Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang kartunis yang dianggap cukup legenda dalam industri komik dan seni tanah air. Kartunis Aie atau nama sebenarnya Saari Sulong telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 pagi hari ini akibat komplikasi buah pinggang.
Buat anda yang kini berusia 30-an hingga penghujung 40-an, nama Aie pasti sangat sinonim dalam kehidupan seharian sepanjang usia remaja. Siri komiknya yang sangat popular dan diterbitkan menerusi komik Ujang seperti ‘Blues Untuk Aku’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ menjadi kisah yang cukup sebati generasi tersebut.
Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan watak utamanya, Sahak sangat dikenali ramai dan memberikan kesan cukup istimewa terutamanya di kalangan pembaca lelaki. Suara Sahak menjadi suara ramai pembaca yang berdepan pelbagai cabaran hidup.
Berita pemergian Aie turut dikongsi oleh rakan baiknya yang juga seorang lagi legenda kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau Ujang menerusi laman Facebook kendaliannya.
“Innalillahiwainnailaihirrojiun. Mendapat perkhabaran duka….Kartunis Aie pelukis kerekter Abe meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi di kediamannya di kampung sg.Manggis,Banting,selangor kerana komplikasi buah pinggang.Semoga rohnya di di cucuri rahmat dan di terima dalam golongan orang-orang yang di redhoi Allah.”
Ads
Foto: FB Ujang
Memetik laman sesawang JenamaX, Aie dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973. Beliau dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 dekat Kuantan, Pahang.
Sepanjang 25 tahun penglibatannya dalam industri seni komik, Aie mempunyai pengalaman dan pemgaruh cukup besar dalam industri ini.
Ads
Beliau pernah bergelar sebagai kartunis, ilustrator, pelukis komik, pereka grafik, ketua studio, penolong ketua kartunis, ketua unit ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan tanah air.
Selain Ujang, karya-karyanya juga pernah muncuk di beberapa majalah lain sepetri Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.
Selain siri komik ‘Blues’, salah saty karyanya yang cukup memberikan kesan kepada pembaca ialah ‘Abe’. Karakter ini juga cukup ikonik kerana memaparkan kehidupan watak kanak-kanak kelainan upaya terencat akal yang menghadapi liku-liku cabaran hidup.
Ads
Jadi tidak hairanlah mengapa hari ini di laman media sosial ramai yang meratapi pemergiaan Allahyarham Aie. Karya-karyanya bukanlah sekadar bahan hiburan semata tetapi memberikan makna yang cukup istimewa kepada pembaca. Sesuatu yang sukar didapati pada hari ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah MASKULIN ucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Al-fatihah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di zaman moden ini segalanya agak sukar dan mencabar. Walau susah manapun dugaan yang bakal dihadapi, sebagai manusia, kita tetap akan mengharunginya dengan hati yang tabah serta usaha yang tidak berbelah bahagi.
Jika dahulu kita boleh menyara keluarga dengan hanya satu kerja sahaja dan perbelanjaan tidak sesukar hari ini. Namun, realitinya sudah berubah pada hari ini kerana sudah ramai orang yang sudah mula membuat 2 kerja dalam satu masa semata-mata mahu menyara keluarga.
Hari ini tidak pelik jika kita lihat orang kerja sebagai penghantar surat di siang hari, malam pula mengambil upah hantar makanan. Ini semata-mata mahu menyara anak dan keluarga.
Begitu juga dengan seorang graduan di sebuah universiti yang terkemuka di United Kingdom di mana dia sanggup bekerja sebagai tukang cuci. Dia melakukan sedemikian kerana semata-mata mahu membelikan tiket penerbangan untuk ibu bapanya melihat dia menggenggam segulung ijazah di negara asing.
Ikuti kisah perjalanan hidup Mohd Afiq yang diceritakan oleh rakannya Khairul Aiman Hamdan daripada bergelar seorang pemandu lori serta penternak kambing hinggalah graduan kelas pertama di UK.
“Tak payah bohong, cakap je aku dah tau Kelantan, kuat bau budu”. Satu bilik gelak.
Afiq berseloroh, dia tahu dia ‘kantoi’ dan aku tahu dia bercanda. Jarang sekali aku dengar, orang asal Subang, tapi bahasa Inggeris nya berloghat Kelantan. ?
