Jika selama ini anda hanya terdedah dengan cabaran atau acara larian mungkin sudah tiba masanya untuk cabar diri sendiri untuk merasai sendiri cabaran acara yang mencabar pelbagai disiplin kecergasan.
Buat anda yang ingin mencari keghairahan baharu dalam mencabar fizikal diri mungkin REDLINE Fitness Game Powered by NISSAN mampu memberikan kepuasan maksima. Lebih menarik ia boleh menjadi acara berbentuk cabaran fizikal pelbagai disiplin yang pertama boleh anda sertai.
Ini merupakan salah sebuah acara yang cukup dinantikan oleh peminat-peminat gim dan kecergasan. REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN kini bersedia untuk merevolusikan senario kecergasan di Malaysia.
Peluang untuk merasai sendiri cabaran ini boleh anda lakukan dengan menyertainya pada 23 dan 24 September 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) untuk acara dalaman yang cukup menarik.
PERKASAKAN GAYA HIDUP SIHAT
Menurut penganjur pertandingan atau cabaran ini telah direka dengan bertujuan untuk memberikan motivasi, inspirasi dan menyemarakkan gaya hidup sihat di kalangan peserta seluruh Asia Tenggara.
Peserta dari pelbagai latar belakang senaman dialu-alukan bagi melalui seleksi cabaran yang bakal disediakan. Buat peserta yang mendaftar mereka bakal menjadi salah seorang perintis kepada acara senaman yang meliputi pelbagai disiplin kecergasan.
Dimaklumkan REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN menggabungkan kursus senaman yang dibina daripada 12 stesen kecergasan berbeza.
Ia bakal menguji peserta dengan pelbagai aspek kecergasan seperti kardio, kekuatan, daya tahan, kuasa, ketangkasan, imbangan, koordinasi dan juga fleksibiliti.
Pertandingan ini juga direka untuk menjadi lebih inklusif dan mengalu-alukan peserta dari semua tahap kecergasan.
Tidak kiralah seberapa banyak mana tahap pengalaman anda, sama ada anda seorang ahli profesional yang berpengalaman atau peserta yang baru sahaja memulakan perjalanan anda ke arah kecergasan, mereka menghulurkan jemputan ini kepada semua orang untuk menyertai pertandingan ini.
Mungkin inilah masanya untuk anda mencari motivasi untuk menjadi lebih cergas dan sihat berbanding sebelum ini. Buat anda yang mungkin berminat dan ingin cabar kecergasan diri sila rujuk info di bawah:
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawangnya di sini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman menarik seperti di bawah ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI