Kepada anda yang sudah merancang bakal mendirikan rumah tangga tetapi masih memiliki habit yang kurang elok, adalah wajar untuk anda berusaha membuangnya jauh-jauh.
Menerusi entri ini, perkara yang ingin difokuskan adalah isu rokok. Jika anda berjaya membuang tabiat merokok, anda perlu berbangga dengan diri sendiri.
Bukan apa.. apabila anda sudah berhenti merokok, ia bukan sahaja memberikan kesihatan yang baik untuk anda malah melahirkan suasana yang positif di sekeliling anda.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk berpegang dengan 5 sebab ini kenapa anda perlu berhenti merokok jika ingin membina rumah tangga yang baik :
IKLAN
1. Menjejaskan kesihatan diri
Sudah banyak kali diberitahu, rokok boleh membahayakan kesihatan seseorang itu kerana kandungan dalam rokok itu, ada terkandung bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh dari dalam. Jika anda sudah berkahwin dan meninggal dunia akibat rokok, tidak kasihankah terhadap pasangan anda?
2. Menjejaskan kesihatan keluarga
Bayangkan anda perokok tegar dan jenis kalau tak bubuh rokok dekat bibir, satu kerja pun tak boleh jalan. Dan bayangkan pula isteri anda nanti sedang sarat hamilkan zuriat anda. Anda masih berbangga menghisap rokok dan menghembus asapnya. Apakah anda yakin asap rokok anda itu tidak dihidu oleh ibunya dan membawa ke janin? Jauhilah rokok untuk elakkan risiko anak anda lahir secara pra-matang.
IKLAN
3. Membazir
Pernah tak anda kira berapa banyak modal yang telah anda habiskan semata-mata untuk membeli rokok dalam masa sebulan? Cuba kalau nilai itu anda gunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah termasuk untuk bajet perbelanjaan majlis perkahwinan nanti. Bukankah ia mampu jadi sesuatu yang lebih bermakna?
IKLAN
4. Teladan yang kurang elok
Nanti apabila anda ada anak dan anak anda sudah besar. Kalau anda jenis kaki hisap rokok, apakah anda yakin mereka tidak terpengaruh? Lagi pun, anak-anak jenis senang kagum dengan perbuatan bapa. Kalau molek yang dipamerkan, insya’Allah jadi baiklah anak tersebut. Jika kuat hisap rokok, jangan terkejut kalau cikgu di sekolah kantoikan anak anda pula nanti.
5. Pandangan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah sebulat suara menyatakan perbuatan merokok adalah haram di sisi padangan Islam kerana ia menjejaskan kesihatan tubuh. Jadi, kalau pendapat mufti pun anda dah tak nak dengar, nak dengar cakap siapa lagi?
Mungkin sekarang bila kita kembali semula ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan demi megawal penularan wabak Covid-19, aktiviti berbasikal dilihat sekadan sedikit reda. Sebelum ini kita boleh lihat betapa banyaknya jumlah basikal terutama di hujung minggu di lokasi-lokasi popular.
Bagi mereka yang tidak aktif dalam aktiviti ini mungkin tidak tahu sebenarnya banyak sekali kelebihan dari sudut kesihatan dan kecergasan bila berbasikal.
Ingin tahu betul atau tidak betapa banyaknya kelebihan berbasikal untuk kesihatan, ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
KURANGKAN RISIKO PENYAKIT KRONIK
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
RAWAT ARTRITIS
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Terutamanya di bahagian lutut. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
BANTU TURUNKAN KADAR KOLESTROL
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
BEBASKAN TEKANAN
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Buat anda yang mungkin beginner, sebelum mulakan kayuhan sila rujuk beberapa panduan ketika melakukan latihan seperti di bawah.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout menarik seperti di bawah!
Bila usia sudah semakin meningkat gigi pun semakin jarak kedudukannya. Makanan yang tersekat di antara celah gigi sememangnya antara perkara yang cukup menjengkelkan.
Selagi ia masih melekat selagi itulah mulut kita tidak akan rasa selesa. Namun siapa sangka akibat perbuatan mencungkil gigi membuang bertih jagung terlekat di celah gigi hampir mengakibatkan seorang lelaki berdepan maut.
Seorang lelaki dikenali dengan nama Adam martin terpaksa menjalani pembedahan selama tujuh jam selepas mendapat jangkitan kuman dalam darah yang serius.
Perkara ini berlaku kerana jangkitan dalam darah selepas dia mencungkil gigi membuang bertih jagung dari celah giginya.
Bertuga sebagai seorang bomba, Adam dijangkiti endocartiditis, sejenis jangkitan memberbahaya dan boleh mengancam nyawa. Ia disebabkan oleh sejenis kuman yang terdapat pada bahagian badan seperti mulut dan ia mengalir ke dalam saluran darah seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan jantung.
Selepas diwadkan Adam berfikir panjang memikirkan apakah yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah itu berlaku. Dan saaatu-satu perkara yang dia ingat ialah kejadian dia mencungkil gigi yang telah tiga hari melekat.
Jelas Adam selepas berjaya membuangnya dia mula berasa sakit gigi namun tidak terus berjumpa doktor gigi. Namun seminggu kemudian dia diserang demam pada waktu malan, sakit kepala dan keletihan.
Selepas bertemu dengan doktor dia berasa cukup lega selepas doktor mengatakan jika terlambat dia boleh berdepan maut dalam tempoh tiga hari.
Kejadian maut akibat jangkitan seperti ini berlaku apabila bacaab melebihi 350. Nasib Adam cukup baik kerana ketika mendapatkan rawatan bacaannya sudah mencecah 340.
Jadi buat anda yang suka sangat cungkil gigi, berhati-hatilah ya. Usah menyesal di kemudian hari pula!
Wanita memang banyak amalan dan petua untuk tampil sihat. Walaupun nampak mudah tapi kalau amalan wanita ini dibuatkan secara konsisten boleh memberikan impak positif pada kesihatan lelaki.
Jadi lelaki, kalau nak kekal sihat dan postif jangan ambil remeh dengan amalan wanita ini. Oleh itu, jom tiru 4 amalan wanita ini.
1. BERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR
Mengikut kajian oleh Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah berbanding wanita. Tabiat ini memudahkan penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malam untuk mengurangkan minyak dan mengelakkan bakteria daripada menutupi liang pori-pori wajah.
2. TIMBANG BERAT BADAN SECARA KONSISTEN
Menurut kajian oleh Minnesota University pula, individu yang menimbang berat badan secara konsisten lebih banyak menurunkan berat badan berbanding individu yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan dengan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!
3. BAWA GEL ANTI-BAKTERIA
Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk anda atasi penyebaran bakteria. Pastikan anda sentiasa membawa gel anti-bakteria ini setiap masa. Hanya sapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat sebelum ia kering sendiri. Ini antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah untuk lelaki amalkan.
4. MANDI AIR SUAM ATAU AIR PANAS
Bukan mengada-ngada nak mandi guna air panas. Sebenarnya, mandi air suam atau air panas dapat membuka liang pori-pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh. Malah, jika anda mencampurkan air mandian dengan garam laut juga, anda dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit. Jadi pastikan anda amalkan ye.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...