Siapa tak sabar nak tengok The Avengers Infinity War Khamis ni? Anda pasti mengenali Chris Pratt yang sudah menakluki Guardian Of The Galaxy. Baru-baru ini beliau telah merakam diri beliau bersenam di sebuah gym. Banyak kaedah senaman yang ditunjukkan antaranya CrossFit, Wrestling, dan Jiu Jitsu. Anda pasti tidak kering gusi apabila melihat aksi Pratt dengan lagaknya di atas treadmill.
A post shared by chris pratt (@prattprattpratt) on
Beliau ada mengatakan dalam laman Instagram beliau bahawa ini merupakan senaman persediaan beliau untuk filem Guardian Of The Galaxy dan The Avengers Infinity War. Dalam caption beliau juga, latihan beliau terdiri daripada beberapa bahagian yang berbeza. Beliau bergurau dengan berkata,senaman dimulakan dengan Hyper-mini-sprints diselarikan dengan hayunan tangan yang pantas membuatkan peluh menitik-nitik dengan banyak. Diikuti dengan jalan secara perlahan dengan penuh macho, dan diakhiri dengan sebuah tarian tangan dengan penuh gaya. Jika anda lakukan senaman ini di atas treadmill semalam 20 saat, anda sudah berjaya membakar lemak sebanyak dua ratus ribu minimun. Guraunya.
Ads
Mendapat juataan penonton yang melihat video laman Instagram itu, Dwayne Johnson tidak melepaskan peluang untuk membalas di ruang komen dengan berkata:
“Awaklah raja fitness yang saya kagumi”
Disamping umum mengetahui The Rock merupakan Maharaja apabila dikaitkan dengan fitness.
Ads
Apa yang lebih menarik lagi, Pratt dengan rasa bangganya menjawab,
“Awak juga boleh menjadi seperti saya, perjalanan awak masih jauh”
Ads
Ketepikan jenaka antara The Rock dan Star-Lord, senaman yang dilakukan oleh Chris Pratt wajar diikuti oleh mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau mencantikkan betuk badan. Senaman ini dinamakan Interval Training. Ia bersifat tempo yang boleh membakar lemak secara efektif. Dalam pada masa yang sama, ia boleh menaikkan metabolisme untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia fitness. Tak adalah anda bosan dengan rutin anda di treadmill setiap hari.
Anda boleh mencuba jenis senaman ini ketika di gym dengan hanya selang-seli kan dengan rutin senaman biasa dan treadmill. Anda hanya memerlukan 15 minit saja untuk senaman jenis ini.
Panaskan badan
Jogging selama dua minit
Bersenam (HITT/Tabata/ atau apa-apa yang sesuai)
Lari secara pantas selama 30 saat
Berjalan atau jogging selama 60 saat
Ulang rutin ini sebanyak 8 rap.
Sebaik sahaja anda terbiasa dengan latihan Interval, gandakan rutin ini sebanyak 10 atau 12 rap dalam satu sesi. Jika anda sudah pro seperti Pratt, jangan lupa untuk akhiri senaman anda dengan tarian kemenangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kesihatan lelaki terutamanya berkaitan dengan stamina ketika di ranjang bukan lagi satu isu yang asing.
Ramai lelaki mula mencari alternatif rawatan yang selamat dan berkesan dan salah satu rawatan yang kini semakin mendapat perhatian ialah P-Shot, atau nama penuhnya Priapus Shot.
P-Shot merupakan satu kaedah rawatan menggunakan Platelet-Rich Plasma (PRP) yang diambil daripada darah pesakit sendiri.
Prosesnya melibatkan pengambilan darah, memprosesnya melalui mesin khas untuk mengekstrak komponen kaya platelet, dan kemudian menyuntiknya semula ke bahagian otot atau kawasan tertentu di zakar.
Menurut pakar, teknik ini tidak melibatkan sebarang bahan kimia berbahaya seperti steroid, sekaligus menjadikan ia selamat dan semulajadi.
Foto : Halodoc
Bagaimana Ia Berfungsi?
Konsep rawatan ini hampir sama seperti kita pergi ke gim untuk membina otot.
Bila angkat dumbbell dan buat senaman bicep, hasilnya mungkin nampak serta-merta, tetapi hanya sementara.
Untuk kesan jangka panjang, senaman mesti konsisten dan berterusan.
Begitu juga dengan rawatan P-Shot. Suntikan PRP membantu merangsang pertumbuhan tisu baru, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sensitiviti kawasan berkenaan yang akhirnya boleh membawa kepada peningkatan fungsi seksual dan stamina lelaki.
Foto : Andrologo Milano
Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba?
Menurut doktor yang pernah menjalankan prosedur ini, kebanyakan pesakit memberikan maklum balas positif selepas rawatan.
Ada yang menyatakan peningkatan dari segi kekerapan hubungan intim, ada juga yang merasa lebih yakin dan bertenaga berbanding sebelumnya.
“Kebiasaannya mereka yang sebelum ini hanya mampu ‘beraksi’ sekali, kini boleh sampai lima kali,” kata doktor tersebut sambil menekankan bahawa tiada kesan sampingan serius dilaporkan setakat ini.
