Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.
Pemuda 26 Tahun Alami Strok Selepas Urut Leher
Pemuda yang dikenali sebagai Xiao Zhang (nama samaran) kerap mengalami ketegangan pada bahagian leher akibat terlalu lama duduk bekerja di meja pejabat. Untuk melegakan ketidakselesaan itu, beliau membuat keputusan mencuba urutan tradisional di sebuah pusat terapi tempatan.
Namun, selepas sesi urutan yang agak kasar, beliau mengalami kesakitan yang luar biasa pada lehernya disusuli dengan sakit kepala yang kuat. Zhang pada mulanya mengabaikan gejala tersebut, tetapi apabila bangun tidur keesokan harinya, beliau mendapati bahagian kiri badannya terasa kebas dan pertuturannya menjadi sukar difahami.
Bimbang dengan keadaannya, Zhang segera mendapatkan rawatan di sebuah hospital di wilayah Hunan. Pemeriksaan lanjut mendapati beliau mengalami infark serebrum sekunder iaitu satu keadaan di mana tisu otak mati akibat kekurangan bekalan darah.
Ads
Hasil imbasan MRI dan angiografi menunjukkan adanya diseksi pada arteri karotid kanan, yang menyebabkan aliran darah ke otak terganggu sehingga mengakibatkan kerosakan tisu otak.
Menurut Dr Liu Yan dari Jabatan Neurologi, tindakan pantas Zhang mendapatkan rawatan menyelamatkannya daripada mengalami kecacatan kekal. Dengan rawatan intensif termasuk terapi antikoagulan, penambahbaikan peredaran darah, serta rawatan antioksidan, keadaannya kini semakin pulih.
Dr Liu turut menegaskan bahawa urutan leher yang tidak dilakukan dengan teknik yang betul boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan.
Ads
Sebelum ini, ada kes tragis seorang penyanyi muda Thailand yang dilaporkan meninggal dunia akibat cakera tulang belakang terherniasi atau slip disc akibat urutan leher yang kuat.
‘Bounce’ dan ‘energy return’ adalah dua aspek kritikal yang harus dipertimbangkan oleh pelari ketika memilih kasut larian. Bounce merujuk kepada keupayaan kasut untuk memberikan respons pantas terhadap tekanan yang dikenakan semasa kaki memijak permukaan.
Kasut yang memiliki bounce yang baik mampu mengurangkan rasa letih dengan memberikan daya dorong tambahan ketika kaki melangkah ke hadapan.
Ini amat penting untuk pelari jarak jauh! Ia membantu mengekalkan momentum dan memastikan setiap langkah lebih efisien. Secara tak langsung membuatkan larian menjadi bertambah laju!
Tambahan pula, kasut dengan sistem bounce yang canggih dapat mengurangkan risiko kecederaan. Keupayaannya menyerap impak hentakan mengurangkan tekanan kepada sendi dan otot.
Sementara itu, energy return memastikan pelari memanfaatkan tenaga dengan lebih efektif sepanjang larian.
Kasut larian dengan ciri energy return yang baik menggunakan teknologi khas untuk mengembalikan tenaga daripada setiap hentakan kaki ke permukaan, menjadikan langkah lebih ringan dan bertenaga.
Ini sangat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan prestasi larian, terutama ketika berlari pada kelajuan tinggi atau mendaki permukaan berbukit.
Dengan energy return yang optimal, pelari dapat mengekalkan daya tahan yang lebih lama dan mengurangkan keletihan, membolehkan mereka mencapai matlamat larian dengan lebih mudah.
Oleh itu, kedua-dua aspek ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengalaman larian yang selesa, selamat, dan berprestasi tinggi.
Salah satu kasut larian yang bakal menampilkan dua aspek ini dengan baik ialah ASICS NOVABLAST™ 5.
Versi terbaru siri ini merupakan di antara kasut larian yang cukup dinantikan ini menjanjikan pengalaman larian yang lebih bertenaga dan selesa, hasil gabungan material ringan serta teknologi midsole baharu yang inovatif.
NOVABLAST™ 5hadir bersama teknologi FF BLAST™ MAX foam cushioning, menjadikannya satu-satunya model dalam rangkaian ASICS yang menggunakan midsole sepenuhnya dengan teknologi ini.
Bahan baharu ini meningkatkan bounce atau sifat lonjakan sehingga 8.5% lebih baik berbanding model terdahulu.
Untuk pelari, ini bermaksud lebih banyak tenaga dikembalikan pada setiap langkah, memberikan pengalaman larian yang lebih lancar dan bertenaga.
Ia turut mengekalkan midsole geometri ikonik yang memberikan ilusi pergerakan dinamik, mencerminkan pengalaman unik pemakainya semasa berlari.
Dari aspek keselesaan pula bahagian atas kasut ini kini menggunakan Engineered Jacquard mesh yang lebih bernafas, memastikan kaki sentiasa sejuk dan selesa.
