Latihan berat dan bersenam, bersama-sama dengan mengambil protein shake, adalah cara yang baik untuk menambah berat badan.
CAMPURAN UNTUK MENAMBAH BERAT BADAN
Ambil jumlah yang sama serbuk biji buah delima, serbuk muesli putih, dan serbuk akar ginseng India. Adun campuran ini bersama-sama dengan segelas air atau susu dua kali sehari selama kira-kira sebulan. Ini akan membantu anda menambah berat badan selain daripada membentuk badan anda.
BUAH-BUAHAN
Buah-buahan terbaik untuk mengambil dalam kes ini adalah betik. Ia berfungsi sebagai pembuka selera yang sangat baik, memperbaiki penghadaman dan mengurangkan sembelit.
BUAH-BUAHAN KERING DAN SUSU
Rebus susu dengan beberapa badam, kurma, dan buah tin (anjeer) di dalamnya dan diminum hangat.
SUSU DAN PISANG
Ads
Susu dan pisang kedua-dua nya adalah ramuan hebat untuk penambahan berat badan. Apabila dimakan sebagai shake, smoothie, atau masing-masing, mereka menyediakan tubuh dengan nutrien dan mineral yang ia perlukan dan juga membantu untuk membina jisim badan.
Penyekkan pulpa pisang yang masak ke dalam susu dan tambah gula. Anda juga boleh makan pisang bersama-sama dengan susu setiap hari.
MANGGA
Mangga berguna dalam menambah berat badan. Makan mangga diikuti dengan segelas susu. Cara yang lain ialah segelas susu dengan mangga shake setiap hari selama sebulan.
KISMIS
Raisins bermanfaat dalam menyelesaikan masalah berat badan yang rendah. Ambil 30 gram kismis setiap hari selama kira-kira sebulan.
Ads
BUAH TIN / ARA
Ambil 3-4 buah ara kering dan rendam semalaman di dalam air. Ambil dua kali sehari.
MENINGKATKAN MAKANAN LEMAK
Tingkatkan pengambilan keseluruhan makanan anda seperti beras, madu, kismis, buah ara, kurma, mentega, gandum bercambah, dll.
KACANG GAJUS
Ads
Makan kacang gajus atau gula-gula yang dibuat dari gajus kerap membantu.
Tidak dapat dinafikan Piala Dunia 2022 yang berlangsung kini merupakan antara edisi yang paling dramatik. Pasukan-pasukan dari Asia terutamanya telah membuktikan mereka mampu menewaskan lawan yang lebih gah dari Eropah dan juga Amerika Selatan.
Sebagai contoh pasukan Jepun yang menumpaskan gergasi bola sepak yang juga bekas juara dunia iaitu Jerman dan Sepanyol. Mereka mencatatkan sejarah tersendiri dengan kemenangan tersebut yang turut menyaksikan Jepun layak ke pusingan kalah mati.
Namun perjalanan mereka di Piala Dunia 2022 terhenti selepas perlawanan menentang Croatia semalam berpihak kepada pihak lawan. Jepun berjaya mengheret finalis pada tahun 2018 hingga ke penentuan sepakan penalti.
Nasib tak menyebelahi mereka apabila tewas dengan penentuan penalti 3 gol berbalas 1. Walaupun berdepan dengan kekalahan yang cukup menghampakan namun Jepun terus menonjolkan sifat disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.
Terbaru telah tular di mana skuad Samurai Biru tersebut meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dengan momen yang cukup menarik. Selain keadaan bilik persalinan yang sangat bersih pasukan Jepun turut meninggalkan nota terima kasih berserta origami istimewa sebagai hadiah kepada penganjur.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka melakukan perkara yang cukup menyentuh perasaan ini. Selepas kemenangan menentang Jerman juga mereka turut meninggalkan nota yang lebih kurang sama.
Manakala dalam nota ucapan terima kasih terbaru ini ditulis dalam bahasa Arab dan Jepun ditinggalkan di bilik persalinan stadium tersebut. Walaupun kalah, pasukan Jepun telah memenangi hati ramai peminat bolasepak seantero dunia.
Tahniah Jepun. Anda membanggakan Asia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketika ditemui media sempena majlis pelancaran dirinya sebagai brand ambassador terbaru Puma Malaysia, Arif Aiman tampil tenang, namun lantang menjawab isu yang sedang hangat diperkatakan kehadiran pemain warisan dalam skuad Harimau Malaya.
“Bagi saya, benda ni positif. Saya sendiri belajar banyak daripada mereka. Mereka bukan datang nak ambil tempat, tapi bantu kuatkan pasukan. Bila kita ada ramai pemain bagus, itu bukan satu masalah itu satu kelebihan,” katanya.
Arif juga menekankan bahawa dia tak pernah rasa dirinya ‘kecil’ atau ‘terancam’ dengan kemasukan pemain naturalisasi.
Malah, dia melihatnya sebagai satu peluang keemasan untuk berkembang dan belajar daripada mereka yang sudah menempuh pengalaman luas di peringkat tertinggi.
“Saya tak nafikan mereka main kat Liga Turki, Liga Portugal, Liga Eropah… itu semua bukan benda kecil. Jadi saya ambil semua tu sebagai pelajaran. Kita kena tengok dari sudut manfaat macam mana kita boleh belajar dari cara mereka training, jaga makan, disiplin taktikal.”
Baginya, jika pemain muda Malaysia mahu pergi lebih jauh, mereka tak boleh ego atau selesa dengan status sekarang.
Walaupun isu pemain warisan terus jadi bualan, Arif tetap tenang membawa naratif perpaduan.
Bagi beliau, kunci utama dalam bola sepak adalah kesatuan pasukan.
“Kita semua bawa jersi yang sama. Tak kisahlah dia dari latar mana pun, kita tetap satu Harimau Malaya. Kita ada model yang sama, matlamat yang sama nak harumkan nama negara,” jelasnya lagi.
Kalau nak tahu apa yang membezakan Arif daripada pemain muda lain, ia bukan semata-mata kepantasan atau kelincahan di padang. Ia bermula dari cara dia berfikir.
“Saya selalu tekankan mindset. Kalau mental kita kuat, kita boleh adapt dan grow dengan mana-mana player pun. Kita kena ada rasa ingin belajar dan improve hari demi hari. Kalau kita stuck dengan cara lama, kita tak ke mana.”
Baginya, perubahan besar dalam bola sepak bermula dari dalam daripada cara pemain melihat cabaran, tekanan dan persaingan.
Di sebalik penampilannya yang masih muda dan bergaya sebagai duta kepada jenama global, Arif Aiman sedang menunjukkan sisi lain dirinya.
Bukan sekadar pemain sayap berbisa yang menakutkan pertahanan lawan, tapi juga seorang figura muda yang matang, berpandangan jauh dan mula memikul tanggungjawab sebagai suara kepimpinan generasi baru.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Asma adalah penyakit yang biasa. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa terkena penyakit ini. Antara ubat yang kerap digunakan ialah INHALER. Adakah anda betul-betul kenal inhaler yang anda gunakan? Ramai juga yang tak tahu teknik betul gunakan inhaler, jadi hasilnya nanti kawalan asma tidak efektif.
JENIS JENIS INHALER
Untuk mudah faham, terdapat dua jenis inhaler sahaja dalam pasaran:
1) MDI ( Metered Dose Inhaler), juga dipanggil Evohaler.
2) Dry Powder Inhaler / Breath Activated Inhaler.
OK, MDI Inhaler / Evohaler, ubat asmanya menggunakan prinsip ‘pressurized gas’ .Untuk guna, kita perlu tekan barulah gas keluar.
Sebab yang keluar ialah gas yang telah dimampatkan, maka koordinasi masa guna MDI Inhaler adalah amat penting. Tak betul cara pakai, gas akan banyak terbazir keluar dari mulut ( dan tak sampai ke paru-paru).
Sebab perlukan koordinasi yang betul, maka kanak-kanak bawah usia 12 tahun selalunya tak boleh gunakan MDI Inhaler dengan betul. Mereka perlukan alat yang dipanggil ‘spacer’. Spacer akan dicocok pada hujung MDI Inhaler, dan kanak-kanak akan menyedut gas menerusi spacer ini.
Manakala utk Dry Powder Inhaler / Breath Activated Inhaler, ia menggunakan ubat dalam bentuk serbuk kering. Ianya lebih mudah di gunakan, tak perlu nak tekan .Tak perlu koordinasi yg rumit utk gunakan ia. Jadi macam mana nak guna? Kita sedut ubat serbuk ini dengan menarik nafas dalam dalam. Muncung bibir perlu di letak pada alat Dry Powder Inhaler, dan kita sedut ke dalam nafas kuat-kuat untuk menarik keluar ubat serbuk kering itu.
==============================================
Ok, Inhaler samada jenis MDI / Evohaler ATAU Dry Powder Inhlaer ini, perlu digunakan pada waktu yang betul. Tang ini ramai patient asma terkeliru, dan ada salah pakai.
Senang cerita, Inhaler digunakan dalam 2 CARA:
1) Guna bila perlu / Inhaler Penyelamat /Inhaler Pelega
2) Guna setiap hari / Inhaler Mencegah
================================================
Inhaler dalam kategori (1), iaitu sebagai Penyelamat atau Pelega, di gunakan hanya bila perlu. Iaitu bila kena attack asma. Bila anda rasa sesak nafas. Jangan di guna setiap hari. Tujuan inhaler ini ialah utk cepat melegakan rasa sesak nafas. Bila kena attack asma, saluran paru paru menyempit. Ubat dlm inhaler penyelamat ini, cepat membuka saluran udara yg sempit.
Utk mudah faham, DI MALAYSIA ini, semua inhaler dalam kategori ( 1) ini, penutup nya ialah berwarna BIRU. Ingat warna ini. Inhaler yg warna BIRU, guna hanya bila perlu sahaja.
Nama yg biasa patient faham utk inhaler jenis ini antara nya:
VENTOLIN INHALER / ASTHALIN INHALER / SALBUTAMOL INHALER. — ini semua inhaler yg sama. Guna bila perlu. Penutupnya BIRU.
————————————————————–
Inhaler dalam kategori ( 2), iaitu Inhaler Mencegah, digunakan SETIAP HARI. Bukan semua patient asma akan dapat ubat inhaler jenis ini.Hanya patient yg agak teruk sikit asma nya akan dibekalkan dengan ubat inhaler kategori ini, supaya asmanya lebih terkawal. Somacam mana nak tahu anda perlukan inhlaler jenis ini,antaranya ialah:
– Anda perlu guna Inhaler Bila Perlu / Penyelamat LEBIH dari sekali sehari
– Atau, hampir setiap malam anda perlu bergantung kepada Inhaler. Bila Perlu / Penyelamat, iaitu hampir setiap malam anda ada attack asma.
Di Malaysia, inhaler yang jenis mencegah / penyelamat ini ada banyak jenis. Maksud banyak jenis itu ialah:
– Banyak jenis warna penutup Inhalernya.
– Banyak jenis rupa botol inhalernya.
Untuk mudah faham, kalau doktor anda bagi inhaler yang mana penutupnya BUKAN WARNA BIRU, ianya perlu di gunakan setiap hari. Tak kira lah bentuk inhaler nya macam mana, macam botol lonjong yg biasa anda tengok,atau bentuk disc /cengkerang. Asalkan BUKAN WARNA BIRU, ianya selalunya perlu di ambil setiap hari.
Warna apa yang ada?
Antara nya Oren, Hijau, Coklat, Ungu, Merah.
INHALER MENCEGAH INI ADA STEROID. TAPI JANGAN RISAU DULU. KUANTITI STEROIDNYA ADALAH KECIL, DAN IANYA DI MASUKKAN KE DALAM PARU-PARU TANPA PERLU DI TELAN ( TAK DISERAP DALAM DARAH). JADI SECARA UMUMNYA, PENGGUNAAN INHALER MENCEGAH YANG ADA STEROID INI ADALAH SELAMAT, MALAHAN AMAT DIPERLUKAN BAGI MEREKA YG AGAK TERUK SIMPTOM ASMANYA.
Berapa lama perlu di gunakan hari hari? Ini bergantung kepada asma anda, umur anda,dan jikalau anda ada penyakit2 lain. Namun secara general, selalunya anda perlu guna inhaler mencegah ini setiap hari selama 3 ke 6 bulan, bergantung. Doktor anda akan tentukan dos yg sesuai utk anda.Ikut arahan doktor.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.