Perlumbaan motosikal lasak merupakan kategori yang mungkin agak baru di negara kita. Namun ia dilihat semakin popular di kalangan penggemar lumba motosikal.
Salah sebuah pengeluar motosikal yang sentiasa menawarkan keterujaan tunggangan lasak, BMW Motorrad dilihat membuka platform tersendiri untuk peserta dalam negara merasainya.
Hasil ilham daripada pertandingan International GS Trophy yang diperkenalkan oleh BMW Motorrad sendiri, cabaran unik bertempoh dua hari ini telah menawarkan para penunggang GS.
Ia merupakan sebuah pengalaman serba eksklusif, yang telah menguji kemahiran menunggang dan melakukan navigasi mereka di atas landasan yang mencabar.
Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia telah mengumpulkan lebih daripada 150 penunggang jentera kembara serta para peminat BMW Motorrad di acara BMW Motorrad GS Challenge yang pertama di Malaysia.
Ads
Selain pertandingan itu sendiri mereka ingin meraikan jiwa sebenar GS dengan pengalaman yang mengujakan di atas landasan luar jalan yang mencabar.
KETERUJAAN PENGEMBARAAN
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau pertandingan popular kami, International GS Trophy yang mengambil tempat di lokasi-lokasi ekstrem di seluruh dunia”.
“Kami ingin membawakan sekali lagi keterujaan pengembaraan tersebut di Malaysia buat para penunggang GS di sini, susulan acara kelayakan serantau yang kami telah anjurkan pada tahun 2017 untuk memilih wakil-wakil kami bagi pertandingan tersebut.
Ads
“Saya percaya bahawa para peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan, dan cabaran menunggang tersebut – yang merupakan ramuan bagi kelahiran jentera GS.”
Cabaran ini telah menyaksikan para peserta menjalani ujian menunggang dan menavigasi di samping cabaran individu di atas landasan luar jalan berhalangan.
PERSAINGAN EKSKLUSIF
Beberapa orang finalis terbaik telah terpilih untuk bersaing pada Hari ke-2 bagi merebut peluang eksklusif untuk menyertai “Follow the Trails” (FTT) Tour, sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.
Ads
FTT memberi peluang kepada pemenang tersebut untuk menyusuri laluan seperti yang diguna oleh pesaing pertandingan International BMW GS Trophy 2022.
Setelah cabaran ini berlangsung selama dua hari, empat finalis telah muncul sebagai pemenang BMW Motorrad GS Challenge dan akan menuju ke Albania untuk menyertai FTT Tour yang eksklusif! Pemenang-pemenang tersebut ialah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari.
Tahniah MASKULIN ucapkan kepada pemenang dan selamat membawa nama negara ke pentas dunia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Segera berhentikan kereta jika lampu suhu panas menyala!
Ya, itulah sebaiknya anda lakukan apabila enjin menjadi terlalu panas. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk.
Bagi anda yang tidak biasa berdepan masalah ini pastnya terpinga-pinga di tepi jalan sambil membuka bonet yang besar kemungkinan sudah berasap.
Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh membawa masalah suhu enjin kereta anda naik mendadak. Suhu normalnya adalah sekitar 70 ke 80 darjah Celcius. Jadi bila suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.
Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat. Ikuti artikel seterusnya untuk mengikuti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas muka depan imej MPV (kenderaan pelbagai guna) Mitsubishi baharu tersebar, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) akhirnya mendedahkan imej rasmi model berkenaaan sebelum kemunculan globalnya pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Namun, pada majlis pendedahan MPV itu kepada media Indonesia, Mitsubishi tidak mengumumkan nama rasmi model berkenaan. Walaupun umum mengenali MPV itu sebagai Mitsubishi Expander. Apakah masih nama yang sama atau akan berubah?.
Buat masa ini Mitsubishi menggelarkan MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’.
PT Mitsubishi Motor Kramayudha Sales Indonesia (MMKSI), pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Indonesia menyatakan MPV kompak itu menggabungkan kebaikan SUV (kenderaan utiliti sport) dan MPV.
Model itu menggabungkan keselesaan dan ruang yang lapang seperti sebuah MPV dan kekuatan, gaya dan fungsi dari SUV.
Oleh kerana saiz badannya yang agak besar dan lebar berbanding MPV dalam kelasnya, Mitsubishi memberi jaminan produk yang digelar sebagai MPV sejuta umat oleh media Indonesia itu tidak akan berat.
ENJIN:
Bagi menggerakkan model MPV itu, Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC).
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
LUARAN:
1) Desain depan menggunakan konsep Dynamic Shield yang menggabungkan tiga peringkat lampu iaitu lampu nyalaan siang (DRL) LED di bahagian sisi atas dan lampu utama yang digabungkan bersama lampu isyarat membelok di bahagian bawah (tengah sisi bampar). Terakhir, lampu kabus di letakkan di bahagian bawah sekali.
2) Lampu belakang mengingatkan kepada Mitsubishi Pajero Sport yang lama. Selain itu, ia juga mirip kepada model CR-V baharu.
3) Cermin belakang agak landai.
4) Menggunakan operasi sistem keyless entry selain lampu depan akan menyala selama 30 saat ketika pemilik keluar dari kenderaan pada waktu malam.
5) Dimensi MPV ialah panjang 4,475 mm, lebar (1,750mm) dan tinggi (1,700 m) serta jarak kelegaan tanah 205mm.
6) Bampar belakang dipadankan dengan rekaan yang sederhana bersama diffuser dan reflektor di bahagian bawah.
KABIN
1) Pada bahagian papan pemuka, Mitsubishi memilih skrin head unit yang diposisikan di atas corong pendingin hawa. Desain papan pemuka ala kubah itu menerima kemasan dua tona warna iaitu beige (kuning air) dan kelabu.
2) Kerusi juga menerima kemasan warna kuning air yang dipadankan dengan stereng tiga jejari.
3) Bahagian panel instrument digabungkan dengan paparan digital dan analog. Indikator speedometer diletakkan di tepi kanan manakala takometer di sebelah kiri dengan MID digital di tengahnya.
4) Kabin menawarkan tujuh tempat duduk.
5) Lebih menarik kerusi barisan kedua dilengkapi dengan perehat tangan yang agak besar dan kerusi berkenaan boleh ditolak ke sisi seperti Mazda Biante.
6) Untuk akses ke kerusi belakang, Mitsubishi menggunakan konsep one touch tumble.
7) Bagi mendapatkan ruang kargo yang lapang, kerusi barisan kedua dan ketiga itu boleh dilipat sehingga rata.
8) Turut ditawarkan USB mahupun soket 12 volt.
HARGA:
Anggaran harga bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Dekad demi dekad telah berlalu, namun bagi sang pencinta automotif, kereta bukanlah sekadar jentera pengangkutan biasa. MASKULIN percaya bahawa kenderaan sebenarnya adalah cermin kejantanan, simbol kedudukan sosial, serta refleksi identiti sebenar bagi setiap lelaki.
Maka, usah terkejut jika golongan ‘kaki kereta’ ini sanggup meluangkan lebih banyak masa membelek jentera kesayangan mereka berbanding melayani pasangan di rumah.
Walaupun bagi wanita, ia mungkin hanyalah alat untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, namun bagi lelaki, ia adalah sebuah karya seni. Hubungan emosi dan kecintaan luar biasa terhadap jentera beroda empat ini adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata.
Malah dari segi sejarah, lelaki dan kereta merupakan dua elemen yang sentiasa berhubung kait sejak industri automotif diperkenalkan dalam peradaban dunia moden.
Tapi tak semua perkara yang dilakukan atau dilalui oleh kaki kereta difahami ramai. Nak tahu betul atau tidak, rujuk 10 perkara di bawah.
Percaya atau tidak itulah yang banyak dilakukan oleh mereka. Kebiasaannya pasti memberikan nama panggilan atau samaran kepada kereta mereka. Malah siap ada jantina sama ada lelaki atau perempuan.
Kalendar tahunan pastinya penuh dengan segala macam aktiviti autoshow yang wajib dihadiri oleh mereka. Setiap autoshow pasti menampilkan kelainan malah kalau bertuah dapat saksikan model yang rare dan terkini.
Kaki kereta sejati mampu mengenal jenis kereta hanya dengan deruman enjin atau ekzos dari jauh. Bunyi Honda V-tech turbo? Itu hanya perkara mainan di telinga mereka.
Pernah tak anda berada di belakang jentera yang diubah suai bila melalui kawasan mempunyai banyak speed bump atau bonggol? Kalau tak ‘mengesot’ senget ke kanan atau kiri memang bukan kaki kereta. Disebabkan lowered terlalu rendah ia dilakukan seperti itu untuk elak bahagian bawah diseret.
Kereta Eropah, Jerman atau Jepun. Mereka pasti ada kecenderungan dan sebab masing-masing mengapa pilihan mereka adalah terbaik. Begitu juga dengan pasukan motorsport seperti F1 atau World Rally Championship.
Mencuci kereta hingga berkilat itu bukan lagi dianggap sebagai kerja membebankan. Setiap kali perlu mencucinya, mereka akan lakukan dengan cermat, tertib dan penuh berdedikasi.
Bagi kaki kereta sejati, mereka tidak akan sekali-lagi menyebelahi golongan yang pro kereta automatik.
Bagi kaki kereta, semakin tua usia meningkat semakin cool mereka akan kelihatan. Apatah lagu jika berpeluang membawa kereta retro klasik yang mahal dan terhad di pasaran.
Kalau setakat francais filem ‘Fast & Furious’ itu tidak mengherankan anda. Namun begitulah kuatnya pengaruh kereta terhadap mereka hinggalah menonton filem pun perlu ada babak menonjolkan aksi berkereta.
Ini bukanlah satu ketagihan. Tetapi lebih kepada bau yang membangkitkan keterujaan dalaman bagi seorang kaki kereta. Bau petrol sahaja membuatkan hati membuak-buat ingin menyaksikan deruman kereta manakah yang hebat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang