Ramai menyangka ‘demam’ filem adiwira terutamanya dari Marvel Studio seakan sudah tidak menyengat seperti dulu lagi. Selepas melepasi filem epik ‘Avengers: End Game’, filem-filem berikutnya kelihatan sedikit suram.
Namun tahukah anda bahawa itu hanya persepsi semata. Hakikatnya filem-filem dri Marvel Cinematic Universe masih lagi mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mempunyai peminat setia yang tersendiri.
Filem terbaru MCU yang akan menemui penonton di pawagam ialah ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’ yang dijadualkan ditayangkan pada pertengahan bulan ini. Pelakon utamanya, Paul Rudd meneruskan tugas cemerlangnya dengan membawakan watak Scott Lang/Ant-Man.
Paul Rudd yang diberikan gelaran ‘Sexiest Man Alive 2021’ dilihat tampil dengan sosok badan yang cukup mantap. Buat seseorang yang usianya yang bakal mencecah 54 tahun tidak lama lagi penampilan Paul Rudd cukup mengagumkan.
Apakah rahsia pelakon yang sinonim dengan filem-filem komedi seperti ‘Wet Hot American Summer’, ‘Anchorman’ dan ‘Knocked Up’ ini?
Ads
TRASFORMASI PROFESIONAL
Dalam satu temu bual bersama Men’s Health, Paul Rudd menyatakan sebelum berlakon di dalam filem Marvel Studio badannya tidaklah seperti sekarang. Malah untuk membuka baju pun dia malu dan amat jarang dilakukan. Jika dibuat pun hanyalah untuk sketsa komedi.
Selepas berjaya mendapatkan watak untuk filem ‘Ant-Man’, dia secara profesional mula melakukan transformasi untuk menjayakan karakter adiwira tersebut.
Apabila ditanya apakah raksia rutin senaman dan juga diet amalannya, Paul Rudd tidak memberikan jawapan panjang lebar. Jelasnya apa yang paling penting ialah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
Ads
Selepas mendapatkan waktu tidur yang baik barulah dia melakukan senaman dan rutin kecergasan yang lain.
REAKSI TERSENDIRI
“Ada orang bertanya apakah pelan pemakanan yang saya amalkan. Minuman apa yang saya minum? Adakah mengambil karbohidrat? Atau adakah anda ada ‘cheat day? Jawapan saya mudah saya. Apa yang paling penting ialah tidur yang mencukupi. Jika dapat tidur yang baik selama lapan jam, kita boleh lakukan apa sahaja!” tambahnya lagi.
Setiap pagi selepas bangun tidur Paul Rudd akan minum secawan kopi. Kemudian dia meneruskan senaman kardio sebelum makan pagi. Dia juga melakukan senaman angkat berat dalam tiga kali seminggu.
Ads
Dia juga menjelaskan bagaimana dia telah banyak mempelajari tentang fizikalnya dengan apa yang dimakan. Setiap makanan yang diambil memberikan reaksi tersendiri dalam melakukan senaman.
Itulah rahsia yang diamalkan oleh Paul Rudd. Tidur itu sangat penting!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar , menggariskan lima faktor pendorong untuk atlet negara menyempurnakan misi dalam acara masing-masing agar kontinjen negara muncul juara keseluruhan di Sukan Sea ke-29 bermula 19 Ogos ini.
Lakukan demi sukan yang diceburi, rakan sepasukan yang memberi laluan, wira yang tidak didendang, untuk ibu bapa yang memberikan sokongan dan demi diri sendiri.
Jelas Khairy Jamaluddin, faktor ini perlu disemat dalam hati kalangan atlet untuk memastikan sasaran juara keseluruhan temasya Sukan Sea 2017 menjadi milik Malaysia.
“Lakukannya demi sukan anda. Jika sukan anda dianggap kurang popular, inilah detik terbaik untuk menaikkan profil sukan anda. Anda berpeluang menjadi idola kepada jutaan rakyat Malaysia jika anda memenangi emas dalam sukan anda. Dedahkan mereka kepada sukan anda. Wujudkan kesedaran terhadap sukan anda.
“Kedua, lakukannya demi rakan-rakan sepasukan anda yang memberi laluan kepada atlet lebih muda, atau tidak dapat beraksi akibat kecederaan.
“Ketiga, untuk wira-wira yang tidak didendang. Mereka adalah tenaga di sebalik tabir. Anda akan menaiki podium berseorangan untuk menerima sanjungan tetapi jangan lupa pasukan yang memberi sokongan kepada anda.
“Jurulatih anda, pengurus pasukan, pengurus sukan, pegawai sains sukan, pakar fisioterapi, jurulatih kecergasan, semuanya komited menyumbang kepada kerjaya anda. Mereka juga berkorban mengikut cara masing-masing.
“Keempat, lakukannya untuk ibu bapa anda. Merekalah yang mengejutkan anda seawal pagi untuk menghantar anda ke sesi latihan dan sentiasa serta tidak putus-putus memberi sokongan,” kata Khairy dalam menyampaikan amanatnya kepada 700 atlet yang menghadiri perhimpunan akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance, malam tadi.
Khairy turut memuji semangat berkobar-kobar atlet negara dan percaya mereka sudah bersedia untuk bertanding di gelanggang.
“Saya tahu kebolehan dan kemampuan para atlet. Saya ingatkan mereka supaya buat yang terbaik untuk diri, keluarga dan semua orang.
“Saya rasa mereka memahami hakikat ini dan bukan jadi tekanan, sebaliknya menjadi motivasi dan dorongan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan,” katanya.
Pada sidang media selepas majlis tersebut, tiga juara dunia diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang sempena upacara pembukaan temasya Sukan Sea nanti.
“Tiga juara dunia itu ialah Cheong Jun Hoong dari acara terjun, Mohd Al Jufferi Jamari (silat) dan Azizulhasni Awang (keirin).
“Kita akan ada tiga pembawa bendera. Kesemua ketiga-tiga atlet ini adalah juara dunia. Kita bawa sedikit kelainan untuk upacara pembukaan nanti,” ujarnya.
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
Bekalan protein sangat penting untuk anda membina otot. Oleh itu pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.
Sumber dari karbohidrat juga penting untuk bekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
Jangan ingat anda kurus tapi boleh skip bersenam ya! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu. Dan ambil masa selama 10- 15 minit sahaja.
Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
Pastikan anda dapat rehat yang menukupi. Pastikan anda sekurang-kurangnya tidur 7 atau 8 jam sehari bagi membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menggunakan pemberat boleh memberikan hasil yang lebih cepat kepada tubuh badan untuk dibentuk mengikut selera masing-masing. Ini kerana pemberat menggunakan banyak tenaga serta otot, justeru ia sangat membantu kenaikan otot di badan anda.
Dalam erti kata lain, ia memerlukan tenaga dan kekuatan dua kali ganda untuk memastikan rutin ini berjaya.
Namun diingatkan, sebaik sahaja mendapat tubuh yang ideal menerusi latihan bersama pemberat, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan latihan.
Ini kerana badan anda boleh ‘jatuh’ dan sukar untuk naik semula nanti. Apa-apa pun, jom layan entri ini untuk ketahui apakah gerakan yang dimaksudkan MASKULIN :
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.