Bergegar Pavilion Khamis lepas dengan fans Park BoGum. Kami dapat tahu, peminat sudah berkampung di Pavilion sejak 9 pagi walaupun majlis pelancaran bermula pada 7 malam. Fuhhh, dasyat peminat KDrama dan Kpop ni. Ini semua gara-gara Samsung menjadikan Park BoGum sebagai duta produk terbaru mereka iaitu Samsung S9 dan S9+
Park BoGum merupakan aktor Korea yang semakin meningkat naik di Asia menurusi drama hit nya ‘Love In The Moonlight’. Walaupun kemunculannya hanya setengah jam, namun peminat merasa berpuas hati dengan ‘fans service’ yang diberikan oleh Park Bogum.
Ads
Telefon pintar ini mempunyai fungsi baru iaitu super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa. Untuk mereka yang gemar ‘OOTD’ dengan seribu satu maksud, ini merupakan bayi idaman anda.
Ads
“Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di laman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi” kata KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics
Ads
Pembukaan acara petang itu diserikan oleh JinnyboyTV dan Reuben (Youtubers Malaysia) dimana mereka sempat demo kechanggihan bayi terbaru Samsung ini.
Kepada anda yang dah tak sabar nak memiliki Smart Phone ini anda boleh dapatkan Galaxy S9 dengan harga RM 32,999( 64GB) dan Galaxy 9+ dengan harga RM3,799(64GB). Malah jika anda membeli dalam masa yang terdekat ini, anda bakal mendapat diskaun dan barangan percuma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.
Tahun 2025 membawa beberapa pelbagai pelepasan cukai baharu telah diperkenalkan.
Senarai Perlepasan Cukai 2025
Berikut adalah 9 senarai pelepasan cukai individu utama dalam Belanjawan 2025 yang perlu anda ketahui:
1. Pembelian Pengecas Kenderaan Elektrik & Mesin Kompos
Pelepasan cukai sebanyak RM2,500 untuk pembelian pengecas kenderaan elektrik kekal, tetapi kini turut meliputi pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah. Tempoh pelepasan cukai ini dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.
2. Insurans Pendidikan & Kesihatan
Pelepasan cukai bagi bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000, manakala perbelanjaan perubatan kini mendapat pelepasan sehingga RM10,000.
Ini termasuk bayaran melalui insurans atau takaful dengan ciri pembayaran bersama (co-payment).
3. Caruman Skim Persaraan Swasta (PRS)
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 untuk caruman dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2030.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan rakyat menyimpan untuk persaraan.
4. Pendidikan Anak-Anak
Simpanan SSPN: Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM8,000 dan dilanjutkan selama tiga tahun lagi. Yuran Taska dan Tadika: Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 diteruskan sehingga 2027.
5. Kesihatan
Kerajaan memperluaskan pelepasan cukai untuk perbelanjaan perubatan individu, termasuk:
Ujian pengesanan penyakit seperti kanser dan penyakit kritikal lain.
Pembelian peralatan kesihatan seperti alat pemantau tekanan darah dan gula darah.
Pembelian kit ujian penyakit seperti COVID-19 dan kit ujian kanser.
6. Pemilikan Rumah Pertama
Golongan muda dan pasangan yang ingin membeli rumah pertama boleh menikmati pelepasan cukai faedah pinjaman perumahan seperti berikut:
i. RM7,000 untuk rumah berharga sehingga RM500,000.
ii. RM5,000 untuk rumah berharga antara RM500,000 hingga RM750,000.
Tempoh pelepasan cukai ini adalah selama tiga tahun berturut-turut untuk perjanjian jual beli bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.
7. Rawatan Anak Autisme
Pelepasan cukai untuk rawatan anak-anak autisme dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi memberi sokongan lebih besar kepada ibu bapa dalam menyediakan penjagaan terbaik untuk anak mereka.
8. Aktiviti Sukan & Penjagaan Warga Emas
Ibu Bapa dan Warga Emas: Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 kini meliputi kos vaksin untuk ibu bapa.
Aktiviti Sukan dan Peralatan Sukan: Pelepasan cukai sebanyak RM1,000 turut meliputi ibu bapa.
Penjagaan Warga Emas: Elaun penjagaan warga emas diberi pengecualian cukai sehingga RM3,000 setahun, termasuk untuk penjagaan anak dan datuk nenek.
9. Orang Kurang Upaya (OKU)
Individu OKU: Pelepasan cukai dinaikkan kepada RM7,000. Pasangan OKU: Pelepasan cukai tambahan dinaikkan kepada RM6,000. Anak OKU: Pelepasan cukai untuk anak OKU yang belum berkahwin dinaikkan kepada RM8,000.
Pelepasan cukai yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 adalah satu langkah penting untuk mengurangkan beban cukai, meningkatkan daya beli rakyat, dan menyediakan sokongan kewangan kepada golongan memerlukan.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat. Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Terbaru, “ThinKing” sebuah jam tangan mekanikal ternipis di dunia diperkenalkan dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram.
Reka bentuk luar biasa
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.
Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.
Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.
Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.
Lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika
Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.
Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.
Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.