Ada hari-hari tertentu kita rasa letih sangat, tapi peliknya tak tahu apa yang buat kita letih.
Mata asyik mengantuk siang hari, tapi bila malam dan dah baring elok atas katil, otak masih sibuk ligat berfikir.
Badan pula rasa lenguh-lenguh, kaki tiba-tiba kejang masa tidur, dan emosi pula makin sensitif benda kecil pun boleh buat kita triggered.
Badan mungkin sedang beri signal yang ia perlukan sesuatu.
Dan salah satu perkara yang paling ramai lelaki tak sedar ialah badan kita sebenarnya perlukan magnesium.
Foto : Depositphotos
Apa Fungsi Magnesium Dalam Badan Lelaki?
Magnesium ialah mineral asas yang sangat penting, tapi selalu diabaikan.
Ia terlibat dalam lebih 300 tindak balas kimia dalam badan dari penghasilan tenaga, keseimbangan tekanan darah, kawalan sistem saraf, sehinggalah ke pergerakan otot termasuk otot jantung.
Pendek kata, kalau badan kita ni macam enjin kereta, magnesium tu ibarat minyak pelincir.
Kita tak nampak fungsinya secara langsung, tapi bila ia tak cukup, satu badan mula rasa tak stabil dari kepala sampai ke kaki.
Ads
Kenapa Ramai Lelaki Mula Kekurangan Magnesium Lepas Umur 30?
Bila umur meningkat, metabolisme mula perlahan, hormon mula berubah, dan beban hidup pun makin bertambah.
Banyak lelaki dalam lingkungan umur 30-an ke atas sebenarnya sedang berada dalam “survival mode” kerja siang malam, balik rumah nak jadi suami dan ayah, tidur tak cukup, stres tak habis-habis.
Dalam keadaan macam ni, tubuh kita guna lebih banyak magnesium tanpa kita sedar.
Malangnya, pemakanan harian kita pula biasanya tak cukup nak topup semula.
Ads
Macam Mana Nak Tahu Badan Kita Kekurangan Magnesium?
Kekurangan magnesium tak beri kesan secara drastik, tapi ia tunjuk melalui simptom yang perlahan-lahan jadi normal dalam hidup kita.
Tidur makin tak lena, kerap terjaga malam. Kaki kejang bila baring.
Otot rasa keras atau tegang tak tentu masa. Mula rasa cepat marah atau sedih tanpa sebab. Kepala asyik sakit, kadang migrain.
Jantung rasa berdebar tiba-tiba. Dan yang paling ketara rasa lesu walaupun dah tidur cukup.
Lakukan teknik senaman dumbbell jika anda inginkan lengan yang padu dan sasa. Tak perlu ke gym, hanya sediakan dumbbell dan anda boleh buat teknik senaman dumbbell ini di rumah.
Teknik senaman dumbbell ini juga mudah untuk diikuti. Ini 4 teknik yang boleh amalkan.
1. HAMMER CURL
Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini juga ialah otot di bahagian forearm.
Cara senaman:
Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Pegang dumbbell dalam posisi menegak.
Luruskan tangan ke bawah, seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
2. BICEPS CONCENTRATION CURL
Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman:
Berada dalam posisi duduk.
Letak sebelah siku di atas paha sambil memegang dumbbell.
Angkat dumbbel sambil siku di paha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada paha.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
3. DUMBBELL RENEGADE ROW
Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps, selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Cara senaman:
Ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan.
Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
4. STANDING BICEPS CURL
Cara senaman:
Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan.
Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
Buat seorang beginner dan anda yang mungkin baru berjinak-jinak dengan aktiviti larian, melakukan larian 10 kilometer bukanlah satu jarak yang dekat.
Selain membina stamina, larian pada jarak itu juga memerlukan latihan yang intensif serta teknik yang betul. Jadi mungkin anda tertanya-tanya.
Bagaimanakah anda boleh melatih diri untuk melakukan larian pada jarak tersebut dalam masa singkat? Sebagai contoh dalam masa hanya 4 minggu. Pertama sekali, perkara paling penting untuk anda realisasikan misi ini ialah dengan membina ketahanan dan kekuatan tanpa melakukan latihan yang berlebihan.
Ia satu tugas bak kata orang “easier said than done”.
Jadi amatlah penting untuk anda mempunyai disiplin yang tinggi tak kiralah sama ada anda seorang pelari beginner, intermediate atau advanced. Kali ini MASKULIN ingin kongsi jadual latihan larian yang anda boleh follow untuk capai angka 10 kilometer!
LATIHAN LARIAN SELAMA SEBULAN
Sama ada anda seorang pelari beginner atau veteran, asas utama latihan larian ini ialah mengikuti latihan larian yang meliputi tiga jenis program iaitu:
Long Runs (LR) – larian melebihi 3 kiloneter yang dilakukan untuk membina stamina. Ini merupakan larian pada kelajuan di mana anda boleh bernafas dengan mudah dan selesa.
Easy Runs (ER) – larian di bawah 3 kiloneter bagi melatih diri untuk berlari dalam kondisi selesa dan senang.
Cross Training (CT) & hari rehat – Tempoh di mana anda boleh ambil untuk rehat atau melakukan aktviti lain seperti berbasikal, berenang atau yoga. Ia bergantung kepada diri anda untuk memastikan stamina berada pada paras sama.
Pernah tak anda kekejangan otot atau cramp semasa melakukan aktviti senaman atau larian? Terdapat beberapa punca mengapa ia boleh berlaku. Salah satunya ialah akibat tidak warm upatau melakukan pre-workout terlebih dahulu!
Bagi anda yang aktif dan mempunyai rutin senaman tersendiri pastinya setiap hari akan lakukan cabaran tersendiri. Pasti ada sasaran yang hendak dicapai setiap kali melakukan senaman. Namun ada satu perkara yang sangat penting ramai orang lupa. Pre-workout merupakan rutin yang sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kecederaan otot.
Memiliki tenaga yang berpanjangan semasa bersenam tak kira di kawasan beriadah, mauhu pun di gimnasium adalah idalam setiap orang. Makanan memainkan peranan penting dalam pencapaian seseorang. Seseorang yang menjaga diet, akan sentiasa menjaga pemakanan mereka tak kira dalam apa jua keadaan. Namun, ada antara anda yang masih tidak pasti bentuk makanan bagaimanakah yang sesuai dinikmati oleh seseorang sebelum memulakan senaman.
FAKTOR MAKANAN
Lebih sinonim dengan nama Pre-Workout dimana anda perlu mengambil sedikit makanan sebelum anda bersenam. Ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk antaranya makanan semua jadi, ataupun supplement yang telah diproses.
Masing-masing mempunyai khasiat tersendiri. Tujuan utama mengambil makanan Pre-Workout adalah untuk menstabilkan gula dalam darah semasa bersenam yang akan membantu mencegah pengurangan glikogen dan mengurangkan kerosakan otot anda.
Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan bergantung kepada jenis senaman anda. Contohnya seperti kefein yang diterangkan oleh pakar UK, dimana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan creatine atau kafein, boleh membantu untuk meningkatkan prestasi.
Walaupun mereka mungkin mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan mungkin juga meningkatkan aliran darah ke kulit, kesan-kesan ini begitu kritikal malah membantu anda menjadi lebih kuat, cerdas dan sihat.
Setiap coach, nutritionist, dan dietitian mempunyai konsep yang berbeza dalam jenis-jenis pre-workout. Namun, mereka semua mencapai kata sepakat bahawa makanan merupakan elemen terpenting dalam pre-workout. Makanan ini hendaklah diambil paling lewat 30 minit sebelum anda mula bersenam.
Karbohidrat membantu memaksimumkan glikogen untuk senaman intensiti tinggi, manakala lemak membantu badan anda untuk bertahan lebih lama ketika latihan. Protein juga boleh dimasukkan kerana ia meningkatkan sintesis protein otot dan membantu dalam pemulihan otot yag koyak ketika bersenam.
Tentu sekali, jika anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar nutrisi dan dietitian, mereka akan menasihatkan anda untuk makan makanan yang tidak diproses seperti telur mata lembu, telur rebus bersama dengan sekeping roti sebelum bersenam. Manakala coach dan pakar gimnasium akan sarankan anda untuk mengambil protein powder sebagai makanan tambahan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.