Inspirasi daripada siri SUPERBLAST™ juga dapat dilihat pada reka bentuk lidah kasut. Ia hadir dengan gusseted wing construction – memberikan pemakaian lebih kemas.
Reka bentuk midsole dan outsole NOVABLAST™ 5 tidak hanya memberi kesan visual, tetapi juga membantu meningkatkan prestasi.
Groove berbentuk pod di bahagian depan tapak kaki memberikan rasa anjal dan tenaga tambahan. Lalu membolehkan pelari merasakan daya tolakan yang lebih kuat pada setiap langkah.
“Kami mereka bentuk NOVABLAST™ 5 dengan pendekatan yang membolehkan FF BLAST™ MAX menonjolkan potensi sepenuhnya kepada pengguna,” jelas Pereka Kanan Kasut ASICS, Yosuke Atarashi.
“Secara visual, kami mahu rekaannya mencerminkan pengalaman dinamik dan perasaan di bawah kaki semasa berlari dengan versi terkini ini.”
Bakal diperkenalkan di pasaran pada harga RM 599, NOVABLAST™ 5 akan mula dijual di semua kedai ASICS dan platform dalam talian ASICS.com pada 10 Januari 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia ini dekelilingi oleh ramai orang yang suka menilai kita. Sesungguhnya, mereka langsung tidak pernah tahu tentang diri kita. Lebih-lebih lagi yang tidak tahu nama kita tapi masih mahu menilai diri kita. Jadi mengapa? Seharusnya, kita tidak perlu membiarkan sekumpulan masyarakat ini terus menganggu hidup kita. Tidak kisahlah dari segi perilaku mahupun perkataan, mereka tidak berhak menentukan arah tuju hidup kita. Pernah kah orang melabelkan diri kamu sebagai seorang yang menakutkan?
Menjadi seseorang yang digeruni kadang-kala dilihat sebagai seorang yang biadap ataupun kejam, terpulang kepada reaksi kita terhadap sesuatu perkara. Ini adalah tanda personaliti anda menakutkan orang ramai.
1. Jika kamu fikir buruk, maka kamu kata buruk.
Kejujuran adalah sesuatu perkara yang kami nilai dalam sesuatu masa. Jika kamu kata kamu akan lakukannya, maka kamu akan lakukan.
2. Jika kamu tidak suka seseorang, kamu akan bagitahu individu itu.
Kamu selalu cakap apa yang berada di kotak pemikiran kamu tanpa kamu fikirkan siapa yang akan terluka ataupun sentap dengan apa yang akan kamu bicarakan. Penipuan itu bukan makanan kamu.
3. Idea baru, cabaran baru. Tidak pada benda kolot!
Kamu sering berfikiran terbuka dan mudah menerima idea baru. Kamu juga suka mencuba perkara baru. Ini membantu kamu untuk mengecapi apa yang kamu inginkan berdasarkan peluang yang kamu ambil.
4. Maaf, kamu tak terima alasan.
Kamu fokus dalam mencari penyelesaian masalah. Kamu langsung tidak pernah memberi alasan untuk tidak mencari penyelesaian malah kamu akan pastikan semua masalah akan diselesaikan.
5. Jika kamu mahu mencapai bintang, kamu pasti akan lakukan!
Kamu sentiasa mahukan sesuatu perkara itu dicapai dan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik, tidak kira bagaimana sekalipun, kamu tahu kamu akan cuba untuk mendapatkan apa yang kamu mahu.
6. Orang suka komen boleh blah!
Mengomen membuatkan kamu berasa marah. Kamu lebih memilih untuk bekerja seorang diri daripada bekerja bersama orang yang suka memberi komen, itu dan ini.
7. Bijak dan padat!
Kamu selalu belajar benda yang baru dan cara berfikir yang baru kerana kamu mahu mencipta hasil yang berbeza-beza. Kamu juga seorang yang sellau fikir secara dalam dan tidak suka membuang masa, menjadikan kamu soerang yang bijak berfikir.
8. Sorry, no gossip!
Bagi kamu, small talk itu menjengkelkan. Kamu hanya akan bercampur dengan mereka yang berbual tentang perkara yang berfaedah. Jika seseorang itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu, kamu lebih selesa untuk tidak bertegur dengannya.
9. Kamu mulut lantang, but kamu baik hati!
Walaupun kamu seorang yang bermulut lantang, tetapi sebenarnya kamu adalah orang yang paling baik di dunia. Benar! Kadang-kala orang terlalu cepat menilai orang lain kerana kamu tiada masa untuk memberi pencerahan kepada orang lain terhadap sisi lain kamu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KLSCM 2026 sekali lagi membuktikan statusnya sebagai acara larian paling berprestij di Malaysia apabila kesemua slot untuk pelari tempatan habis ditempah dalam tempoh lebih lima jam selepas pendaftaran awam dibuka pada jam 10 pagi semalam.
Edisi ke-18 Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon ini secara rasmi mencatat sejarah tersendiri apabila sambutan luar biasa diterima daripada komuniti larian tempatan.
Pengumuman bahawa KLSCM 2026 ‘sold out’ membuktikan satu perkara yang jelas. Budaya larian di Malaysia bukan lagi sekadar trend sementara, tetapi telah berkembang menjadi gaya hidup yang serius dan kompetitif.
Pendaftaran untuk KLSCM 2026 sebenarnya telah dimulakan lebih awal pada 23 Februari bagi peserta yang layak untuk Priority Registration termasuk program Run For A Reason dan Corporate Challenge.
Namun apabila pendaftaran awam dibuka, respons komuniti larian sangat luar biasa sehingga semua slot untuk rakyat Malaysia habis dalam tempoh singkat.
Bagi individu yang masih ingin mendapatkan slot KLSCM 2026, peluang masih terbuka melalui inisiatif Run For A Reason dengan berlari sambil mengumpul dana untuk badan kebajikan terpilih.
Untuk kategori berkumpulan pula, KLSCM Corporate Challenge memberi platform kompetitif tetapi menyeronokkan kepada syarikat untuk bertanding sebagai satu pasukan sambil menyokong tujuan amal.
Antara penerima manfaat tahun ini termasuk Standard Chartered Foundation, Hospis Malaysia, Kechara Soup Kitchen, Teach For Malaysia dan Yayasan Jantung Kongenital Malaysia.
Menurut Pengarah Dirigo Events dan Pengarah Projek KLSCM, Rainer Biemans, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.
“Kami amat berterima kasih kepada komuniti larian atas sambutan dan sokongan luar biasa terhadap sukan ini serta KLSCM. Kami tidak sabar untuk melihat semua peserta memberikan yang terbaik dan pada masa sama mengalu alukan lebih ramai pelari antarabangsa ke ‘Hari Raya of running’ kami,” katanya.
Istilah ‘Hari Raya of running’ bukan sekadar frasa manis. Ia menggambarkan bagaimana KLSCM 2026 menjadi perhimpunan tahunan terbesar buat pelari dari pelbagai latar belakang, sama ada atlet elit mahupun pelari jarak jauh kali pertama.
Menariknya, bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026, slot untuk peserta bukan warganegara Malaysia masih dibuka sehingga 31 Julai atau sehingga 4,000 slot antarabangsa dipenuhi.
Rainer turut menambah bahawa tahap komuniti larian tempatan kini berada pada tahap yang jauh lebih tinggi berbanding beberapa tahun lalu.
“Standard komuniti larian telah meningkat dengan begitu ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“KLSCM berbangga dapat terus menyediakan platform bertaraf antarabangsa kepada pelari dari semua peringkat untuk mempamerkan kemampuan mereka. Kami berharap lebih ramai pelari dapat meningkatkan standard peribadi dan mencapai sasaran baharu dalam perjalanan mereka menjadi juara,” tambahnya lagi.
Kenyataan ini selari dengan realiti semasa di mana semakin ramai rakyat Malaysia menjadikan larian sebagai sebahagian rutin gaya hidup sihat. Daripada 5 kilometer hingga maraton penuh, disiplin dan konsistensi menjadi budaya baharu yang semakin kukuh dalam komuniti.
KLSCM 2026 turut menjadi penanda aras kepada pencapaian peribadi pelari, sama ada untuk memecahkan rekod sendiri atau sekadar menamatkan larian dengan penuh kepuasan.
KLSCM 2026 dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober 2026 dan kekal sebagai acara larian jarak jauh paling dinanti di Malaysia.
Acara ini dijangka menarik lebih 40,000 pelari dari Malaysia dan lebih 70 negara, menjadikannya antara acara sukan paling berprestij di rantau ini.
Standard Chartered Malaysia kekal sebagai penaja utama, dengan jenama sukan global ASICS dan IHH Healthcare sebagai penaja emas. Sokongan turut diberikan oleh pelbagai rakan rasmi termasuk 100 Plus, Counterpain, High5 Nutrition, Seiko dan TudungPeople.
Dengan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000 untuk pelari terbaik, KLSCM 2026 terus mengekalkan reputasinya sebagai acara larian utama negara.
KLSCM 2026 bukan sekadar perlumbaan. Ia adalah platform yang menyatukan komuniti, menggalakkan gaya hidup sihat dan memberi peluang kepada peserta mencabar had peribadi.
Apabila slot habis dalam tempoh lima jam, mesejnya jelas. Larian bukan lagi aktiviti sampingan, tetapi satu gerakan nasional yang semakin kuat dan berpengaruh.
Bagi mereka yang berjaya mendapatkan slot, 3 dan 4 Oktober nanti bakal menjadi medan untuk membuktikan ketahanan mental dan fizikal. Bagi yang terlepas, mungkin inilah masanya untuk mula berlatih lebih awal bagi edisi seterusnya.
Apa pun, satu perkara pasti. KLSCM 2026 sudah pun mencipta momentum sebelum garisan mula dibentangkan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.