Walaupun P-Shot dianggap selamat, doktor turut memberi amaran agar lelaki tidak terpedaya dengan suntikan sembarangan seperti ‘injection peeler’ yang kononnya mampu membesarkan saiz zakar.
Suntikan jenis ini, katanya, berisiko tinggi kerana boleh memasuki saluran darah dan menyebabkan kecacatan kekal.
Rawatan P-Shot menawarkan harapan baharu kepada lelaki yang ingin mengembalikan prestasi dan keyakinan diri mereka tanpa perlu bergantung kepada ubat atau bahan kimia luar.
Namun, seperti juga senaman fizikal, kesan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi dan pemantauan pakar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu. Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Tambahan pula ramai perokok tegar ini mula merokok sejak peringkat sekolah dan remaja.Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor.
Perkongsian dari lelaki muda yang terpaksa mengharungi perjalanan sukar gara-gara tabiatnya itu. Moga perkongsian Alyim ini dapat membuka mata perokok-prokok tegar di luar sana sebelum terlambat.
Mula merokok seawal usia usia 17, 5 batang satu hari
Mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya. Kini dia berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.
Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata kbanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok. Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya mengalami masalah ulser di lidah kirinya.
Mula Hanya Ulser Merokok
Namun, dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan. Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.
Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser. Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia sudah di Tahap III.
Terpaksa potong sebahagian lidah
Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Muhammad Faid pada 17 Mei lalu. Doktor telah membina semula lidahnya dengan kelebihan kulit pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit.
Sungguhpun sudah boleh bercakap, Faid masih lagi tidak boleh makan. Dia difahamkan menerima makanan menerusi tiub manakala lubang telah ditebuk di bahagian trakea bagi membantunya untuk bernafas. Sangat menyedihkan!
Bagi yang seronok merokok itu, moga cepat sedar. Jangan tunggu dah jadi baru nak menyesal.
Tip urus wang ini adalah perkara paling asas yang perlu anda fahami dan lakukan dalam perancangan kewangan peribadi anda.
Kenapa Pendapatan MESTI melebihi Perbelanjaan?
Konsep yang begitu mudah untuk difahami tetapi mencabar untuk dipraktikkan. Kita perlu pastikan pendapatan atau gaji (input) mesti lebih daripada perbelanjaan (output). Barulah kita berada dalam zon selamat dan dapat mengelakkan daripada berhutang.
Persoalannya, bagaimana ingin tahu perbelanjaan kita ? Mudah sahaja. Bermula awal bulan depan, pastikan semua perbelanjaan anda setiap bulan direkodkan dan ketahui berapa jumlah perbelanjaan anda pada bulan tersebut. Berkenaan pendapatan pula, anda hanya perlu jumlahkan gaji bulanan termasuk elaun, bonus, kerja-kerja tambahan dan pendapatan pasif.
Apabila PENDAPATAN anda ditolak PERBELANJAAN, masih mempunyai baki positif, maka anda telah melepasi ujian pertama dan berada dalam zon selamat. Tetapi, sekiranya baki negatif, anda hanya ada dua pilihan sama ada mengurangkan PERBELANJAAN atau menambahkan PENDAPATAN.
Kurangkan Perbelanjaan
Untuk kembalikan ke zon selamat, anda boleh cuba kurangkan dahulu perbelanjaan bulanan. Pengalaman saya mengajar, perubahan yang sedikit tetapi istiqamah biasanya lebih berkesan daripada anda cuba untuk berubah secara drastik. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan terbaik. Saya gariskan beberapa langkah asas yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan.
1.Rekod semua perbelanjaan anda
Saya biasa menggunakan buku 555 yang diletakkan dalam dompet untuk merekodkan perbelanjaan ketika mula memantau perbelanjaan dulu. Tetapi sekarang ini sudah ada pelbagai alat elektronik yang boleh digunakan untuk merekodkan perbelanjaan seperti menggunakan smartphone, iPad dan sebagainya. Rekod ini akan menjadi data rujukan anda untuk menganalisis perbelanjaan. Proses merekodkan ini juga secara tidak langsung berjaya menjadikan saya begitu berjaga-jaga sebelum berbelanja.
2.Bezakan KEPERLUAN dan KEHENDAK
Asingkan setiap perbelanjaan anda sama ada ia satu keperluan atau kehendak. Cuba periksa bil-bil bulanan anda. Adakah anda betul-betul perlukannya? Adakah anda perlu melanggan Astro atau siaran TVpercuma sudah memadai?
Adakah anda perlu menggunakan Smartphone Blackberry atau iPhone tetapi anda sebenarnya hanya gunakannya untuk telefon dan SMS sahaja? Adakah anda perlu menonton wayang apabila setiap filem baru ditayangkan atau anda boleh menyewa atau membeli secara berkongsi DVD filem tersebut? Semua perbelanjaan yang tidak perlu bolehlah dikurangkan atau dihapuskan terus.