Dan seperti biasa, aku suka untuk tahu latar belakang serta kisah anak-anak Malaysia yang belajar di luar negara. Semua orang ada kisah sendiri. Tambahan kisah-kisah inilah, yang buatkan hidup ini menarik. Ini mungkin cerita biasa bagi kalian, tapi bagi aku, kisah ini istimewa. Perlu aku kongsikan kisah anak muda ini dengan kalian.
Afiq, budak Kuala Krai dari Kampung Batu Mengkebang adalah legenda hidup yang aku bertuah dapat kenali. Umum, mungkin kerana aku asal bandar, bila dimomok cerita anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup adalah satu cerita klise. Mungkin selama ini aku sendiri tak pernah jumpa, maka penyebab aku tak pandang sebelah mata.
Bila aku teliti, pemegang biasiswa JPA ini punya cerita unik sendiri yang mahu aku tuliskan. Anak pasangan Ismail bin Abas dan Norma binti Abdullah ini merupakan seorang insan biasa, lahir di kampung biasa. Dengan ayahnya punyai kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan. Si ibu, suri rumah sepenuh masa dan kadangkala buat kerja sampingan jualan kain di kampung.
“Berapa adik beradik kau?”
‘Dua bang, tapi abang saya kelainan upaya. Kaki dia tak kuat macam kita. Jadi saya seorang yang tolong baba jaga kebun dan kambing”.
‘Saya dari kecik sekolah asrama bang. Sekolah pondok. Dari darjah empat, jauh sekolah saya, baba hantar untuk saya belajar elok. Boleh ubah nasib keluarga”.
‘Masa saya tingkat 1, saya masuk sekolah agama swasta. Baba nak bagi terbaik, dia bayar mahal. Yuran sebulan rm300. Dia kerja keras nak bagi segala yang termampu. Cuma masa saya PMR, saya kena keluar sekolah tu, sebab keputusan saya tak dapat ikut capaian minimum”.
“Berapa kau dapat?”
‘4A 4B 1C, masa tu saya sedih sangat. Tak dapat nak banggakan baba dengan umi. Saya anak harapan tapi tak dapat bagi apa-apa. Baba dengan umi ok je, tapi sayalah yang sedih’
“Habis tu, macamana kau boleh sampai sini (UK)?”.
‘Pulun bang, saya pindah sekolah lain, dapat masuk kelas akaun. Dari situ saya dapat rasa, saya minat nombor. Saya tengok matematik saya suka, kira kira saya suka. Bila peperiksaan percubaan saya dapat 9A, semua orang pandang. Masa tu memang saya tak pandang belakang bang. Saya usaha sehabis baik lagi, alhamdulillah SPM saya dapat 10A1B”.
“B apa?”
‘Bahasa Arab’ aku dengan dia gelak sama-sama. Orang kita, bukan ditanya 10A tu apa, tapi tanya yang B tu dulu.
Dia ada cerita dengan aku, zaman remaja dia memang banyak dibesarkan dengan kerja kebun dan jaga kambing. Asal ada masa cuti sekolah, jarang sekali dia jadi macam remaja lain, bercuti atau ke kelas tambahan. Dia tahu tanggungjawab dia adalah dengan keluarga, susah senang dengan keluarga.
Kalau biasanya, dia akan makan singgang sebagai makanan kegemaran dan lauk ayam bukanlah suatu yang biasa. Bukan kerana tak mampu, tapi dah jadi kebiasaan untuk berjimat, makan biasa atau bukan bermewah. Selalunya cuma nasi lauk sayur dengan ikan kering pun dah cukup lega bagi mereka sekeluarga.
Selepas keputusan SPM yang cemerlang, dia ditawarkan pengajian A level kelolaan Intec di Shah Alam, selesai A level terus ke University of Essex dalam pengajian Akaun dan Kewangan.
“Lepas kau tahu kau terbang kau buat apa?”
