Memiliki jenama sendiri sememangnya impian buat ramai lelaki. Buat pengasas jenama ALFARO, Farooq Ahmad mencari satu idea pemasaran produknya merupakan satu cabaran tersendiri.
Baru-baru ini MASKULIN sempat menghadiri pertunjukan fesyen ALFARO Koleksi Raya 2025 di ibu negaera. ALFARO melakar sejarah tersenduru dengan pertunjukan fesyen pertamanya.
Ia bukan sekadar acara memperkenalkan koleksi baharu, malah membuktikan komitmen Ahmad Farooq Ahmad dan jenamanya dalam menghasilkan rekaan berkualiti tinggi yang eksklusif dan penuh inovasi.
Sejak diperkenalkan, ALFARO telah mencuri perhatian dengan penggunaan fabrik premium dan rekaan yang memikat. Untuk koleksi Raya 2025, jenama ini sekali lagi menampilkan sesuatu yang luar biasa.
“Koleksi yang dipertontonkan menggabungkan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu, menghasilkan satu padanan yang penuh gaya serta sentuhan moden.
“Keunikan koleksi ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam setiap jahitan,” jelas Farooq Ahmad yang cukup teruja.
Gandingan antara unsur tradisi dan elemen moden ini mencerminkan evolusi gaya lelaki masa kini, yang semakin menghargai gabungan keanggunan klasik dengan sentuhan kontemporari.
Ads
Pengiktirafan Kualiti & Rekaan Eksklusif
Bukan sekadar jenama fesyen biasa, ALFARO turut membuktikan tahap kecemerlangannya dengan menerima pengiktirafan ISO 9001 bagi pengurusan kualiti.
Pencapaian ini menjadi bukti kepada ketelitian jenama ini dalam memastikan setiap helaian pakaian memenuhi piawaian tertinggi.
Koleksi Raya 2025 ALFARO bukan hanya tentang estetika, tetapi juga tentang keselesaan dan kesesuaian untuk semua.
Direka untuk pelbagai lapisan masyarakat, koleksi ini menawarkan pilihan saiz yang inklusif. Ini bagi memastikan setiap lelaki dan wanita tampil segak tanpa mengira bentuk badan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ALFARO, Muhammad Irfan, “Kali ini ALFARO turut memperkenalkan beberapa inovasi dalam penggunaan fabrik dan teknik jahitan dalam koleksi Raya tahun ini.”
Ads
Dengan pemilihan fabrik premium serta jahitan teliti oleh tukang jahit berkemahiran tinggi dari luar negara, setiap helaian bukan sahaja bergaya, malah tahan lama dan selesa.
Mudah Didapati
Bagi anda yang berkenan dan ingin miliki koleksi ini, ALFARO telah membuka 8 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh.
Tidak cukup dengan itu, pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui TikTok, Lazada, Shopee, dan laman web rasminya.
Sebagai jenama yang memahami keperluan pelanggan moden, ALFARO turut menawarkan aplikasi kesetiaan yang memberikan pelbagai ganjaran menarik serta pilihan pembayaran fleksibel melalui Shopee PayLater, lengkap dengan potongan harga eksklusif.
Ads
Dengan kejayaan penganjuran pertunjukan fesyen pertamanya ini, ALFARO semakin mengorak langkah untuk menjadi jenama utama dalam dunia fesyen tempatan.
Perkara paling seronok apabila membeli kasut atau sneakers baru, step pertama merasai pengalaman melakukan unboxing. Ketika pertama kali melihat sneakers yang dibeli berada di depan mata.
Dan bau kasut yang masih baru itu segera menyergah ke rongga hidung membuatkan anda berasa tidak sabar untuk memakainya.
Kasut yang sentiasa kelihatan baru dan bersih merupakan impian setiap orang. Namun untuk memeastikannya sentiasa bersih seperti kasut baru keluar kotak memang agak sukar.
Tapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan. Terdapat beberapa langkah penjagaan dan rutin yang boleh anda lakukan bagi memastikan ia sentiasa nampak macam baru. Malah dengan penjagaan yang baik usianya boleh tahan lebih lama dari biasa.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa rutin penjagaan yang boleh anda buat.
SNEAKERS TREES
Sneaker trees ini merupakan alat yang dimasukkan ke dalam kasut bagi memastikan bentuknya tidak berubah dan kekal sama. Ia juga boleh digunakan semasa mencuci dan mengurangkan berlakukan kedutan atau creasing.
ALAT CUCI YANG BETUL
Jika anda boleh membeli sneakers yang harganya mencecah hampir seribu ringgit, maka tidak logik tidak boleh membeli peralatan cucian yang berkualiti. Ketika mencuci sneakers gunakan berus khas, cecair solusi cucian dan kain mikrofiber yang khusus.
Kalau kasut sahaja nampak baru tetapi baunya busuk, tiada gunanya juga. Ramai yang berdepan masalah kasut berbau dan tidak tahu bagaimana hendak selesaikan masalah ini.
Pertama sekali, usah ulang pakai stoking sama berulang-kali. Kedua anda boleh gunakan semburan atau produk anti-bau yang boleh didapati di kedai-kedai kasut. Dan ketiga pastikan ia disimpan di kawasan yang sesuai dan tidak terdedah dengan kelembapan tinggi.
TISU BASAH
Malang tidak berbau dan bila-bila masa sahaja sneakers anda boleh terkena kotoran seperti tumpahan kari atau terkena air longkang. Disebabkan itulah anda perlu sentiasa bersedia dengan tisu basah. Lebih menarik kini terdapat produk tisu basah yang dkhususkan untuk sneakers.
SEMBURAN PERLINDUNGAN
Di pasaran kini juga terdapat pelbagai jenis produk semburan yang mampu melindungi sneakers dari kotoran. Semburan yang bersifat super-hidrophobic tersebut bertindak sebagai lapisan di atas sneakers. Ini bermakna jika terkena kotoran cecair ia tidak akan melekat!
Semoga perkongsian step penjagaan ini mampu memberikan manfaat buat anda. Keep your kicks fresh!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama COS yang terkenal dengan pendekatan lebih minimalis menerusi rekaannya memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2020. Untuk koleksi eksklusif kali ini, COS Spring Summer melakukan eksplorasi dengan dua konsep prominen yang terikat pada penggunaan praktikal dan imejan struktur arkitek.
Dua gabungan teknkikal dan inobavi yang diketengahkan COS bergerak seiring dengan sentuhan minimalis yang lebih raw – memberikan definisi jelas untuk koleksi pada kali ini.
Selain itu sentuhan hasil kerja berkulaiti tinggi dengan menggunakan bahan tekstil bersifat modernis. Inovasi rekaan divisualkan menerusi fabrik celupan sayuran dan juga coated-denim. Tekstur serta rekaannya mengetengahkan seni interwoven, manakala penggunaan high-waist digabungkan bersama material kain kapas.
Dari segi pemilihan palette warna pula, COS menggunakan pengaruh bertema natural ecru, soft neutrals dan indsutrial light grey sebagai asas utama setiap rekaan di dalam koleksi Spring Summer 2020.
Tumpuan anda pasti lebih menjurus kepada koleksi lelaki yang mengetengahkan sedikit elemen feminin namun masih kuat pada sifat maskulinnya dengan penggunaan double-faced cotton.
Akseseori yang ditawarkan juga tidak kurang menarik dengan koleksi seperti kasut slip-on dan beg yang dihasilkan dengan kualiti cukup baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecoh pada Ramadhan pertama lalu apabila 3 orang anak muda memuat naik aksi mereka menari dengan berpakaian wanita di media sosial. Video tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana ia tidak meghormati Ramadhan pertama. Lebih viral lagi apabila Daie Wan dan PU Azman membuat teguran secara terbuka di media sosial menjadikan netizen lebih tidak keruan dengan insiden yang berlaku.
Jika anda tonton Motif Viral Khamis lalu, mereka telah menjemput ketiga-tiga ‘instafamous’ ini dihadapkan sekali dengan Dai Wan dan PU Azman di dalam satu studio. Teguran dan jawapan para ustaz dan ‘insta-famous itu tidaklah begitu menarik minat netizen, namun teguran dari salah seorang pengacara Motif Viral yang juga merupakan golongan lelaki lembut, sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat tentang Lelaki Lembut.
Tak Minta Dilahirkan Begini
Haze atau nama sebenarnya Hazeman Huzir ini telah membuka mata masyarakat terutama mereka yang sentiasa mencerca kaum Adam yang berjiwa lembut ini.
“Sepeti Yusuff Iskandar yang lahir-lahir dah ada Instagram, kehidupannya jadi perhatian umum sejak ia dilahirkan. Sama juga seperti golongan ini. Lahir-lahir terus macam ni. Kami struggle untuk diterima masyarakat, dan korang yang sudah hidup dalam zaman masyarakat sudah boleh menerima, korang buat macam ni.”
Masyarakat tidak dapat menerima
Akui bahawa dirinya dahulu sukar untuk menerima perwatakannya yang lembut, Haze melahirkan rasa kecewa terhadap Faiz Roslan dan rakan-rakannya.
“Masyarakat dahulunya tidak dapat menerima golongan seperti ini. saya teraksa harungi kekecaman di sekolah walaupun saya berpakaian lelaki, tapi kerana saya lembut, mereka mengusik saya. Hari ini ramai yang sudah mula menerima golongan lembut ini, walaupun ia sukar. Tapi disebabkan korang yang berpewatakan bergini menjadikan masyarakat lebih kecam dan terus menghukum orang seperti kita”
Dalam episode Motif Viral yang tidak mengandungi ciri-ciri lawak seperti kebiasaan ini turut mengambil pandangan dan teguran dari PU Azman yang menekankan sikap netizen yang tidak puas melaha, tindak tanduk selebriti mahupun insta famous.
“Setiap manusia melakukan kesilapan, mereka bertiga ini telah meruntuhkan ego mereka dengan mengaku silap mereka. Namun orang ramai di luar sana masih tidak boleh menerima. Bila sudah meminta maaf, dikatakan pula terpaksa, walhal memohon maaf secara terbuka bukan suatu perkara yang mudah untuk seorang manusia”
Rata-rata yang komen di laman YouTube juga memberi respon positif kepada episode motif viral kali ini. Di bulan yang mulia ini, sama-sama kita memperbaiki kesilapan kita. Jangan hanya tahu menghentam, lihat apa yang orang lain lalui juga.
Hidup kan kena chill-chill, jadi apa kata kalau 1-3 Jun ni anda semua hadir ke Karangkaraf Mall Shah Alam untuk menikmati pelbagai acara menarik dari Ideaktiv! Dengar cerita ramai artis terlinat termasuk Janna Nick! #netulbetulraya
Video penuh!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.