3.Berbelanja mengikut belanjawan
Anda perlu membuat “budget” atau belanjawan lebih awal iaitu sebelum wang gaji anda masuk. Pastikan ia bertulis dan sepatutnya dibincangkan bersama pasangan anda bagi yang sudah berkahwin. Apabila sudah ada belanjawan bulanan, anda perlu pastikan hanya berbelanja mengikut apa yang ada di dalam belanjawan sahaja.
Dengan cara ini anda dapat mengelakkan belanja secara berlebihan atau membeli barangan yang tidak perlu atau tiada dalam belanjawan. Contohnya, sebelum pergi membeli belah di pusat membeli-belah, pastikan anda telah sediakan senarai barang untuk dibeli dan disiplinkan diri anda dengan hanya membeli barang-barang yang ada di dalam senarai tadi sahaja.
Tambahkan Pendapatan
Bagaimana pula untuk menambahkan pendapatan anda? Sebenarnya terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan tambahan bagi menampung keperluan. Berikut empat cara untuk menambahkan pendapatan anda.
1.Jadi pekerja cemerlang
Anda mempunyai pilihan sama ada pertama, untuk bekerja secara sambil lewa, rasa terpaksa dan benci dengan kerjaya anda sekarang atau kedua, anda meningkatkan motivasi, minat, disiplin, bekerja bersungguh-sungguh dan menjadi pekerja cemerlang.
Apa perbezaan antara pekerja cemerlang dan pekerja malas? Sudah tentu kenaikan gaji tahunan mereka tidak sama. Elaun dan bonus juga biasanya akan berbeza. Kenaikan pangkat pula menjanjikan kenaikan gaji anda.
2.Tingkatkan ilmu anda
Ramai yang saya lihat membuang masa di tempat kerja dengan melayari Internet , chatting dan tidak melakukan apa-apa apabila tiada kerja. Ini adalah suatu kerugian yang besar. Anda sepatutnya menggunakan masa tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Contohnya, anda boleh bergiat aktif dalam persatuan atau aktiviti berbentuk sukarela di tempat kerja sebagai platform latihan bagi meningkatkan ilmu pengucapan awam, “presentation skill”, “event management” dan pengurusan masa berkesan. Ini adalah ilmu-ilmu yang berguna dalam apa sahaja bidang kerjaya yang anda ceburi.
Selain itu, sebaik-baiknya perlu menjadi pakar dalam bidang kerjaya anda. Kalau anda seorang doktor misalnya, berusahalah untuk menjadi doktor pakar.
3.Buat Baik dengan semua orang
Di tempat kerja, anda akan berurusan dengan pelbagai jenis orang termasuklah rakan dari jabatan yang sama dan berlainan, kontraktor, konsultan, ketua masyarakat dan sebagainya. Walaupun anda adalah seorang bos atau ketua, layanlah anak-anak buah dengan baik dan adil.
Bina hubungan yang baik dengan seramai mungkin kenalan tidak mengira latar belakang. Kita tidak tahu mungkin suatu hari nanti mereka bakal menjadi bos kita, pelanggan kita, rakan kongsi atau tempat kita meminta bantuan kelak.
4.Mulakan bisnes secara sambilan (part-time)
Sekiranya anda menguruskan masa dengan baik, anda sebenarnya sempat untuk memperuntukkan beberapa jam pada waktu malam dan hujung minggu bagi menjalankan perniagaan secara part time. Anda boleh manfaatkan minat atau kepakaran anda untuk menjana pendapatan seperti menjadi juru foto, menulis blog dan menjual produk “homemade” (coklat, biskut, anyaman).
Saya mencadangkan anda menceburi perniagaan melalui Internet kerana modal yang minimum serta anda boleh lakukannya dari rumah atau di mana sahaja. Modal permulaan yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer dan talian Internet. Anda boleh melakukan pemasaran secara online dan menjual produk fizikal atau digital seperti ebook.
Sekiranya anda tiada produk sendiri, saya cadangkan anda memulakan dengan kaedah dropship atau affiliate. Ini merupakan antara strategi yang telah saya cuba dan membuahkan hasil.
SUkur Baju di Badan Sendiri
Setiap perbelanjaan yang dapat dikurangkan dan tambahan pendapatan yang diperoleh akan memberi kesan positif serta membantu mengukuhkan lagi status kewangan anda. Mula-mula, duit lebihan tersebut anda gunakan untuk melangsaikan segala hutang-hutang terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh guna lebihan wang anda untuk simpanan. Dengan duit simpanan yang banyak, secara automatik anda akan berasa lega dan lebih selamat. Ketika ini barulah anda mula melabur dan menggandakan lagi wang anda.
Akhir kata, ukurlah baju di badan anda sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan anda. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Apa yang penting, pastikan PERBELANJAAN anda kurang daripada PENDAPATAN anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Panduan gaya lelaki 30an yang padat — cara mix & match kemeja, jaket dan seluar jean untuk tampak matang, maskulin dan bergaya tanpa berlebihan. Inspirasi fesyen lelaki moden dengan keyakinan sejati.