‘Ba paling bangga bang, dia tumbang lembu seekor dan kambing seekor. Setakat ni tak ada lagi anak kampung saya terbang gi UK. Senyum sungguh dia. Alang alang dah nazar, saya botakkan kepala’
“Tak bang, tapi dah nazar. Sebab tu masa dekat Intec, saya pakai kopiah. Langsung saya kena panggil budak kopiah. Bila rambut dah panjang, saya free hair ??”.
Aku gelak besar. Ada saja akal budak sekolah agama ni. Ketika belajar di Essex, Afiq bekerja Part time sebagai tukang cuci di Universiti.
“Aku tengok banyak jam kau kerja ni. Dah macam staff sepenuh masa, kenapa?’
” Saya nekad bang, alang alang saya tak balik dua tahun, saya nak umi dengan baba datang masa saya graduation. Bila saya terima ijazah, saya nak umi dengan baba ada ketika itu. Saya harap mereka bangga dengan saya. ”
” Maksud kau dengan kerja banyak jam ni?”
” Yalah, saya nak pulun lah kerja banyak bang. Dapat duit. Umi dengan baba tak pernah naik kapal terbang. Saya nak bayar tiket mereka naik flight datang sini, sebagai hadiah buat mereka yang besarkan saya sampai saya berjaya tamatkan pelajaran bang. Seumur hidup, saya hanya nak bagi hadiah terbaik buat mereka. Bukan setakat senggengam ijazah, tapi pengalaman berharga buat mereka untuk dapat tengok anak sendiri terima ijazah”‘.
Aku terdiam. Hadiah apa yang aku pernah bagi untuk mak ayah aku?
Hari ini, hari paling gembira buat kedua umi baba Afiq. Dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur dengan bas, singgah dirumah saudara sebelum terbang buat pertama kali di dalam 54 tahun hidup mereka. Dari KLIA pula transit ke Abu Dhabi, lalu Ke Heathrow, hinggalah ke Colchester. Perjalanan paling panjang dari hidup mereka.
(Oh ya, umi baba afiq tak boleh berbahasa Inggeris. Apatah lagi ini kali pertama mereka ke luar negara. Naik kapal terbang pun tak pernah. Jadi Afiq, tumpangkan umi baba nya terbang bersama ibu rakan Afiq yang turut terbang ke mari untuk majlis graduasi. Risau dia kalau nak lepaskan umi baba terbang sendirian).
Hari ini akhirnya semua jasa umi baba nya terbalas bila dapat tengok anak harapan di atas pentas dengan Ijazah Kelas Pertama. Afiq juga akan mula bekerja di salah satu syarikat perakaunan terbesar di negara (Big Four). Perasaan bangga bukan kepalang. Gugur air mata kedua ibu bapa ini. Moga Afiq terus berpijak di bumi yang nyata dan dapat terus menggembirakan kedua umi dan babanya.
Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. Aku tumpang bangga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perjalanan luar biasa seorang guru ini dikenali sebagai Abdullah Kadir bermula pada 2 Mei 2017 apabila beliau berjaya ditempatkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur.
Namun, tidak sampai setahun menikmati kerjaya sebagai pendidik, satu kemalangan ngeri hampir meragut nyawanya dan mengubah seluruh kehidupannya.
Dalam insiden menyayat hati itu, beliau kehilangan tangan kanan tangan dominan yang selama ini menjadi tulang belakang segala kemahiran dan kepakarannya sebagai seorang guru.
Walaupun kehilangan yang dialami begitu besar, guru ini tetap memilih untuk tersenyum.
Bukan kerana tidak sedih, tetapi kerana tidak mahu insan di sekelilingnya larut dalam duka.
Kisahnya yang tular pada tahun 2017 menjadi bukti bahawa semangat perjuangannya tidak pernah padam.
Beliau menerima ujian itu dengan penuh keikhlasan, dan bertekad untuk bangkit semula demi anak-anak murid yang memerlukan sentuhan ilmu dan kasih sayang seorang guru.
Tanpa tangan kanan, beliau terpaksa belajar semula kemahiran asas seperti menulis dan mewarna perkara yang sangat penting terutamanya sebagai guru Tahun 1.
Walaupun sukar dan memerlukan kesabaran luar biasa, beliau tidak pernah berputus asa.
Malah, beliau turut belajar menjahit demi menyediakan langsir untuk kelas anak murid Tahun 3 ketika itu.
Semangat ini mencerminkan betapa tingginya nilai dedikasi dan kasih seorang guru terhadap pelajarnya.
Pengorbanan dan ketekunan beliau tidak sia-sia. Beliau dianugerahkan Guru Cemerlang OKU Negeri Kelantan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri, satu pengiktirafan yang membuktikan kehebatannya sebagai seorang pendidik walaupun diuji dengan kekurangan fizikal.
Bukan itu sahaja, beliau juga aktif menyertai pelbagai program luar bilik darjah, memperkaya pengalaman dan menyumbang lebih banyak kepada komuniti pendidikan.
Bagi guru luar biasa ini, kehilangan tangan bukanlah pengakhiran. Ia adalah titik permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.
“Saya percaya, setiap kehilangan ada gantian yang jauh lebih baik,” katanya dengan penuh yakin.
Keyakinan ini menjadi sumber kekuatan, bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga kepada ratusan pelajarnya yang belajar erti kesungguhan, kecekalan dan kasih sayang daripada seorang guru yang tidak pernah mengeluh.
Kisah beliau bukan hanya tentang kehilangan anggota tubuh, tetapi tentang jiwa kental seorang pendidik yang menjadikan ujian sebagai peluang untuk memberi lebih banyak, mencintai lebih dalam, dan mendidik dengan sepenuh hati.
Sumber : Instagram @abdullahkadir1993
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang lelaki Indonesia mencuri perhatian ramai apabila tindakannya mengibarkan bendera Jalur Gemilang di Kelantan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @Nijarrslsaa, kelihatan lelaki berkenaan berdiri di atas tembok pagar sambil memasang bendera Malaysia dengan penuh berhati-hati.
Lebih menyentuh hati, dia turut meninggalkan mesej, “Bolehkah aku sebagai orang Indonesia ikut mengibar dan merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia? Selamat Hari Merdeka Malaysia.”
Dia juga mendoakan agar Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.
Aksi tersebut bukan sahaja disambut dengan sorakan warga Malaysia, malah warganet Indonesia juga tampil memberi sokongan.
Seorang pengguna akaun TikTok, @claraa, menulis di ruangan komen, “Terima kasih juga kerana negara ini kami turut merasakan kesejahteraan, kami hanyalah orang luar yang ingin merasakan keamanan sementara.”
Ungkapan itu menggambarkan rasa syukur rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia, sekaligus menguatkan ikatan antara kedua-dua bangsa serumpun.
Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia jauh lebih besar daripada isu remeh-temeh yang kadangkala dibangkitkan di media sosial.
Di sebalik perbezaan budaya dan dialek, kedua-dua negara berkongsi akar yang sama bahasa, agama, adat, dan sejarah.
Perpaduan ini semakin terserlah apabila rakyat Indonesia tanpa ragu-ragu turut sama meraikan Hari Kebangsaan Malaysia.
Lebih menarik, rata-rata pengguna media sosial dari Malaysia pula mendoakan kesejahteraan republik jiran itu yang kini berdepan dengan rusuhan.
“Kalian sibuk sangat ke berjuang sampai kami sudah tiada kawan gaduh di media sosial. Cepat sembuh ya Indonesia,” tulis seorang pengguna akaun bernama My Master dengan nada berseloroh tetapi penuh doa.
Kisah lelaki Indonesia mengibarkan Jalur Gemilang ini menjadi bukti bahawa bendera bukan sekadar kain, tetapi simbol semangat, perpaduan, dan rasa hormat.
Di Malaysia, beliau hanya seorang pekerja asing biasa.
Namun, tindakannya berdiri di atas pagar demi memasang bendera Malaysia telah menjadikannya wira kecil yang menyatukan hati dua negara.
Peristiwa ini juga seolah-olah memberi peringatan bahawa semangat kemerdekaan bukan hanya untuk diraikan, tetapi juga untuk dikongsi bersama, merentas sempadan dan perbezaan bangsa.
Sumber : Tiktok nijarrslsaaa
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Naquib Azlan mencipta sejarah apabila dipilih menyertai Porsche Carrera Cup Asia 2026 bersama Team Porsche Malaysia, daripada sim racing ke pentas perlumbaan profesional.