
Setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, satu perkara yang pasti menjadi tumpuan ramai semestinya hidangan yang berasaskan daging lembu.
Bayangkan saja sup tulang, rendang, sate, gulai kawah hinggalah daging bakar, semuanya seolah-olah menjadi salah satu menu wajib sepanjang musim perayaan.
Namun di sebalik kemeriahan menikmati juadah korban bersama keluarga dan jiran tetangga, mungkin anda tertanya-tanya berapa banyakkah daging lembu yang selamat untuk dimakan terutamanya dalam tempoh sehari?

Adakah pengambilan dan makan terlalu banyak daging dalam tempoh singkat boleh memberi kesan kepada kesihatan?
Jawapannya… ya, jika ia tidak dikawal oleh anda sendiri.
Daging Lembu Memang Kaya Nutrisi
Sebelum anda berasa was-was atau takut, salah satu perkara perlu anda tahu ialah daging lembu sebenarnya mempunyai khasiat yang cukup banyak untuk kita.
Daging lembu merupakan sumber makanan yang kaya dengan:
- Protein
- Zat besi
- Vitamin B12
- Zinc
- Creatine semula jadi
Protein daripada daging lembu juga membantu:
- Pembinaan otot
- Pemulihan badan
- Tenaga harian
- Rasa kenyang lebih lama
Sebab itu daging merah sering menjadi pilihan individu aktif dan mereka yang bersenam.
Namun seperti kebanyakan makanan lain, pengambilannya tetap perlu berpada-pada.

Berapa Banyak Daging Patut Kita Makan?
Secara umum, kebanyakan pakar pemakanan menyarankan pengambilan daging merah sekitar:
- 65g hingga 90g setiap hidangan
Ia bersamaan lebih kurang:
- Saiz tapak tangan orang dewasa
ATAU - Satu hingga dua potong sederhana daging
Dalam seminggu pula, pengambilan daging merah biasanya disarankan tidak melebihi:
- 350g hingga 500g daging masak
Tetapi ketika Aidiladha, ramai tanpa sedar mengambil jumlah jauh lebih tinggi dalam masa satu atau dua hari sahaja.
Apa tidaknya, pagi makan sup gearbox. Tengah hari pula dijamu dengan nasi bersama gulai kawah. Dan penutup untuk makan malam pula sambung sate dan daging bakar.
Itu belum campur lagi dengan ‘membilasnya’ dengan air manis dan makanan berlemak lain.
Risiko Jika Terlalu Banyak Makan Daging
Pengambilan daging lembu secara berlebihan terutama dalam tempoh singkat boleh menyebabkan beberapa kesan terhadap badan.
Antara yang biasa berlaku termasuk:
- Perut rasa berat
- Cepat haus
- Sembelit
- Badan terasa panas
- Senak perut
- Sukar tidur
Bagi individu yang mempunyai masalah seperti:
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
- Gout
- Penyakit jantung
- Masalah buah pinggang
pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko komplikasi kesihatan.
Ini kerana sesetengah bahagian daging terutama organ dalaman dan lemak mengandungi kandungan purin serta lemak tepu yang tinggi.

Bahagian Daging Pun Mainkan Peranan
Tidak semua bahagian lembu mempunyai kandungan lemak yang sama.
Contohnya:
- Bahagian daging pejal lebih rendah lemak
- Organ dalaman seperti limpa dan hati lebih tinggi kolesterol
- Bahagian berlemak dan tulang sumsum lebih tinggi lemak tepu
Sebab itu cara masakan dan bahagian yang dipilih juga memainkan peranan besar terhadap kesihatan.
Kalau boleh:
- Kurangkan makanan terlalu berminyak
- Lebihkan sup atau grill
- Seimbangkan dengan sayur
- Minum air kosong secukupnya
Ini membantu badan lebih mudah menghadam makanan berat ketika musim perayaan.
Jangan Lupa Serat & Air Kosong
Satu lagi kesilapan biasa ketika Aidiladha ialah terlalu fokus makan daging tetapi kurang mengambil:
- Sayur
- Buah
- Air kosong
Sedangkan serat sangat penting untuk membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik.
Minum air secukupnya pula membantu badan memproses protein dan garam dengan lebih efektif.
Kalau makan terlalu banyak daging tanpa air dan serat mencukupi, badan lebih mudah rasa lesu dan “berat”.
Orang Aktif Boleh Makan Lebih?
Individu yang aktif bersenam atau mempunyai jisim otot lebih tinggi biasanya memerlukan protein lebih banyak berbanding orang biasa.
Namun itu tidak bermaksud boleh makan tanpa had.
Badan tetap perlukan keseimbangan nutrisi lain seperti:
- Karbohidrat
- Serat
- Lemak sihat
- Vitamin
- Mineral
Protein berlebihan yang tidak digunakan badan juga tidak semestinya memberi manfaat tambahan.
BACA: Berapa Kerap Perlu Berhenti Rehat Dari Ketika Dalam Perjalanan Jauh?
Aidiladha Tentang Kesederhanaan
Paling penting, Hari Raya Aidiladha sebenarnya mengajar tentang kesyukuran, perkongsian dan kesederhanaan.
Tak salah menikmati hidangan daging bersama keluarga.
Tetapi tidak perlu sampai makan secara berlebihan hanya kerana “setahun sekali”.
Kadang-kadang badan kita sendiri akan “protes” kalau terlalu banyak dipaksa bekerja memproses makanan berat dalam tempoh singkat.
Jadi sempena musim perayaan ini, nikmatilah juadah korban dengan bijak.
Nak makan boleh, tapi biarlah berpada-pada supaya raya tetap meriah tanpa badan “terkejut” selepas itu!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




