah telah melancarkan cabaran virtual run pertama yang diberi nama MASKULIN DARE!
Jika anda tak biasa dengan virtual run, ia merupakan cabaran aktiviti larian yang boleh anda lakukan di mana. Dan anda boleh melakukan larian ini di mana-mana permukaan jalan, trail, trek atau di atas treadmill.
Menerusi cabaran larian ini adan akan bersaing dengan peserta-peserta lain mengikut jumlah jarak dan objektif yang disempurnakan. Untuk MASKULIN DARE Siri 1, kami mencabar anda sebagaipelari individu untuk berlari sejauh 50 kilometer dalam masa 40 hari!
Adakah anda rasa anda mampu lakukannya?
JOM KENALI MASKULIN DARE
Mungkin dan tertanya, apakah yang membezakan MASKULIN DARE dengan virtual run yang lain. Pertama sekali, ini merupakan penganjuran sulung virtual run oleh MASKULIN.
Sebagai sebuah jenama media lelaki sofistikated, MASKULIN merupakan antara pelopor gaya hidup lelaki di Malaysia. Semestinya penganjuran pertama ini bakal memberikan pendedahan lebih besar kepada anda sebagai peserta.
Jika segalanya berjalan lancar penganjuran ini akan dilangsungkan bukan hanya sekali tetapi terbahagi kepada empat siri yang setiap satunya mempunyai cabaran yang semakin sukar sepanjang tahun 2019.
Peserta mestilah melengkapkan butiran peribadi dan membuat pembayaran sebelum memulakan larian.
Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer.
Peserta boleh memulakan larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian dalam hanya satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.
Peserta harus melengkapkan jarak larian dan hantarkan bukti melalui snapshot bukti larian daripada apps larian daripada Strava, Garmin, RUNTASTIC atau NIKE+ sahaja (berupaya merekod jarak & masa larian).
Pengajur berhak menolak bukti larian jika mendapati terdapat penipuan atau kecurigaan pada bukti larian yang dihantar.
Penghantaran medal dan t-shirt ‘finisher’ akan dilakukan selepas tamat tempoh larian dalam tempoh 60 hari bekerja dan nombor tracking akan diberi di dalam email anda.
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
Cabutan bertuah akan dijalankan secara LIVE Facebook dan akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui sosial media penganjur.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak penganjur di maskulin@ideaktiv.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda sedar atau tidak, tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada antara mereka yang berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
Ini 4 senaman kaki yang boleh anda lakukan untuk dapatkan kaki tegap dan power.
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Selamat mencuba! Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.