Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia bukan sekadar destinasi pelancongan. Dengan ketinggian 3,726 meter dari aras laut, ia adalah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia yang sering menjadi medan ujian ketahanan fizikal dan mental buat para pendaki.
Bagi Muhammad Salihin Md Noor, atau lebih mesra dipanggil Piji, pengalaman menawan Rinjani bersama 11 rakan pendaki dari Malaysia baru-baru ini meninggalkan 1001 kenangan – ada getir, ada keindahan, malah ada detik yang benar-benar menyentuh jiwa.
Piji (kiri) bersama Yana (kanan), Fuad (belakang kanan) dan Yasin (belakang kiri) ketika berjaya tiba di Pelawangan.
Cuaca Ekstrem, Trek Berdebu
Piji mengakui suasana mendaki Rinjani cukup berbeza berbanding gunung di tanah air. “Cuaca di sana pelik – kalau panas, terik menyengat. Kalau sejuk, memang mencengkam tulang. Trek pula berdebu dan berpasir, memang perit pada tekak,” jelasnya.
Mereka berkhemah dua malam, pertama di Pelawangan dan kedua di Danau Segara Anak. Dari kawasan berkabus sejuk hingga pemandangan menghijau luas seperti ‘wallpaper Windows XP’, setiap checkpoint menuntut semangat juang yang tinggi.
Semangat Setiakawan
Dalam keterujaan mendaki, detik cemas berlaku apabila seorang rakan, Yana, terkena pedih ulu hati ketika perjalanan ke Pelawangan. Tanpa berfikir panjang, Piji bersama dua lagi sahabat sanggup memperlahankan langkah demi memastikan Yana tiba dengan selamat.
“Dalam pendakian, kita kena jadi moral support antara satu sama lain. Bukan soal menyusahkan, tapi soal sama-sama kuat. Itu baru semangat pasukan,” tegasnya.
Ads
Air Mata di Pelawangan
Sampai di Pelawangan, Piji menitiskan air mata melihat panorama matahari terbenam menghadap Tasik Danau Segara Anak. Namun, perjalanan ke puncak tidak kesampaian apabila beliau diserang AMS (altitude mountain sickness).
“Saya terpaksa akur. Kalau terus paksa diri, risikonya besar. Bagi saya, ini bukan kegagalan, tapi tanda saya perlu kembali lebih kuat,” katanya penuh tekad.
Seperti Dunia Jurassic Park
Walaupun tidak sampai ke summit, Piji berpeluang melalui laluan Torean ketika turun. Laluan itu seakan membawa pendaki ke dalam filem “Jurassic Park” dengan pemandangan hutan purba, deruan angin dan panorama epik yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Ads
“Itu saat yang paling indah, seolah-olah mimpi jadi kenyataan bila dapat tengok dengan mata sendiri,” tambahnya.
Semangat Untuk Kembali
Bagi Piji, pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk kembali menjejakkan kaki ke puncak Rinjani suatu hari nanti. Baginya, setiap langkah di gunung bukan sekadar tentang sampai ke puncak, tetapi tentang nilai persahabatan, kepimpinan dan kekuatan jiwa seorang lelaki.
“Ini bukan pengakhiran. Saya pasti akan kembali untuk tinggalkan tapak kaki di summit Rinjani,” tutupnya penuh yakin.
Ads
Tip Survival & Persediaan Mendaki Rinjani
1. Latihan Fizikal Sebelum Berangkat – Fokus pada kardio seperti larian jarak jauh, hiking berbeban, serta latihan kekuatan kaki. – Amalkan stamina training sekurang-kurangnya 2–3 bulan sebelum ekspedisi.
2. Gear Wajib – Jaket tahan sejuk & windbreaker kerana suhu boleh turun sehingga hampir 0°C. – Hiking pole untuk kestabilan di trek berpasir dan berbatu. – Mask atau buff bagi elak habuk & debu gunung berapi.
3. Pengurusan Nutrisi – Bawa makanan tinggi tenaga seperti energy bar, coklat, kacang & kurma. – Minum air secukupnya untuk elak dehidrasi, terutama di kawasan berdebu.
4. Elak AMS (Altitude Mountain Sickness) – Naik secara perlahan, beri masa tubuh adaptasi dengan altitud tinggi. – Jangan paksa diri jika rasa pening, loya atau sesak nafas. – Pastikan rehat cukup dan tidur berkualiti setiap malam.
5. Mental & Teamwork – Ingat, mendaki gunung bukan soal ego individu. Ia soal kerjasama, saling sokong dan bertahan sama-sama. – Bawa semangat positif, kerana di puncak nanti yang lebih penting ialah pengalaman dan persaudaraan, bukan sekadar ‘sampai atas’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bergegar Pavilion Khamis lepas dengan fans Park BoGum. Kami dapat tahu, peminat sudah berkampung di Pavilion sejak 9 pagi walaupun majlis pelancaran bermula pada 7 malam. Fuhhh, dasyat peminat KDrama dan Kpop ni. Ini semua gara-gara Samsung menjadikan Park BoGum sebagai duta produk terbaru mereka iaitu Samsung S9 dan S9+
Park BoGum merupakan aktor Korea yang semakin meningkat naik di Asia menurusi drama hit nya ‘Love In The Moonlight’. Walaupun kemunculannya hanya setengah jam, namun peminat merasa berpuas hati dengan ‘fans service’ yang diberikan oleh Park Bogum.
Telefon pintar ini mempunyai fungsi baru iaitu super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa. Untuk mereka yang gemar ‘OOTD’ dengan seribu satu maksud, ini merupakan bayi idaman anda.
“Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di laman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi” kata KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics
Pembukaan acara petang itu diserikan oleh JinnyboyTV dan Reuben (Youtubers Malaysia) dimana mereka sempat demo kechanggihan bayi terbaru Samsung ini.
Kepada anda yang dah tak sabar nak memiliki Smart Phone ini anda boleh dapatkan Galaxy S9 dengan harga RM 32,999( 64GB) dan Galaxy 9+ dengan harga RM3,799(64GB). Malah jika anda membeli dalam masa yang terdekat ini, anda bakal mendapat diskaun dan barangan percuma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun namanya terpalit dengan kontroversi hangat bersama bekas isterinya, Johnny Depp dilihat tetap utuh mempertahankan reputasinya sebagai ikon berpengaruh.
Kisah pergolakan rumah tanngganya bersama Amber Heard telah menjadi penghias muka hadapan berita-berita berpengaruh dunia.
Namun keputusan yang memihak kepadanya dalam perbiacaraan tahun lalu sedikti sebanyak telah memulihkan imejnya sebagai seorang selebriti yang dilihat masih mempunyai pengaruh sangat besar dalam dunia lakonan danjuga fesyen.
Bersama Dior yang setia bersamanya, Johnny Depp dilihat sebagai antara wajah jenama tersebut dengan persona cukup ikonik. Dan terbaru, Dior telah dilaporkan menawarkan kontrak kepada Johnny Depp bernilai USD20 juta (RM90 juta) sebagai duta wangian mereka.
Jenama fesyen dan kosmetik mewah dari Perancis tersebut dilihat setia berdiri bersama Johnny Depp ketika dia ‘dilambung’ ombak.
Melihatkan hubungan baik itulah membuatkan Dior tanpa ragu-ragu menandatangani Johnny Depp untuk sebuah kontrak yang cukup besar menandakan kerjasama mereka bagi wangian lelaki. Ia merupakan kontrak yang terbesar pernah dilaporkan seumpamanya.
LEBIH BESAR
Memetik Variety, perjanjian tiga tahun itu pada harga lebih daripada USD20 juta, mengatasi perjanjian USD12 juta Robert Pattinson untuk berkhidmat sebagai jurucakap pakatan Dior Homme dan USD7 juta untuk Brad Pitt mempromosikan Chanel No. 5.
Sumber yang biasa dengan industri wangian ini turut mengatakan kebanyakan artis ‘A-lister’ dengan tawaran wangian memperoleh sekitar USD2 juta sehingga USD4 juta setahun seperti Chris Pine di mana kontraknya bersama Armani bernilai $4 juta setahun dalam tempoh tiga tahun.
Johnny Depp, bintang filem siri ‘Pirates of Caribbean’ telah menjadi wajah wangian Dior Sauvage sejak tahun 2015 dengan seleksi kempennya ditampilkan sebagai bintang rock.
Walaupun pernah berdepan tekanan dan gesaan untuk menggugurkan Johnny Depp namun Dior tetap utuh bersamanya sehingga ke hari ini.
Imej dan keboleh pasaran Johnney Depp meningkat secara mendadak tahun lepas selepas keputusan mahkamah tersebut menjadikan wangian tersebut sangat popular di pasaran bukan sahaja Amerika Syarikat tetapi seluruh dunia.
Perjanjian Dior yang cukup besar ini juga dilihat mungkin menjadi pembuka jalan semula bagi Johnny Depp kembali ke filem dari studio utama, yang telah teragak-agak untuk bekerjasama dengannya sebelum ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semestinya menjadi mimpi ngeri jika kita tersalah menghantar whatsapp kepada seseorang lagi-lagi time tu kita mengutuk si polan.
Tapi kerisauan anda itu bakal berakhir kerana selepas ini Whatsapp bakal hadir dengan fungsi terbaru iaitu Delete For Everyone!
Whatsapp kini sedang menguji fungsi terbaru ini dan pastinya ia bakal menggembirakan pengguna iOS dan Android yang sering kali tersalah hantar mesej.
Fungsi Delete For Everyone ini meliputi pelbagai jenis termasuklah teks, gambar, video, GIF, dokumen dan juga status.
Tetapi syarat utama untuk fungsi ini ialah pengguna haruslah memadam mesej tersebut dalam masa lima minit. Jika sudah melepasi 5 minit, mesej tersebut tidak boleh dipadam lagi.
Macammana, hebat kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.