Mengusahakan perniagaan sambal hingga memiliki dua buah kilang, Khairul Aming bukanlah figura asing di Malaysia.
Berkongsi menerusi laman sosial TikTok, pempengaruh berusia 32 tahun itu berpesan tidak perlu berhutang demi kemewahan dan perlu membuat keputusan bijak dalam berbelanja.
Pernah bekerja sebagai jurutera industri minyak dan gas sebelum ini, jelas pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, walaupun gaji permulaan industri berkenaan besar, beliau memilih bersederhana kerana tanggungjawab kepada keluarga.
Terbaru perkongsian pempengaruh terkenal, Khairul Aming berkenaan gaya hidupnya yang sederhana menjadi perhatian ramai. Berkongsi menerusi laman sosial TikTok, personaliti media sosial yang kini berusia 32 tahun itu berpesan tidak perlu berhutang demi kemewahan dan perlu membuat keputusan bijak dalam berbelanja.
@khairulamingfans_ Qana’ah. Semoga kita semua dikurniakan sifat Qana’ah dalam diri iaitu sentiasa berasa cukup & bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang 🤲🏻 @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #sambalnyet #dendengnyetberapi #quotes #islam #qanaah ♬ original sound – Fans KhairulAming
“Orang kata kerja oil and gas mesti stabil. Oil and gas memang ada gaji permulaan yang orang kata ‘sihat’, tapi dia ‘sihat’ kena tengok tanggungan juga.
“Kalau kau menanggung seluruh keluarga tidak cukup juga,” katanya.
Khairul Aming malah mengimbas kembali kehidupan awalnya yang membesar dalam keluarga sederhana.
Bapanya bekerja sebagai pekerja kontrak kerajaan manakala ibunya hanya menjual kuih-muih.
“Dari kecil sampailah besar, saya jual kuih. Situasinya, saya duduk Kuala Lumpur. Kena tanggung kos rumah sewa, kereta untuk keluarga. Saya juga menanggung ibu bapa. Jadi simpanan pun sedikit, dalam RM100 atau RM200 sebulan,” ujarnya.
Ramai yang mempersoal tindakannya tidak bermewah biarpun sudah mencapai status jutawan namun Khairul Aming mempunyai alasannya tersendiri.
“Orang kata kenapa tidak bermewah-mewah? Bila dalam keadaan yang mana duit itu cukup tetapi kamu berharap ada lebih. Apabila diberikan rezeki lebih, kamu tidak mahu lagi berada dalam keadaan itu.”
“Contohnya, kamu rasa hidup kalau ada gaji RM10,000 sebulan, semua masalah hidup akan hilang. Bila sudah capai RM10,000 sebulan, kau belanja RM9,500, tinggal RM500.”
“Memang tak cukup. Kamu rasa terbeban dan rasa kalau ada RM100,000 sebulan, hidup akan tenang. Tetapi apabila sudah dapat RM100,000 sebulan, beli pula kereta mewah dengan bayaran RM95,000 ribu sebulan dan yang tinggal hanya RM5,000. Kamu mula rasa tidak cukup lagi. Sampai ke sudah tidak akan habis,” katanya.
Justeru, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat itu mengambil pendekatan lain. Walaupun jumlah pendapatan bertambah beliau tidak menaikkan perbelanjaan. Pesannya tidak perlu berhutang demi kemewahan agar kehidupan lebih tenang pada kemudian hari.
“Apa yang saya buat, saya naikkan pendapatan tapi kekalkan perbelanjaan sampailah ada satu jurang yang besar antara pendapatan dan perbelanjaan.”
“Ketika itu, barulah saya tingkatkan gaya hidup saya dengan mengambil sebahagian daripada pendapatan. Nak beli apa-apa, beli terus. Boleh bayar secara tunai. Tidak perlu hutang sangat, kamu boleh tidur dengan tenang,” tambahnya lagi.
“Itulah sebab kenapa tak upgrade sangat hidup. Ia adalah pendapat peribadi saya,” kongsinya.
Pada 2022, pempengaruh yang terkenal dengan tagline ‘What’s up guys’ itu mendedahkan belum memiliki rumah dan tidak membuat pinjaman peribadi manakala keretanya ialah Perodua Bezza biarpun mampu untuk memiliki lebih daripada itu. Katanya, beliau banyak melaburkan wang dalam perniagaan sambal dengan membeli aset yang diperlukan seperti mesin.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Sumber: Sinar Plus
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI