Laporan analisis terbaharu Kaspersky mendedahkan trend membimbangkan berkaitan penglibatan kanak-kanak Malaysia dengan kandungan berisiko dalam talian.

Sepanjang Mei 2024 hingga April 2025, data daripada perisian kawalan ibu bapa Kaspersky Safe Kids menunjukkan kanak-kanak tempatan telah terdedah kepada kategori kandungan sensitif.

Ini termasuk kepada beberapa kategori seperti bahan lucah (1.42%), perjudian (0.98%), senjata dan bahan letupan (0.68%), kata-kata kesat (0.52%) dan keganasan (0.30%).

Apa yang lebih merisaukan, semua ini berlaku dalam ruang digital yang sama digunakan kanak-kanak untuk bermain game, komunikasi internet dan perisian video.

Ini bermakna kandungan berbahaya kini semakin menyusup dalam aktiviti harian atas talian mereka.

Pendedahan ini diperkukuh lagi dengan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan 85.6% remaja berumur 13 hingga 17 tahun adalah pengguna aktif internet, dan 92% memiliki akaun media sosial sendiri, dengan purata masa tiga hingga lima jam sehari dihabiskan dalam talian.

Dalam masa yang sama, Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) turut memberi amaran tentang ancaman baharu seperti pornografi ciptaan AI dan kandungan deepfake yang mudah diakses remaja.

Ads

Pendedahan Kanak-Kanak Malaysia Kepada Kandungan Bahaya Dalam Talian Semakin Membimbangkan

Usaha Perlindungan Lebih Tegas dan Serantau

Sebagai respons kepada ancaman ini, Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 telah digazetkan dan bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi sebaik garis panduan pelaksanaannya dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Akta ini dijangka menjadi benteng penting bagi melindungi pengguna muda serta menuntut akauntabiliti platform digital terhadap kandungan yang disebarkan.

Trend yang diperhatikan di Malaysia juga seiring dengan negara serantau lain. Di Singapura, 3.82% kanak-kanak mengakses kandungan lucah, manakala di Vietnam 3.11%. Filipina mencatatkan kadar pendedahan kepada kandungan perjudian dan senjata setinggi 3.68%, manakala Thailand pula 0.91%.

Ads

Sebagai ibu bapa atau golongan dewasa, soalan patut kita tanya ialah adakah kita benar-benar tahu apa yang anak-anak kita lakukan dalam talian?

Apa yang nampak seperti masa skrin yang biasa mungkin sebenarnya membuka ruang kepada kandungan berisiko. Kesedaran ibu bapa penting, tetapi ia hanya sebahagian daripada penyelesaian.

BACA: ECU Kereta Rosak? Ini 5 Petanda Penting Perlu Diperhatikan!

Peraturan nasional, pendidikan digital dan alat keselamatan yang mudah diakses perlu bergerak seiring,” ujar Ketua Saluran Pengguna Asia Pasifik Kaspersky, Choon Hong Chee.

Ads

Antara cadangan Kaspersky kepada ibu bapa:

  • Bina komunikasi terbuka dengan anak-anak tentang bahaya dalam talian dan tetapkan sempadan penggunaan.
  • Sentiasa ikuti perkembangan trend digital dan pantau interaksi anak di internet.
  • Gunakan pendekatan menyeronokkan untuk mendidik seperti Kaspersky Cybersecurity Alphabet dan buku cerita Midori Kuma.
  • Guna perisian kawalan seperti Kaspersky Safe Kids untuk kawal masa skrin, tapisan laman web berbahaya dan kesejahteraan digital keseluruhan.
  • Manfaatkan sumber tempatan seperti program CyberSAFE® oleh CyberSecurity Malaysia.

Bagi memperluas pendidikan keselamatan digital, Kaspersky turut melancarkan edisi Bahasa Melayu buku kanak-kanaknya bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), menggunakan kaedah bercerita interaktif. Inisiatif serupa turut dikembangkan ke Vietnam dan Jepun.

Sama-sama kita sama-sama memainkan peranan dalam usaha menangani isu serius seperti ini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads