Foto: Instagram Nazim Azman

Setiap kali atlet atau ahli sukan automotif mengecap kejayaan terutamanya di luar negara sedikit sebanyak ia cukup membuatkan kita berasa sangat bangga. Apatah lagi kita masih lagi dalam ‘mood’ Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.

Terbaru, pelumba sensasi Malaysia, Nazim Azman meraih kemenangan perlumbaan pertamanya menerusi EuroFormula Open yang berlangsung pada semalam di Red Bull Ring, Austria.

Pelumba Negara, Nazim Azman Raih Kemenangan Pertama Di EuroFormula Open
Foto: Instagram Nazim Azman

Anak muda yang berlumba untuk psukan CryptoTower Racing tersebut berlumba dalam dua perlumbaan. Pada perlumbaan pertama dia menamatkan perlumaab di kedudukan keenam manakala pada perlumbaan kedua pula menyaksikan dia menduduki tempat pertama dengan catatan masa 34 minit 0.256 saat.

Dengan 0.732 ketinggalan di belakangnya ialah pelumba Turki dari pasukan Van Amersfoort Racing, Cem Boluksi menduduki tempat kedua sementara rakan sepasukannya Louis Foster dari Great Britan di tempat ketiga dengan catatan masa 34:2.250s.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazim (@nazim_azman)

IKLAN

“Sememangnya, ia satu permulaan yang baik. Ia amat mencabar dan Cem sememangnya amat pantas dan saya berfikir perkara utama ialah tidak melakukan sebarang kesilapan dan ia berbaloi.

“Foster juga menghadapi persaingan sengit daripada Cameron (Cameron Das daripada pasukan Motopark). Jadi tinggal hanya saya dan Cem berdua (untuk tempat pertama). Secara keseluruhannya saya gembira dengan keputusan ini,” kata Nazim dalam satu kenyataan.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazim (@nazim_azman)

Selepas mengharungi sebanyak 17 perlumbaan, Nazim kini berada di tangga keempat dengan kutipan 208 mata. Rakan sepasukan, Foster mendahului dengan 257 mata diikuti Das dengan 255 mata dan Jack Crawford 218 mata di tangga ketiga.

IKLAN

Kejayaan Nazim Azman turut mencuri perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau mengucapkan rasa bangga dan tahniah menerusi satu ciapan di laman Twitter kendaliannya.

“Nazim Azman daripada Team Crypto Tower merebut kemenangan siri pertamanya di perlumbaan EuroFormula di Red Bull Ring, Austria. Tahniah!! #malaysiaberbangga,” katanya.

Semoga Nazim Azman terus mengecap kejayaan pada masa akan datang dan terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Kredit: BERNAMA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI